tabung kelas teacher bella

Sunday, February 24, 2013

bonding time with le housemates

assalamualaikum.
entri ni tak banyak gambar sebab semorang busy mengisi perut dan layan movie

hari jumaat malam sabtu yang lepas, Cik Bella Bellitos and her housemates (Faizah, Husna,Asma, Ayuni, Ima, Hana, Nurma dan Farhana jerr. yang lain-lain ade hal) telah mengadakan satu pesta. bukan pesta liar mahupun pesta tarian bogel tetapi hanyalah sekadar pesta makan-makan  bersama-sama.

memandangkan kami tidak mempunyai kenderaan (sobs harap mak dan abah baca ni lalu meminjamkan kereta kuda sebijik), maka jalan yang paling cool ialah masak sendiri. although it is forbidden but who cares, rule is meant to be broken kan kan kan?! maka menu yang ditetapkan ialah steamboat campak-campak dan air teh o ais cincau.

it was fun sebab kami bergotong royong siapkan bahan-bahan masakan, masak sama-sama and even watched a movie! thanks to Husna, dia pinjam LCD dari Ammar. so sambil makan-makan kitorang pun melayan la Breaking Dawn Part 2. sambil makan, sambil layan movie, dan juga campak-campak fishball dan sayur-sayuran dalam periuk hihihihi.

nikmatnye makan bersama tak dapat didustakan. buktinye, semua habis licin :P

the good thing about having a meal together is, of course lah merapatkan silaturrahim antara kami. like i said earlier bonding time. selain itu (wah dah macam buat karangan BM) memandangkan kami bergotong royong menyediakan makanan, kami juga bergotong royong membersihkan segala pinggan mangkuk dan juga perkakas memasak dan tidak dilupakan membersihkan tempat makan. alang-alang semua dah turun padang boleh kemas dapur sekali kan? so kemaslaa dapur sekali hihi :)

actually, aku rasa lagi seronok buat makan-makan camni. dahla murah (kitorang hanya bayar RM5 per head for the food). kalau pergi makan kat luar maw dekat RM 26-RM30 kena bayar. belum lagi kos minyak/tambang ke sana. plus kami tiada kenaikan sendiri so agak sukar untuk bergerak dalam kumpulan yang besar ke tempat yang dituju. tapi kalau kadang-kadang nak ubah selera boleh jer pergi makan kat luar ye idok? sekali sekala tak salah pun kan. selera masing-masing lah.

hope to do this more in future. seronok jugak makan sesama dengan mereka. and i hope in future, semua orang available dan kita boleh makan ramai-ramai.

goodbye.annyeong. selamat malam. jangan lupa baca doa tidur.

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)