tabung kelas teacher bella

Sunday, February 24, 2013

bonding time with le housemates

assalamualaikum.
entri ni tak banyak gambar sebab semorang busy mengisi perut dan layan movie

hari jumaat malam sabtu yang lepas, Cik Bella Bellitos and her housemates (Faizah, Husna,Asma, Ayuni, Ima, Hana, Nurma dan Farhana jerr. yang lain-lain ade hal) telah mengadakan satu pesta. bukan pesta liar mahupun pesta tarian bogel tetapi hanyalah sekadar pesta makan-makan  bersama-sama.

memandangkan kami tidak mempunyai kenderaan (sobs harap mak dan abah baca ni lalu meminjamkan kereta kuda sebijik), maka jalan yang paling cool ialah masak sendiri. although it is forbidden but who cares, rule is meant to be broken kan kan kan?! maka menu yang ditetapkan ialah steamboat campak-campak dan air teh o ais cincau.

it was fun sebab kami bergotong royong siapkan bahan-bahan masakan, masak sama-sama and even watched a movie! thanks to Husna, dia pinjam LCD dari Ammar. so sambil makan-makan kitorang pun melayan la Breaking Dawn Part 2. sambil makan, sambil layan movie, dan juga campak-campak fishball dan sayur-sayuran dalam periuk hihihihi.

nikmatnye makan bersama tak dapat didustakan. buktinye, semua habis licin :P

the good thing about having a meal together is, of course lah merapatkan silaturrahim antara kami. like i said earlier bonding time. selain itu (wah dah macam buat karangan BM) memandangkan kami bergotong royong menyediakan makanan, kami juga bergotong royong membersihkan segala pinggan mangkuk dan juga perkakas memasak dan tidak dilupakan membersihkan tempat makan. alang-alang semua dah turun padang boleh kemas dapur sekali kan? so kemaslaa dapur sekali hihi :)

actually, aku rasa lagi seronok buat makan-makan camni. dahla murah (kitorang hanya bayar RM5 per head for the food). kalau pergi makan kat luar maw dekat RM 26-RM30 kena bayar. belum lagi kos minyak/tambang ke sana. plus kami tiada kenaikan sendiri so agak sukar untuk bergerak dalam kumpulan yang besar ke tempat yang dituju. tapi kalau kadang-kadang nak ubah selera boleh jer pergi makan kat luar ye idok? sekali sekala tak salah pun kan. selera masing-masing lah.

hope to do this more in future. seronok jugak makan sesama dengan mereka. and i hope in future, semua orang available dan kita boleh makan ramai-ramai.

goodbye.annyeong. selamat malam. jangan lupa baca doa tidur.

Wednesday, February 20, 2013

his birthday

assalamualaikum.
entry ini dah terperam selama sebulan akibat kemalasan tuan punye blog untuk transfer gambar dari kamera.

"Happy birthday to you,
 happy birthday to you, 
happy birthday to Gulahati sayangggggg, 
happy birthday to you"
(insert "happy birthday" song here)



ehemmm so yeahh people, January 13 was Gulahati's birthday. alhamdulillah, at the age of 22, he is still healthy and comel (another word for jambu kehkehkeh dear Gulahati i'm joking~~). although there is no massive celebration, tapi kitorang still celebrate his birthday in our own way.


alkisahnye pada hari kejadian, si awek terlambat wish birtday kepada si pakwe. emm takdelah lambat mana pun just 5 minutes. nak tahu kenapa si awek lambat wish tu? sebab si awek tertido sementara nak tunggu pukul 12. teruk betul perangai. bila tersedar tengok jam dah pukul 1205, kalut ributlah si awek ni capai handphone dan call si pakwe. nasib baik si pakwe jawab dengan suara yang ceria. malang nye si pakwe tengah bersiap nak pergi main futsal dengan kawan-kawannya. maka si awek merelakan pemergian pakwenye dengan hati yang terbuka (sebab pakwe dah janji nak balik pukul 2 so boleh sambung gayut kahkahkah). sebelum pakwe pergi tu sempat jugaklah nyanyi sebaris dua.

esoknye pulak we went to Tasik Jaya. and we had our simple birthday picnic there. menunye hanya sandwuch tuna dan air teh sebab tujuan utama picnic ni hanya untuk spend time together. no cakes sebab si dia ni kurang gemar benda manis-manis. karang kalau beli kek pun aku jugak yang habiskan gahahahaa =='

ohh, disebabkan elaun masuk lambat (%^@!# unit kewangan IPBA), hadiah birthday terpaksa di hold dulu. sejurus masuk elaun je hah ape lagiii. tibalah masa untuk menunaikan janji. memandangkan si awek dah berjanji nak belikan si pakwe something yang dah ade dalam wishlist dia sejak tahun lepas lagi, maka merangkaklah kedua-duanye ke Midvalley untuk survey model yang dicari-cari dan compare harga. keluar masuk 4 bijik kedai pun still tak jumpa jugak yang Gulahati berkenan. last-last pencarian haritu berakhir dengan.....
hello baby. mummy is very very happy to see you. welcome to the family ^____^

geram dengan CNY sale dan juga memang dah lama berhajat nak beli handbag, aku sambar jugak seketul. hahh puas hati puas hati buaahahahaha! meanwhile, disebabkan tak jumpa ape yang dicari Gulahati dekat Midvalley, kami berdua pergi serbu Sunway Pyramid pulak. survey punye survey punye surcey, alhamdulillah akhirnye jumpe jugak ape yang dicari. jenuh jugak ulang alik dari al-Ikhsan, butik Puma, Nike, Adidas semata-mata nak cari benda ni.....

hai hai. merata kami cari anda tahu...
happy boy dah dapat ape yang dia nak. walaupun pening kepala nak pilih yang mana satu ngahahaha!
  maka berakhirlah misi pencarian kasut futsal untuk birthay boy tersayang. to you Gulahati, hope you're happy with the gift. pasni boleh main futsal tiap-tiap hari hehehehe. happy birthday (walaupun dah belated). ILYSM.



bye <3



p/s : gambar picnic takde sebab tak jumpe kabel camera. maafkan makcik ini dah makin nyanyuk. maafkan beliau ye.