tabung kelas teacher bella

Tuesday, January 8, 2013

Hadiah Untuk Mak

Assaamualaikum.

cuti sekolah Disember 2012 yang dihabiskan dengan mencari sesuap nasi. menyedari hakikat yang elaun semester 5 bakal masuk lambat ( as expected sampai hari ni tak masuk-masuk lagi) dan Maksu yang memerlukan bantuan, maka aku dengan tekadnya menerima tawaran Maksu.

Maka bermulalah kerjaya aku sebagai baby sitter di Taska Bondamama Taman Intan Baiduri, Slak tinggi. Taska ni Maksu yang punya. oleh kerana dia mendapat tempahan baju sekolah yang melampau-lampau banyaknye maka Maksu pun mintaklah bantuan aku untuk kerja kat taska dia. Aku pun menerima dengan hati terbuka.

Dengan bantuan Yana (staff Maksu), kami berdua lah yang menguruskan seramai 10 orang anak-anak dekat taska tu. 2 orang daripanaya adalah baby (sorang 3 months, sorang lagi 6 months), 6 orang toddlers dan 2 orang budak playschool (4 y/o). daripada memasak, mengemas, mandikan budak, semua aku buat. pagi pukul 6.45 dah kena drive dari Putrajaya ke Salak Tinggi (around 45 minutes kalau jalan tak jammed). balik rumah paling awal pun pukul 7 malam. itupun kalau takde parents yang datang ambik anak lambat. so sepanjang sebulan kerja kat taska aku memang penat mentally and physically. balik rumah dah tak nampak ape-ape melainkan katil yang empuk dan selimut yang gebu.

sebenarnye aku dah berniat, gaji kali ni nak belikan hadiah untuk Mak. Advance birthday present. boleh gitu? hehehe. dah lama tak belikan mak hadiah. biasanya every time balik rumah mesti belanja mak makan je. Mak aku ni comel perangainye. kalau dia tahu aku berniat nak belikan dia ape-ape mesti dia menolak dengan alasan aku tak kerja lagi. so this time aku decide belikan dia hadiah senyap-senyap :P

kita balik jumpa tuan sebenar awak bila cuti CNY nanti ye? nanti bolehla berkenalan dengan kawan-kawan lain yang penuh satu almari tu :P

selamat ada Year End Sale, bolehla aku belikan mak handbag satu. walaupun harga dia RM00++ jugak, tapi demi mak tersayang aku relakan jugak. tak salah buat orang yang dah banyak berkorban untuk aku happy kan?

tak sabar nak balik Terengganu, jumpa yang tersayang. Ohhh cuti CNY please please please come faster!

salah seorang anak jagaan dekat taska. Mia sayang, Ummi rindu  Mia sangat-sangat.


0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)