tabung kelas teacher bella

Saturday, January 19, 2013

assalamualaikum.
(ini kisah petang semalam)


lepas balik dari kelas, aku tanpa rasa bersalah terus landing atas katil sesedap hatinya. penat taw baru balik kelas ni. stamina langsung takde macam baru lepas lari pecut 100 meter. tambah pulak bila badan tak sihat kan.

dalam setengah jam aku baring-baring tu, tiba-tiba handphone vibrate. bunyi ringtone lagu "My Mother". ehhh mak aku call! jyeahh jyeahhh. laju je jawab call tu. maka berlakulah perbualan berikut diantara si Emak dan si anak.

mak : hello along kat mana ni?
aku : (dengan suara lemah dan hampir serak) along kat bilik la kenape? orang baru balik kelas ni..
mak : ohh. mak kat PICC ni. ade seminar. dah kenape sore macam tu? paksu cakap ko demam betul eh?
aku : demam...
mak : teruk sangat ke? dah makan ubat? dah pegi klinik?
aku : dah okay sikit. tak makan ubat. tak gi klinik. hehehehe
mak : (gelak-gelak) adoii anak dara sorang ni. dari kecik perangai tu tak ubah-ubah. nak mak pegi tengok ko ke?
aku : mak abes seminar pukul berape?
mak : pukul 6 dalam jadual. kalau nak nanti mak ambil cab pergi sana.
aku : (thinking... tambang cab dari Putrajaya ke KL mahal derrr) ehh takpela. along bukannye takleh bangun pun. ni batuk je yang tak elok-elok lagi.
mak : betul ni? 
aku : ye betul. lagipun Syamer ade bagi makan vitamin C dah okay sikit
mak : kalau macam tu takpelaa. suruh dia bagi ko makan ubat sekali. liat betul nak telan ubat budak ni.
aku : (hanya mampu gelak) hehehehe.
(perbualan bersambung lagi dengan macam-macam cerita haha)

mak memang dah kenal sangat perangai aku yang susah nak makan ubat ni. hahahaha agaknye zaman kecik-kecik susah nak jaga aku bila aku sakit. nasib baik aku ni jarang jatuh sakit (ni mak yang cakap bukan aku auta). seriously sebenarnye aku mengharapkan mak datang tengok aku. walaupun sekejap jadilah. tapi memikirkan nanti mak terpaksa berkejar dari PICC nak datang IPBA tu, rase macam bersalah pulak. naik cab pulak tu. tambang cab dahla mahal. tambahan pulak malam tu mak dah nak kena bertolak balik ke Terengganu. nanti berkejar pulak mak nak balik ke hotel dan bersiap-siap balik Terengganu.

takpelah takleh jumpa mak pun. dapat dengar suare comel mak tu pun dah gembira rasa hati. takpe takpe. cuti CNY dah dekat. nanti boleh balik bermanja dengan mak seminggu kat rumah. positif nye aku =___='

pagi ni pun mak call lagi tanye dah makan ubat ke belum =__=''. don't worry mom, i'm in a good hand.


0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)