tabung kelas teacher bella

Saturday, January 19, 2013

assalamualaikum.
(ini kisah petang semalam)


lepas balik dari kelas, aku tanpa rasa bersalah terus landing atas katil sesedap hatinya. penat taw baru balik kelas ni. stamina langsung takde macam baru lepas lari pecut 100 meter. tambah pulak bila badan tak sihat kan.

dalam setengah jam aku baring-baring tu, tiba-tiba handphone vibrate. bunyi ringtone lagu "My Mother". ehhh mak aku call! jyeahh jyeahhh. laju je jawab call tu. maka berlakulah perbualan berikut diantara si Emak dan si anak.

mak : hello along kat mana ni?
aku : (dengan suara lemah dan hampir serak) along kat bilik la kenape? orang baru balik kelas ni..
mak : ohh. mak kat PICC ni. ade seminar. dah kenape sore macam tu? paksu cakap ko demam betul eh?
aku : demam...
mak : teruk sangat ke? dah makan ubat? dah pegi klinik?
aku : dah okay sikit. tak makan ubat. tak gi klinik. hehehehe
mak : (gelak-gelak) adoii anak dara sorang ni. dari kecik perangai tu tak ubah-ubah. nak mak pegi tengok ko ke?
aku : mak abes seminar pukul berape?
mak : pukul 6 dalam jadual. kalau nak nanti mak ambil cab pergi sana.
aku : (thinking... tambang cab dari Putrajaya ke KL mahal derrr) ehh takpela. along bukannye takleh bangun pun. ni batuk je yang tak elok-elok lagi.
mak : betul ni? 
aku : ye betul. lagipun Syamer ade bagi makan vitamin C dah okay sikit
mak : kalau macam tu takpelaa. suruh dia bagi ko makan ubat sekali. liat betul nak telan ubat budak ni.
aku : (hanya mampu gelak) hehehehe.
(perbualan bersambung lagi dengan macam-macam cerita haha)

mak memang dah kenal sangat perangai aku yang susah nak makan ubat ni. hahahaha agaknye zaman kecik-kecik susah nak jaga aku bila aku sakit. nasib baik aku ni jarang jatuh sakit (ni mak yang cakap bukan aku auta). seriously sebenarnye aku mengharapkan mak datang tengok aku. walaupun sekejap jadilah. tapi memikirkan nanti mak terpaksa berkejar dari PICC nak datang IPBA tu, rase macam bersalah pulak. naik cab pulak tu. tambang cab dahla mahal. tambahan pulak malam tu mak dah nak kena bertolak balik ke Terengganu. nanti berkejar pulak mak nak balik ke hotel dan bersiap-siap balik Terengganu.

takpelah takleh jumpa mak pun. dapat dengar suare comel mak tu pun dah gembira rasa hati. takpe takpe. cuti CNY dah dekat. nanti boleh balik bermanja dengan mak seminggu kat rumah. positif nye aku =___='

pagi ni pun mak call lagi tanye dah makan ubat ke belum =__=''. don't worry mom, i'm in a good hand.


Thursday, January 17, 2013

selsema!

assalamualaikum.

for the past three days i've not been well. selsema lah pulak. coughing here and there, sneezing here and there with blocked nose! it was very very very terrible. batuk yang terlampau sampaikan suara dah takde. sangat sangat tidak selesa. and i lost my appetite too. tapi jangan risau. aku takkan kurus punya hahahahaha.

the reason why selsema aku macam susah nak sembuh ialah AKU TAK MAKAN UBAT. yes people Bella Bellitos memang paranoid terlampau dengan ubat. panadol je yang aku boleh telan dengan jayanye. yang lain non hado lahh. dan aku memang tak pergi klinik pun kononnya sistem imunisasi badan ni kebal sangat boleh lawan selsema. hamekau 2 hari jugak lembik tak berdaya nak bergerak ke mana-mana.

tapi aku ingat pesan mak aku. bila selsema minum air suam banyak-banyak. Gulahati pulak suruh aku telan vitamin C. ais diharamkan sama sekali sobss sobsss. takpelah nak cepat baik kena pantang sat kan? DAN ini juga satu tips yang penting bagi orang yang sedang mengidap selsema : rehat secukupnya. janganla ko nak dera badan ko tu dengan melompat sana sini tak tentu hala. baik ko baring je atas katil ko tido bagi badan rasa segar sikit. kan elok cengitu..

ohh and aku kena leter kaw kaw dengan paksu sebab tak pegi klinik. paksu siap cakap lagi "kalau weekend ni still tak sihat lagi nanti paksu pegi ambik k". umkayyy caring paksu aku ni. don't worry. i'm in a good hand. setakat selsema ni still manageable lagi hehehehe. kalau still tak sihat jugak over the weekend memang kena pergi klinik lah kot.
ini wajah sehari sebelum dierang selsema.  sekarang tak sememeh je rasa bila tengok muka sendiri kat cermin

ohh, ada satu entry yang aku peram dekat draft sebab gambar tak transfer lagi dari kamera. tunggu la bila dah sihat sikit aku publish la entry tu.




Wednesday, January 16, 2013

Tuesday, January 8, 2013

Hadiah Untuk Mak

Assaamualaikum.

cuti sekolah Disember 2012 yang dihabiskan dengan mencari sesuap nasi. menyedari hakikat yang elaun semester 5 bakal masuk lambat ( as expected sampai hari ni tak masuk-masuk lagi) dan Maksu yang memerlukan bantuan, maka aku dengan tekadnya menerima tawaran Maksu.

Maka bermulalah kerjaya aku sebagai baby sitter di Taska Bondamama Taman Intan Baiduri, Slak tinggi. Taska ni Maksu yang punya. oleh kerana dia mendapat tempahan baju sekolah yang melampau-lampau banyaknye maka Maksu pun mintaklah bantuan aku untuk kerja kat taska dia. Aku pun menerima dengan hati terbuka.

Dengan bantuan Yana (staff Maksu), kami berdua lah yang menguruskan seramai 10 orang anak-anak dekat taska tu. 2 orang daripanaya adalah baby (sorang 3 months, sorang lagi 6 months), 6 orang toddlers dan 2 orang budak playschool (4 y/o). daripada memasak, mengemas, mandikan budak, semua aku buat. pagi pukul 6.45 dah kena drive dari Putrajaya ke Salak Tinggi (around 45 minutes kalau jalan tak jammed). balik rumah paling awal pun pukul 7 malam. itupun kalau takde parents yang datang ambik anak lambat. so sepanjang sebulan kerja kat taska aku memang penat mentally and physically. balik rumah dah tak nampak ape-ape melainkan katil yang empuk dan selimut yang gebu.

sebenarnye aku dah berniat, gaji kali ni nak belikan hadiah untuk Mak. Advance birthday present. boleh gitu? hehehe. dah lama tak belikan mak hadiah. biasanya every time balik rumah mesti belanja mak makan je. Mak aku ni comel perangainye. kalau dia tahu aku berniat nak belikan dia ape-ape mesti dia menolak dengan alasan aku tak kerja lagi. so this time aku decide belikan dia hadiah senyap-senyap :P

kita balik jumpa tuan sebenar awak bila cuti CNY nanti ye? nanti bolehla berkenalan dengan kawan-kawan lain yang penuh satu almari tu :P

selamat ada Year End Sale, bolehla aku belikan mak handbag satu. walaupun harga dia RM00++ jugak, tapi demi mak tersayang aku relakan jugak. tak salah buat orang yang dah banyak berkorban untuk aku happy kan?

tak sabar nak balik Terengganu, jumpa yang tersayang. Ohhh cuti CNY please please please come faster!

salah seorang anak jagaan dekat taska. Mia sayang, Ummi rindu  Mia sangat-sangat.