tabung kelas teacher bella

Saturday, June 29, 2013

long hiatus.

assalamualaikum and hi.

i've been on long hiatus (dekat 2 bulan jugak la) for some reasons. first, life is too hectic with assignments, projects, exam and practicum. all happened at the same time. mati mak noks nak nyiapkan semuanye. tapi Alhamdulillah, semuanya baik-baik ajaa. second, busy dengan preparation cousin punye wedding. since we're close (sampaikan certain orang ingat kami kembar) so aku pun hulur tangan la tolong mana yang patut. hehe and alhamdulillah dia dah selamat menikah.

bila dah lama tinggal blog ni, rasa macam blur taktaw nak tulis ape. momentum berblog memang dah gone. pernah terfikir rasa nak kebumikan aje blog ni but rasa macam sayang. tapi aku dah sakit mata tengok all the pinkish decorations here and there. maybe nak kena buat renovation besar-besaran. bila pulak laaa tu nak buat..

semester 6 dah bermula. dah nampak bayang-bayang hectic life will begin. le sigh...

Wednesday, May 1, 2013

AKU ENCI BILA PLAN TAK JADI. TAMBAH LAGI BECAUSE OF SILLY REASON. SANGAT SANGAT SANGAT BENCI. DAN KAU MEMANG NAK MAKAN PENAMPAR

Sunday, March 10, 2013

it's 3 now

gambar cilok dari instagram sendirikk

sedar tak sedar hubungan yang bermula sekadar kawan dah masuk ke tahun yang ketiga. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. tak celebrate pun sebab minggu ni tersangatlah busy. weekend ni Gulahati ke Taman Negara Pahang atas aktiviti subjek minor dia and harini baru balik. tapi dia ade call semalam semata-mata untuk wish happy anniversary (walaupun suara dah lalok macam mat drug tengah high. dia penat masa tu hehe). terharu mak noks. thank you for your call sayang. terus aku pulak yang high lepas tu hihi.

dear Syamer Muhazzab,
err sebenarnye tak tahu nak cakap ape. maklumlah hari-hari jumpe and sembang kan. but still, nak cakap jugak (hahaha!). maafkan awekmu ini sebab tak reti nak tulis ayat jiwang karat. ampun! by the way, thank you for always being with me everytime i need you. thank you kerana mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan sanggup melayani kerenahku yang kadang-kadang tak masuk akal ni. dan thank you jugak kerana dah mengubah diriku menjadi insan yang lebih baik (ohh you should know what i mean here darling). and i'm sorry, i may not be a perfect woman for you but i;m trying to be the best, Insya-Allah. ILYSM.

Friday, March 1, 2013

Bench-marking Visit to SK Bukit Damansara

assalamualaikum.

so last saturday we (Tesl C,D, and E) went to SK Bukit Damansara for Benchmarking Visit atau dalam Bahasa Melayunye Lawatan Penanda Aras. lawatan ini bukan bertujuan untuk berpoya-poya mahupun bercamwhoring sahaja, tapi adalah untuk memimba sedikit sebanyak ilmu pengurusan sekolah dan juga yang paling penting untuk memenuhi credit hour BIG. kahkahkah kalau tak ingat senang-senang nak buat BIG kat luar?

introducing sekolah orang-orang kaya. di selilingnya ada rumah menteri-menteri dan banglo atas bukit saja lulzzz

sebenarnye aktiviti kami di sana hanyalah bengkel. dengan kata lain dengar ceramah. jujur aku katekan tersangatlah bosan plus mengantuk sebab malam sebelumnya tu aku tidur pukul 3.30 pagi  sebab melayan Running Man episod 134 kahkahkah =='

SK Bukit Damansara merupakan sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). so pencapaian UPSR diorang memang superb marvelous lah. jangan terkejut dekat sekolah bandar ni, peratus lulus bagi subjek Bahasa Inggeris ialah 100%. tapi bila tengok subjek Bahasa Melayu hanya 70% lulus. kalau sekolah kat kampung aku terbalik kot. and semua budak kat sini speaking inggelih uolss. kalau tanya "dik toilet kat mana ye?" jawapan diorang mesti "ha? pardon me?". facepalm okayy facepalm.

dah nama pun SBT, pengurusan diorang memang tiptop. dari segi kewangan, pentadbiran memang takde masalah. iyelah sekolah anak-anak orang kaya, kalau buat event pape pun mak bapak tak kisah nak keluarkan duit untuk anak-anak mereka. buat kem pun kat hotel-hotel je uolsss. tapi facilities diorang pun memang terbaik. memang padanlah kalau dapat nombor 1 dalam kalangan SBT. i mean sekolah ni nombor 1 dalam Malaysia. paling aku suka tengok bilik seni diorang. fuyyoooo luas dan kondusif untuk pembelajaran dan paling penting banyak bahan dan alatan untuk P&P.

antara hasil kerja seni yang terdapat dalam bilik seni

yang ni pun yang ni pun. 
oh rase macam takde pape dah nak cerita. sebab yang lain lain hanyalah kerja makan sembang dan bergambar (typical aku kahahahaha~~). tapi sebelum tu...


silalah muntah silalah jeles silalah mengutuk silalah mengeji  kahkahkah ade aku kisah~
baiiii petang ni dating kat Midvalley~

Sunday, February 24, 2013

bonding time with le housemates

assalamualaikum.
entri ni tak banyak gambar sebab semorang busy mengisi perut dan layan movie

hari jumaat malam sabtu yang lepas, Cik Bella Bellitos and her housemates (Faizah, Husna,Asma, Ayuni, Ima, Hana, Nurma dan Farhana jerr. yang lain-lain ade hal) telah mengadakan satu pesta. bukan pesta liar mahupun pesta tarian bogel tetapi hanyalah sekadar pesta makan-makan  bersama-sama.

memandangkan kami tidak mempunyai kenderaan (sobs harap mak dan abah baca ni lalu meminjamkan kereta kuda sebijik), maka jalan yang paling cool ialah masak sendiri. although it is forbidden but who cares, rule is meant to be broken kan kan kan?! maka menu yang ditetapkan ialah steamboat campak-campak dan air teh o ais cincau.

it was fun sebab kami bergotong royong siapkan bahan-bahan masakan, masak sama-sama and even watched a movie! thanks to Husna, dia pinjam LCD dari Ammar. so sambil makan-makan kitorang pun melayan la Breaking Dawn Part 2. sambil makan, sambil layan movie, dan juga campak-campak fishball dan sayur-sayuran dalam periuk hihihihi.

nikmatnye makan bersama tak dapat didustakan. buktinye, semua habis licin :P

the good thing about having a meal together is, of course lah merapatkan silaturrahim antara kami. like i said earlier bonding time. selain itu (wah dah macam buat karangan BM) memandangkan kami bergotong royong menyediakan makanan, kami juga bergotong royong membersihkan segala pinggan mangkuk dan juga perkakas memasak dan tidak dilupakan membersihkan tempat makan. alang-alang semua dah turun padang boleh kemas dapur sekali kan? so kemaslaa dapur sekali hihi :)

actually, aku rasa lagi seronok buat makan-makan camni. dahla murah (kitorang hanya bayar RM5 per head for the food). kalau pergi makan kat luar maw dekat RM 26-RM30 kena bayar. belum lagi kos minyak/tambang ke sana. plus kami tiada kenaikan sendiri so agak sukar untuk bergerak dalam kumpulan yang besar ke tempat yang dituju. tapi kalau kadang-kadang nak ubah selera boleh jer pergi makan kat luar ye idok? sekali sekala tak salah pun kan. selera masing-masing lah.

hope to do this more in future. seronok jugak makan sesama dengan mereka. and i hope in future, semua orang available dan kita boleh makan ramai-ramai.

goodbye.annyeong. selamat malam. jangan lupa baca doa tidur.

Wednesday, February 20, 2013

his birthday

assalamualaikum.
entry ini dah terperam selama sebulan akibat kemalasan tuan punye blog untuk transfer gambar dari kamera.

"Happy birthday to you,
 happy birthday to you, 
happy birthday to Gulahati sayangggggg, 
happy birthday to you"
(insert "happy birthday" song here)



ehemmm so yeahh people, January 13 was Gulahati's birthday. alhamdulillah, at the age of 22, he is still healthy and comel (another word for jambu kehkehkeh dear Gulahati i'm joking~~). although there is no massive celebration, tapi kitorang still celebrate his birthday in our own way.


alkisahnye pada hari kejadian, si awek terlambat wish birtday kepada si pakwe. emm takdelah lambat mana pun just 5 minutes. nak tahu kenapa si awek lambat wish tu? sebab si awek tertido sementara nak tunggu pukul 12. teruk betul perangai. bila tersedar tengok jam dah pukul 1205, kalut ributlah si awek ni capai handphone dan call si pakwe. nasib baik si pakwe jawab dengan suara yang ceria. malang nye si pakwe tengah bersiap nak pergi main futsal dengan kawan-kawannya. maka si awek merelakan pemergian pakwenye dengan hati yang terbuka (sebab pakwe dah janji nak balik pukul 2 so boleh sambung gayut kahkahkah). sebelum pakwe pergi tu sempat jugaklah nyanyi sebaris dua.

esoknye pulak we went to Tasik Jaya. and we had our simple birthday picnic there. menunye hanya sandwuch tuna dan air teh sebab tujuan utama picnic ni hanya untuk spend time together. no cakes sebab si dia ni kurang gemar benda manis-manis. karang kalau beli kek pun aku jugak yang habiskan gahahahaa =='

ohh, disebabkan elaun masuk lambat (%^@!# unit kewangan IPBA), hadiah birthday terpaksa di hold dulu. sejurus masuk elaun je hah ape lagiii. tibalah masa untuk menunaikan janji. memandangkan si awek dah berjanji nak belikan si pakwe something yang dah ade dalam wishlist dia sejak tahun lepas lagi, maka merangkaklah kedua-duanye ke Midvalley untuk survey model yang dicari-cari dan compare harga. keluar masuk 4 bijik kedai pun still tak jumpa jugak yang Gulahati berkenan. last-last pencarian haritu berakhir dengan.....
hello baby. mummy is very very happy to see you. welcome to the family ^____^

geram dengan CNY sale dan juga memang dah lama berhajat nak beli handbag, aku sambar jugak seketul. hahh puas hati puas hati buaahahahaha! meanwhile, disebabkan tak jumpa ape yang dicari Gulahati dekat Midvalley, kami berdua pergi serbu Sunway Pyramid pulak. survey punye survey punye surcey, alhamdulillah akhirnye jumpe jugak ape yang dicari. jenuh jugak ulang alik dari al-Ikhsan, butik Puma, Nike, Adidas semata-mata nak cari benda ni.....

hai hai. merata kami cari anda tahu...
happy boy dah dapat ape yang dia nak. walaupun pening kepala nak pilih yang mana satu ngahahaha!
  maka berakhirlah misi pencarian kasut futsal untuk birthay boy tersayang. to you Gulahati, hope you're happy with the gift. pasni boleh main futsal tiap-tiap hari hehehehe. happy birthday (walaupun dah belated). ILYSM.



bye <3



p/s : gambar picnic takde sebab tak jumpe kabel camera. maafkan makcik ini dah makin nyanyuk. maafkan beliau ye.


Saturday, January 19, 2013

assalamualaikum.
(ini kisah petang semalam)


lepas balik dari kelas, aku tanpa rasa bersalah terus landing atas katil sesedap hatinya. penat taw baru balik kelas ni. stamina langsung takde macam baru lepas lari pecut 100 meter. tambah pulak bila badan tak sihat kan.

dalam setengah jam aku baring-baring tu, tiba-tiba handphone vibrate. bunyi ringtone lagu "My Mother". ehhh mak aku call! jyeahh jyeahhh. laju je jawab call tu. maka berlakulah perbualan berikut diantara si Emak dan si anak.

mak : hello along kat mana ni?
aku : (dengan suara lemah dan hampir serak) along kat bilik la kenape? orang baru balik kelas ni..
mak : ohh. mak kat PICC ni. ade seminar. dah kenape sore macam tu? paksu cakap ko demam betul eh?
aku : demam...
mak : teruk sangat ke? dah makan ubat? dah pegi klinik?
aku : dah okay sikit. tak makan ubat. tak gi klinik. hehehehe
mak : (gelak-gelak) adoii anak dara sorang ni. dari kecik perangai tu tak ubah-ubah. nak mak pegi tengok ko ke?
aku : mak abes seminar pukul berape?
mak : pukul 6 dalam jadual. kalau nak nanti mak ambil cab pergi sana.
aku : (thinking... tambang cab dari Putrajaya ke KL mahal derrr) ehh takpela. along bukannye takleh bangun pun. ni batuk je yang tak elok-elok lagi.
mak : betul ni? 
aku : ye betul. lagipun Syamer ade bagi makan vitamin C dah okay sikit
mak : kalau macam tu takpelaa. suruh dia bagi ko makan ubat sekali. liat betul nak telan ubat budak ni.
aku : (hanya mampu gelak) hehehehe.
(perbualan bersambung lagi dengan macam-macam cerita haha)

mak memang dah kenal sangat perangai aku yang susah nak makan ubat ni. hahahaha agaknye zaman kecik-kecik susah nak jaga aku bila aku sakit. nasib baik aku ni jarang jatuh sakit (ni mak yang cakap bukan aku auta). seriously sebenarnye aku mengharapkan mak datang tengok aku. walaupun sekejap jadilah. tapi memikirkan nanti mak terpaksa berkejar dari PICC nak datang IPBA tu, rase macam bersalah pulak. naik cab pulak tu. tambang cab dahla mahal. tambahan pulak malam tu mak dah nak kena bertolak balik ke Terengganu. nanti berkejar pulak mak nak balik ke hotel dan bersiap-siap balik Terengganu.

takpelah takleh jumpa mak pun. dapat dengar suare comel mak tu pun dah gembira rasa hati. takpe takpe. cuti CNY dah dekat. nanti boleh balik bermanja dengan mak seminggu kat rumah. positif nye aku =___='

pagi ni pun mak call lagi tanye dah makan ubat ke belum =__=''. don't worry mom, i'm in a good hand.


Thursday, January 17, 2013

selsema!

assalamualaikum.

for the past three days i've not been well. selsema lah pulak. coughing here and there, sneezing here and there with blocked nose! it was very very very terrible. batuk yang terlampau sampaikan suara dah takde. sangat sangat tidak selesa. and i lost my appetite too. tapi jangan risau. aku takkan kurus punya hahahahaha.

the reason why selsema aku macam susah nak sembuh ialah AKU TAK MAKAN UBAT. yes people Bella Bellitos memang paranoid terlampau dengan ubat. panadol je yang aku boleh telan dengan jayanye. yang lain non hado lahh. dan aku memang tak pergi klinik pun kononnya sistem imunisasi badan ni kebal sangat boleh lawan selsema. hamekau 2 hari jugak lembik tak berdaya nak bergerak ke mana-mana.

tapi aku ingat pesan mak aku. bila selsema minum air suam banyak-banyak. Gulahati pulak suruh aku telan vitamin C. ais diharamkan sama sekali sobss sobsss. takpelah nak cepat baik kena pantang sat kan? DAN ini juga satu tips yang penting bagi orang yang sedang mengidap selsema : rehat secukupnya. janganla ko nak dera badan ko tu dengan melompat sana sini tak tentu hala. baik ko baring je atas katil ko tido bagi badan rasa segar sikit. kan elok cengitu..

ohh and aku kena leter kaw kaw dengan paksu sebab tak pegi klinik. paksu siap cakap lagi "kalau weekend ni still tak sihat lagi nanti paksu pegi ambik k". umkayyy caring paksu aku ni. don't worry. i'm in a good hand. setakat selsema ni still manageable lagi hehehehe. kalau still tak sihat jugak over the weekend memang kena pergi klinik lah kot.
ini wajah sehari sebelum dierang selsema.  sekarang tak sememeh je rasa bila tengok muka sendiri kat cermin

ohh, ada satu entry yang aku peram dekat draft sebab gambar tak transfer lagi dari kamera. tunggu la bila dah sihat sikit aku publish la entry tu.




Wednesday, January 16, 2013

Tuesday, January 8, 2013

Hadiah Untuk Mak

Assaamualaikum.

cuti sekolah Disember 2012 yang dihabiskan dengan mencari sesuap nasi. menyedari hakikat yang elaun semester 5 bakal masuk lambat ( as expected sampai hari ni tak masuk-masuk lagi) dan Maksu yang memerlukan bantuan, maka aku dengan tekadnya menerima tawaran Maksu.

Maka bermulalah kerjaya aku sebagai baby sitter di Taska Bondamama Taman Intan Baiduri, Slak tinggi. Taska ni Maksu yang punya. oleh kerana dia mendapat tempahan baju sekolah yang melampau-lampau banyaknye maka Maksu pun mintaklah bantuan aku untuk kerja kat taska dia. Aku pun menerima dengan hati terbuka.

Dengan bantuan Yana (staff Maksu), kami berdua lah yang menguruskan seramai 10 orang anak-anak dekat taska tu. 2 orang daripanaya adalah baby (sorang 3 months, sorang lagi 6 months), 6 orang toddlers dan 2 orang budak playschool (4 y/o). daripada memasak, mengemas, mandikan budak, semua aku buat. pagi pukul 6.45 dah kena drive dari Putrajaya ke Salak Tinggi (around 45 minutes kalau jalan tak jammed). balik rumah paling awal pun pukul 7 malam. itupun kalau takde parents yang datang ambik anak lambat. so sepanjang sebulan kerja kat taska aku memang penat mentally and physically. balik rumah dah tak nampak ape-ape melainkan katil yang empuk dan selimut yang gebu.

sebenarnye aku dah berniat, gaji kali ni nak belikan hadiah untuk Mak. Advance birthday present. boleh gitu? hehehe. dah lama tak belikan mak hadiah. biasanya every time balik rumah mesti belanja mak makan je. Mak aku ni comel perangainye. kalau dia tahu aku berniat nak belikan dia ape-ape mesti dia menolak dengan alasan aku tak kerja lagi. so this time aku decide belikan dia hadiah senyap-senyap :P

kita balik jumpa tuan sebenar awak bila cuti CNY nanti ye? nanti bolehla berkenalan dengan kawan-kawan lain yang penuh satu almari tu :P

selamat ada Year End Sale, bolehla aku belikan mak handbag satu. walaupun harga dia RM00++ jugak, tapi demi mak tersayang aku relakan jugak. tak salah buat orang yang dah banyak berkorban untuk aku happy kan?

tak sabar nak balik Terengganu, jumpa yang tersayang. Ohhh cuti CNY please please please come faster!

salah seorang anak jagaan dekat taska. Mia sayang, Ummi rindu  Mia sangat-sangat.