tabung kelas teacher bella

Friday, October 26, 2012

Aidiladha perantau style

assalamualaikum and selamat hari raya Aidiladha to all Muslims! this is my third year celebrating Eid Adha without my beloved family. yeah i know. sedih kan? but what to do. my first paper is on October 29. duhhh kalau aku baik rumah konpem-konpem nota, buku, or watevesss tu melayang entah kemana.

memandangkan ramai jugak IPBArianz yang tak balik, so kitorang plan untuk buat makan-makan di malam raya. menu malam raya perantau ialah nasi impit, kuah kacang dan sate. nasi impit dan kuah kacang disediakan oleh Masterchef Ammar. sate pun dia buat jugak. weolss yang perempuan ni tolong bakar and makan aje. buehehehe

sate daging ada. sate ayam pun ada.

so semalam, aku, Syimah, Hana, Mok Cik, Gulahati, Ammar, I'd, Ide, Kuwe & Airil bertungkus lumus membakar sate dekat parking bawah blok 3. it was raining heavily tapi itu tak mematahkan semangat kitorang. nak menghidupkan ape je dah setengah jam. macam-macam ikhtiar budak-budak ni buat. alhamdulillah, akhirnya hidup jugak api tu dan boleh bakar sate. ade +-200 cucuk sate ayam dah 150 cucuk cate daging semuanya. kami makan sampai senak perut hahahaha.

sementara the boys membakar sate, aku, Shimah dengan Hana siapkan tempat makan. 
indulgence! secret recipe from Masterchef Ammar.

we did had fun gossiping, teasing each other, update cerita-cerita basi. malam raya kami diserikan dengan gelak ketawa sebab masing-masing dok membahan sesama sendiri. sambil makan, kami bersembang macam hari masih siang (padahal masa tu dah pukul 11 lebih).

tengah-tengah syok makan, Syimah dapat call from Norma. she said ade penceroboh naik blok 9 (hostel aku lah tu) and kena kejar dengan the girls. weolss yang perempuan ni dah ketar-ketar lutut dah. iyelah, bilangan yang tak balik tu pun takdelah ramai sangat.

terpaksalah Gulahati dengan Kuwe temankan kitorang balik. on the way balik ke blok 9 tu, ternampak beberapa orang budak laki, husband Madam Maimun (warden blok 5) and guards dok suluh-suluh. diorang tengah mencari penceroboh tu sebab diyakini dia sedang menyorok di kawasan sekitar IPBA. dengar cerita macam tu, lagi lah aku ketar lutut. terus pack barang-barang and tidur dekat bilik Mok Cik. dah tak berani nak tidur sorang-sorang kat dalam bilik sendiri.

dan malam ni, kami still berjaga-jaga in case penceroboh tu datang lagi. believe it or not, aku tidur sambil peluk bet sofbol yang Gulahati bagi. takut punya pasal =,='


salam aidiladha dari kami, perantau IPBA. [ from left : Mok Cik, Hana,  me, Kuwe (sitting on the chair), Gulahati sayang, Ide, Airil, Ammar and Shimah. not in picture : I'd]

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)