tabung kelas teacher bella

Friday, October 26, 2012

Aidiladha perantau style

assalamualaikum and selamat hari raya Aidiladha to all Muslims! this is my third year celebrating Eid Adha without my beloved family. yeah i know. sedih kan? but what to do. my first paper is on October 29. duhhh kalau aku baik rumah konpem-konpem nota, buku, or watevesss tu melayang entah kemana.

memandangkan ramai jugak IPBArianz yang tak balik, so kitorang plan untuk buat makan-makan di malam raya. menu malam raya perantau ialah nasi impit, kuah kacang dan sate. nasi impit dan kuah kacang disediakan oleh Masterchef Ammar. sate pun dia buat jugak. weolss yang perempuan ni tolong bakar and makan aje. buehehehe

sate daging ada. sate ayam pun ada.

so semalam, aku, Syimah, Hana, Mok Cik, Gulahati, Ammar, I'd, Ide, Kuwe & Airil bertungkus lumus membakar sate dekat parking bawah blok 3. it was raining heavily tapi itu tak mematahkan semangat kitorang. nak menghidupkan ape je dah setengah jam. macam-macam ikhtiar budak-budak ni buat. alhamdulillah, akhirnya hidup jugak api tu dan boleh bakar sate. ade +-200 cucuk sate ayam dah 150 cucuk cate daging semuanya. kami makan sampai senak perut hahahaha.

sementara the boys membakar sate, aku, Shimah dengan Hana siapkan tempat makan. 
indulgence! secret recipe from Masterchef Ammar.

we did had fun gossiping, teasing each other, update cerita-cerita basi. malam raya kami diserikan dengan gelak ketawa sebab masing-masing dok membahan sesama sendiri. sambil makan, kami bersembang macam hari masih siang (padahal masa tu dah pukul 11 lebih).

tengah-tengah syok makan, Syimah dapat call from Norma. she said ade penceroboh naik blok 9 (hostel aku lah tu) and kena kejar dengan the girls. weolss yang perempuan ni dah ketar-ketar lutut dah. iyelah, bilangan yang tak balik tu pun takdelah ramai sangat.

terpaksalah Gulahati dengan Kuwe temankan kitorang balik. on the way balik ke blok 9 tu, ternampak beberapa orang budak laki, husband Madam Maimun (warden blok 5) and guards dok suluh-suluh. diorang tengah mencari penceroboh tu sebab diyakini dia sedang menyorok di kawasan sekitar IPBA. dengar cerita macam tu, lagi lah aku ketar lutut. terus pack barang-barang and tidur dekat bilik Mok Cik. dah tak berani nak tidur sorang-sorang kat dalam bilik sendiri.

dan malam ni, kami still berjaga-jaga in case penceroboh tu datang lagi. believe it or not, aku tidur sambil peluk bet sofbol yang Gulahati bagi. takut punya pasal =,='


salam aidiladha dari kami, perantau IPBA. [ from left : Mok Cik, Hana,  me, Kuwe (sitting on the chair), Gulahati sayang, Ide, Airil, Ammar and Shimah. not in picture : I'd]

Thursday, October 25, 2012

about long hair and short hair.

assalamualaikum.

i'm not the type of girls that would like to keep my hair long (long here means meleret sampai ke lutut). no no no it just not my type. for me, kalau panjang sampai ke bahu tu dah long enough. but not for my Abah. (sigh)

my Abah is kind of conservative people (and some of my aunties too). biaselah kitorang kan kampung people. haha pfftt!. he would like me to keep my hair long (kalau boleh sampai ke pingang) because i'm the only daughter in the family. unless la if he got married with another woman and got another daughter with her.  will slap him for that (no kidding).

i still remember when i was in form two, i cut my hair very short. sebab masa tu aktif bersukan sana sini and duduk hostel so it's kind of leceh for me to take care of my long hair. sekali tengok, nampak macam boy cut but still have feminine looks. just like this.....

just like Sulli's hair in the drama To The Beautiful You, i cut my hair like this. well for me, dah cukup feminin lah ni but  not for my Abah... sigh.... [ picture from Google]

tahu tak, after i cut my hair macam dalam gambar kat atas tu my Abah refused to talk to me for two days. i was like, "hello Abah bukannye along botakkan kepala pun. chill ah" (dalam hati jela ni).  stress tahu bila tak bercakap dengan Abah. on the other side, my Mak okay je. dia tak kisah aku nak simpan rambut panjang mana / pendek mana as long as i'm comfortable. yeah Mak, you rock.

when Abah sent me to the hostel on the Saturday evening, masa tengah salam dengan dia he said, " Abah bukan tak suka along rambut pendek, tapi along nampak lagi manis kalau simpan rambut panjang. so lepas ni kalau nak potong rambut pun, paling pendek paras bahu je okay?" . aku senyum je dengar abah cakap macam tu. pfffttt...

since that day, everytime nak potong rambut aku selalu beringat. tak boleh potong rambut pendek-pendek sangat nanti Abah merajuk lagi. umm yeah nevermind. as long as Abah happy.

lain cerita pulak dengan my aunties. asal balik kampung je, mesti diorang cakap, " haihh anak dara sorang ni. dari kecik sampai ke besar tak pernah berambut panjang. cuba tengok si polan tu simpan rambut panjang. kan cantik je" and the bla bla bla goes on.

cantik??? cantik ape nye kalau mengerbang sana sini macam mak lampir. opsss!

okbai!



Monday, October 22, 2012

after three years

Bol. Aya. Bella. 
meet my girlfriends. berkawan semenjak dari zaman bersekolah di SESTER sampaila sekarang. partner in crime aku ni. rindu sekian lama terubat lepas hangout sama-sama weekend lepas. kesian korang, sesat-sesat nak cari hostel aku kan? muehehehehe. lepas ni nak jumpe dengan lebih kerap. almaklumlah, depa-depa ni tahun depan dah final year. bila dah kerja mesti lagi susah nak jumpe kan?

miss u both. miss the others too (Nadeq, Aten, Mimi, Azie, Nuyue)

Wednesday, October 3, 2012

wordless wednesday : presenting my batik ^___^

alhamdulillah, finally done with my batik. so this is the final product of my batik.  belum di frame kan lagi. takdelah lawa mana pun, but i'm satisfied with my own effort.