tabung kelas teacher bella

Saturday, September 8, 2012

alkisah perkhemahan.

assalamualaikum.

so we went to Impian Country Resort, Batu 14, Hulu Langat for Perkhemahan Unit Beruniform IPG KBA. please please please jangan tertipu dengan nama yang bunyinye gah itu. tempatnye takdelah grand mana pun.  biasa-biasa aje. rombongan cik kiah IPBA (ni nama lama IPG KBA tapi kami lebih suka guna nama ni sampai sekarang) terdiri daripada guru-guruu pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 (TESL, Kajian Sosial, Matematik dan PSV), DPLI GSTT Ambilan Januari 2012, DPLI J-Qaf, B.Ed French & B.Ed jerman. err tu aje kot. kalau ada yang tertinggal harap maaflah. tak kuase aku nak ingat ramai-ramai.

facilities yang disediakan oleh pihak Impian Country Resort agak memuaskan hati. selain daripada bilik mandi yang kecil dan sempit dan tidak mencukupi untuk menampung jumlah kami yang ramai (terutamanya peserta perempuan ni) serta air mandian yang sedikit kotor sebab disedut dari sungai berdekatan menggunakan generator, facilities lain boleh dikatakan memuaskan. tapak khemah luas dan dewan untuk aktiviti LDK pun banyak sampaikan setiap unit uniform boleh dapat dewan diorang sendiri. katering kat sana pun sodap. surau pun Alhamdulillah selesa untuk kegunaan kami.

gambar diva sebelum comot momot mendirikan khemah wajib ada

percaya atau tidak, sepanjang camping kali ni aku tido dalam khemah just for +- 2 hours. lepas tu tido dekat surau. semua ni gara-gara kejadian histeria yang terjadi kepada tent mates aku yang juga house mates aku. first night dah ade tragedi. menggeletar jugak malam tu. taoi syukurlah malam-malam seterusnye dah takde kejadian tak diingini berlaku. dan Insya-Allah diharap kejadian tu tak berulang. atas nasihat abang-abang dan kakak-kakak J-qaf serta para pensyarah, kami semua dibenarkan tidur di surau.

belajar ikatan dan simpulan lagi. lepas tu lupa balik sebab tak praktikkan. hadoilaaa

this is the best part. belajar ikat kain anduh untuk pelbagai jenis kecederaan.  inilah mangsa-mangsa yang kena jadi model kain anduh tu.

we did learn about CPR (like macam mana nak bagi bantuan CPR kepada orang yang memerlukan) tapi gambarnye tak banyak sebab semua orang busy buat amali. kalau tak buat amali ni tak dapat pentauliahan darri badan induk BSMM. so semua orang berlagak serius padahal masing-masing dah nak tergelak time kena hembus nafas melalui mulut tu. gamat dewan kejap. apedaaaa


masa ni muka dah burn sob sob sob sob!

walaupun banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi sepanjang perkhemahan kali ini, tapi aku percaya ada hikmah di sebaliknye. alhamdulillah, selepas menjalani perkhemahan 4 hari 3 malam yang dirasakan seperti bertahun lamanya tu kami dah berjaya ditauliahkan dengan pangkat "Leftenan Muda".

hip hip hurrayyy camping dah habes!

tahniah kepada esemua Leftenan Muda XD

my exhausted face. see see the eye bag =='
seperkara yang best pasal camping kali ni bila ade geng-geng DPLI GSTT. akak-akak ni keja masak aje. masa kitorang stay up malam-malam untuk siapkan gajet diorang dok masak kat khemah dapur. sempat lagi buat cucur, masak murtabak megi, lempeng dan buatkan air. seriously tak kebulur la bila dok satu pasukan dengan diorang ni. aku rasa lagi penat nak menghabiskan makanan daripada penat buat kerja. ihiksss!

classmates. okbai!


2 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)