tabung kelas teacher bella

Friday, September 28, 2012

projek seni sem 4 - batik

assalamualaikum..

it's been so long since i posted something here. i just don't have the time to sit and think and tekan-tekan keyboard just to update about my life. usually before i went to my dreamland i will update a little bit about my life but now, the moment i lay on my bed, sedar-sedar dah pagi. seriously, this semester is very packed, very hectic. sampaikan kena korbankan masa berehat semata-mata untuk menyiapkan kerja (most of the works are lesson plan (pfftttt) and teaching aids).

so for now, let me update about my PSV project. so for this semester we need to do batik. beli batik yang dah siap harga dua tiga ratus tu aku taw. but to produce my own batik design, itu aku taktaw. Encik Jalil (our PSV lecturer) dah ajar step by step macam mana nak buat batik. from memilih subject matter, buat lakaran and choose our final design. tapi aku buat cara songsang. i draw my final sketch first, lepastu baru buat step yang sebelumnya. hehehe aci je kan?

oh ye, batik yang perlu kami hasilkan adalah batik untuk hiasan dinding. kami telah dibekalkan dengan canting, lilin untuk mencanting serta kain putih sepanjang 1 meter untuk melukis batik. 1 meter tu besar jugak. it is quite hard for beginner like us to draw batik on kain yang sebesar itu. tapi itukan cabaran. as for me, motif utama yang menjadi pilihan aku ialah corak bulu burung merak. my peacock feather? sebab aku suka dengan warna bulu dia yang canti dan berkilau itu (sape-sape tak tahu warna burung merak macam mana sila google ye).

it is not easy to mencanting. perlukan ketelitian yang tinggi, kesungguhan dan  kesabaran (of course lah).
part mencanting ni memang banyak dugaan. sebelum mencanting, fyi, aku dah lukis balik my final design using pencil on the white cloth. ini untuk memudahkan lagi proses mencanting. iyelah kan, tangan beginner ni bukannye berseni sangat dak mencanting on plain cloth tu.  alatan yang digunakan untuk mencanting ialah canting dan campuran lilin dan damar yang dipanaskan. lilin untuk mencanting perlu dicampur dengan damar dan dipanaskan bersama supaya lilin itu tidak patah apabila dicantingkan ke atas kain. kalau lilin tu patah, masalah besar akan timbul semasa proses mewarna nanti.

ini batik aku yang dah 50% diwarnakan. ini gambar sebelum fabric dye tu mengering.  pada awalnye,  tiada sebarang tanda-tanda bahawa masalah akan timbul tetapi...

keesokan harinya bila aku datang untuk sambung mewarna, satu kecelakaan dikesan. kalau korang zoom gambar ni mesti korang nampak kesan-kesan lilin patah yang mengakibatkan warna leaking ke tempat yang tidak sepatutnye.

stress bila lilin patan sana sini and warna leaking. the only solution is, canting balik dekat tempat yang lilin patah tu. kaau tak memang jenuhlah nak betulkan warna yang dah bercampur tu. banyak jugak tempat yang lilinnye patah because Encik Jalil did not put enough damar in our wax.

dekat seminggu jugak baru aku dapat siapkan batik aku ni. pandai-pandailah curi masa bila takde kelas or in the evening untuk siapkan batik ni. seriously, bila balik dari mencanting or mewarna, au memang akan rasa extremely tired sampaikan boleh tidur sambil berdiri. ditambah lagi dengan macam-macam kerja lain (micro-teaching, story telling etc) memang tiap-tiap hari adalah sangat memenatkan. boleh lelap selama 5 minit tu pun dah dikira satu nikmat besar.
sorry, i keep showing my tired face here. this is the reality of being a trainee teacher. so kalian di luar sana, jangan sesuka hati je cakap kerja seorang guru tu senang. put yourself in our shoes, then only you will know.


hasil batik tak boleh nak reveal lagi sebab.....saje taknak tunjuk. nanti-nantilah ahkak update lain okay? lagipun tak matikan warna and rebus untuk buang lilin lagi. once it 100% done, i will update about it okay?

till then, bai!

the colors of my life are like a rainbow...


The colors of my life are like a rainbow
"The colors of my life are bountiful and bold
The purple glow of indigo, the gleam of green and gold! 
The splendor of a sunrise, the dazzle of a flame, 
The glory of a rainbow, will put them all to shame! 
No quiet browns and grays, I`ll take my days instead, 
And fill them till they overflow, with rose and cherry red! 
And should that sunlit World, grow dark one day, 
The colors of my life, will leave a shining light, 
The colors of my life will light the way! "
"The colors of my life"
Perry Como

teaser dulu...

ada gaya tauke kilang batik?







pssstttt.... lama menyepi bukan bererti takde benda nak diceritakan. nah amek teaser ni dulu. lepas habis simulation teaching of grammar nanti aku update lain.


bajet retisss sangat nak teaser-teaser bagai

Wednesday, September 12, 2012

wordless wednesday : 2 years 6 months.

thank you Gulahati. love love love

Sunday, September 9, 2012

first impression

assalamualaikum.

first impression daripada orang lain terhadap kita adalah penting. yes, no doubt about that. tapi wajarkah kita dihukum sebab kesilapan masa lampau? i mean, dulu dan sekarang cara kehidupan kita dah totally lain. of course lah dulu teruk dan sekarang bertambah baik (and hopefully semakin lama semakin baik, Insya-Allah). but because of that childish act, people will misjudge you and start labeling entah hape-hape until now. adil ke macam tu?

please lah. dulu lain sekarang lain. think wisely.



seriously aku nak bacK off. SERIOUSLY!

Saturday, September 8, 2012

alkisah perkhemahan.

assalamualaikum.

so we went to Impian Country Resort, Batu 14, Hulu Langat for Perkhemahan Unit Beruniform IPG KBA. please please please jangan tertipu dengan nama yang bunyinye gah itu. tempatnye takdelah grand mana pun.  biasa-biasa aje. rombongan cik kiah IPBA (ni nama lama IPG KBA tapi kami lebih suka guna nama ni sampai sekarang) terdiri daripada guru-guruu pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 (TESL, Kajian Sosial, Matematik dan PSV), DPLI GSTT Ambilan Januari 2012, DPLI J-Qaf, B.Ed French & B.Ed jerman. err tu aje kot. kalau ada yang tertinggal harap maaflah. tak kuase aku nak ingat ramai-ramai.

facilities yang disediakan oleh pihak Impian Country Resort agak memuaskan hati. selain daripada bilik mandi yang kecil dan sempit dan tidak mencukupi untuk menampung jumlah kami yang ramai (terutamanya peserta perempuan ni) serta air mandian yang sedikit kotor sebab disedut dari sungai berdekatan menggunakan generator, facilities lain boleh dikatakan memuaskan. tapak khemah luas dan dewan untuk aktiviti LDK pun banyak sampaikan setiap unit uniform boleh dapat dewan diorang sendiri. katering kat sana pun sodap. surau pun Alhamdulillah selesa untuk kegunaan kami.

gambar diva sebelum comot momot mendirikan khemah wajib ada

percaya atau tidak, sepanjang camping kali ni aku tido dalam khemah just for +- 2 hours. lepas tu tido dekat surau. semua ni gara-gara kejadian histeria yang terjadi kepada tent mates aku yang juga house mates aku. first night dah ade tragedi. menggeletar jugak malam tu. taoi syukurlah malam-malam seterusnye dah takde kejadian tak diingini berlaku. dan Insya-Allah diharap kejadian tu tak berulang. atas nasihat abang-abang dan kakak-kakak J-qaf serta para pensyarah, kami semua dibenarkan tidur di surau.

belajar ikatan dan simpulan lagi. lepas tu lupa balik sebab tak praktikkan. hadoilaaa

this is the best part. belajar ikat kain anduh untuk pelbagai jenis kecederaan.  inilah mangsa-mangsa yang kena jadi model kain anduh tu.

we did learn about CPR (like macam mana nak bagi bantuan CPR kepada orang yang memerlukan) tapi gambarnye tak banyak sebab semua orang busy buat amali. kalau tak buat amali ni tak dapat pentauliahan darri badan induk BSMM. so semua orang berlagak serius padahal masing-masing dah nak tergelak time kena hembus nafas melalui mulut tu. gamat dewan kejap. apedaaaa


masa ni muka dah burn sob sob sob sob!

walaupun banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi sepanjang perkhemahan kali ini, tapi aku percaya ada hikmah di sebaliknye. alhamdulillah, selepas menjalani perkhemahan 4 hari 3 malam yang dirasakan seperti bertahun lamanya tu kami dah berjaya ditauliahkan dengan pangkat "Leftenan Muda".

hip hip hurrayyy camping dah habes!

tahniah kepada esemua Leftenan Muda XD

my exhausted face. see see the eye bag =='
seperkara yang best pasal camping kali ni bila ade geng-geng DPLI GSTT. akak-akak ni keja masak aje. masa kitorang stay up malam-malam untuk siapkan gajet diorang dok masak kat khemah dapur. sempat lagi buat cucur, masak murtabak megi, lempeng dan buatkan air. seriously tak kebulur la bila dok satu pasukan dengan diorang ni. aku rasa lagi penat nak menghabiskan makanan daripada penat buat kerja. ihiksss!

classmates. okbai!