tabung kelas teacher bella

Sunday, July 22, 2012

homemade strawberi coklat versi orang bujang.

assalamualaikum.

masih lagi berkisarkan Cameron Highands. tapi kali ni bukan pasal tido dalam suasana sejuk beku sampai menggigil. kali ini aku nak cakap pasal buah strawberi (kepada yang lampi tak kenal strawberi sila google ye).

kalau berkunjung ke Cameron Highlands tak sah sekiranya tak membeli buah strawberi. welll termasuklah aku. maklumlah jakun + eksaited nengok buah strawberi masak memerah dekat pokok. kat rumah kita takde Stoberi-stoberi ni. kat rumah ai ade pokok kelapa dengan pokok durian je. lagi kehlasss kauu!

dalam keadaan berebut-rebut dengan pembeli lain, sempat jugak lah aku sambar dua pack strawberi. satu bungkus dah selamat dihadam sebaik menjejakkan kaki ke bumi IPBA disebabkan kelaparan tahap gaban. satu bungkus lagi disimpan dengan hajat nak bawak balik rumah paksu tapi lain hal pulak jadinye.

FYI, strawberi sangat mudah spoiled kalau tak diletakkan di dalam peti sejuk. dah namanye dok hostel memang takdelah fridge tu melainkan engau seludup bawak. kalau rumah aku dekat dengan hostel dah lama aku buat keje macam tu hahahahahaha! disebabkan panic attack melihat saki-baki strawberi yang ada dah mula nak rosak, maka aku teringat cadangan faizah yang super bernas ini. buaty homemade srawberi coklat! so lets cekidauttt resipi stoberi coklat versi orang bujang.



menggunakan Cadbury Hazelnut (sebab tu je yabg ada kat dalam food box aku tapi korang boleh guna any kind of coklat yang korang suka) dan strawberi. mula-mula cairkan coklat tu terlebih dahulu. cara aku cairkan coklat ni sangat kelakar. patah-patahkan coklat menjadi kepingan kecil kemudian masukkan ke dalam mangkuk. lepastu tuang air panas mendidih ke dalam mangkuk tu (jangan terlampau banyak). then kacau sampai coklat tu air sepenuhnya. bila coklat dah cair baru masukkan strawberi.





lepas masuk strawberi ape lagi kacaulah sampai sebati. so this is the final outcome. walaupun serving macam ke laut tapi rasanya masya-Allah dijamin tip top!! 

 


sebenarnye lagi best kalau coklat Cadbury tu dicampur dengan Dark Chocolate Vochelle so that takdelah rasa manis terlampau sangat. tapi disebabkan aku ade Cadbury je, itupun yang Gulahati bagi so aku hentam ajelah. lepas tu minum air masak setengah botol sebab manis sangat. hahahaha! ohh ya aku buat ni masa bersahur. grand kau first sahur makan strawberi coklat. oh ya, tabur badam banyak-banyak kat dalam tu pun ohsem jugak.


okay okay let's prepare for buka puasa. bye bye!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)