tabung kelas teacher bella

Friday, July 20, 2012

Bina Insan Guru (BIG) di Cameron Highlands. (part 2)

assalamualaikum.

update laju-laju selepas pulang dari Sunway Pyramid bersama Gulahati. so here is the continuation of part 1 that i posted last night.


hari kedua (Selasa), hujan masih lagi turun sekitar pukul 4 pagi. menggigil toksah cakap lah. khemah pun basah menyebabkan ade yang terpaksa tidur dekat luar khemah. yang konpem, pagi tu ramai tak mandi sebab tak sanggup nak berperang dengan ksejukan air bersuhu beku tu. kalau korang nak imagine macam mana sejuknye air kat sana, cuba keluarkan ais dari dalam fridge, letak dalam gelas, then tuang air masak kat dalam tu. lebih kurang macam tu lah tahap kesejukannye. so no wonder lah ramai yang memilih untuk tidak mandi pada pagi tersebut (termasuklah aku ehem ehem ehemmm kantoiii).

pagi-pagi lagi kitorang dah kena berggerak ke sekolah untuk menjalankan aktiviti khinmat masyarakat di sana. kelas aku telah ditempatkan di SJKC Tanah Rata (about 3 km from our camp site). sekolah ni kecik aje. hanya ade 2 bangunan dan tidak mempunyai kantin. para peajarnye perlu membawa bekal sendiri. ade segelintir ibu bapa yang datang menghantar makanan dekat anak-anak diorang bila dah time rehat.

di sekolah tu, kami diminta oleh pihak sekolah untuk menyediakan satu sudut bacaan dan melukis mural. sudut bacaan tu no hal lah tapi mural tu menjadi masalah besar. dalam ramai-ramai budak kelas aku, hanya Swee Chen sahaja yang bakat melukis nye memang terbukti tip top. yang lain termasuklah aku hancuss. lukis sikit-sikit tu boleh lah. nasib baik Swee Chen dah sediakan template mural untuk dilukis, so kitorang just follow her template and draw on the wall. instead of drawing, aku rasa kitorang sebenarnye menconteng kat dinding tu aje kehkehkehkeh.




our mural. there are too many pictures that i want to upload but because i'm too lazy to upload it one by one, so aku buat cenggini. kira halal lah ye?




sekolah tu mesti kaya sebab they provide us with Nippon Paint. mahal tu beb. tapi sayang semua tu warna-warna pastel. bila nak buat campuran warna tu susah untuk mendapatkan warna yang dikehendaki sebab ia bukan warna premier. but nevermind kitorang guna jelah ape yang dah disediakan tu. oleh kerana aku incharge bahagian mural, so aku taktaw pape pasal reading corner sebab takde masa pun nak pegi jenguk diorang kat dalam. but i do have some pictures of them, taken by Husna. pada sebelah petanng, kami dikehendaki untuk ke rumahpelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan sudut bacaan dan jadual belajar bagi pelajar tersebut. oleh kerana ibu bapa pelajar SJKC Tanah Rata tidak bersetuju derngan cadangan ini, maka my class have to joined PSV students. as for me, i was in Aje's group, pergi ke rumah seorang students yang bernama Nadzaty Asyeeda. rumah dia dekat je dengan sekolah so kitorang just jalan kaki ke rumahnye. ohhh sebelum ke rumah Nadzaty tu aku sempat mandi and tukar baju dekat tandas awam. segar sikit badan muehehehehehe.

gambar di sebelah kiri adalah sudut bacaan yang dihasilkan oleh budak-budak kelas aku i SJKC Tanah Rata. buku-buku tersebut disumbangkan oleh kami semua. gambar di sebelah kanan adalah sudut bacaan di rumah Nadzaty. 


malam last di Sg. Pauh Camp Site dipenuhi dengan aktiviti malam kebudayaan dan barbecue sponsored by Datuk Nazri (ayah kepada Malin). malam tu memang makan mewah la. ade ayam bakar, sosej bakar, mihun goreng dan jagung bakar. ayam bakar tu ade banyak extra sampaikan ade yang buat makan break first esok nye. alhamdulillah, malalm tu hujan dah berhenti tapi suhu masih mantain 8 darjah celcious. menggigil lah aku. malam tu tido pakai stokin dua lapis, pakai baju tiga lapis plus sweater. itupun masih menggigil. tak cukup lagi ke lemak kat badan ni?


hari terakhir di Cameron Highlands. disebabkan malamnye aku dapat tido dengan lena maka aku dan teman-teman sekhemah telah pnteng kuliah subuh. kahkahkah! seawal jam 6.30 pagi kitorang diarahkan untuk mengemas barang-barang dan tapak khemah kerana kami akan bertolak pulang lebih awal daripada yang dijangkakan. but still, we need to complete the last slot with the dengan aktiviti yang telah dirancang. aktiviti terakhir kami untuk program BIG pada kali ini ialah klinik motivasi bersama pelajar-pelajar sekolah yang telah ditetapkan. selepas beberapa siri perbincangan, beudak kelas aku telah mengeluaskan pelbagai idea bernas. maka sebulat suara kami memutuskan untuk mengadakan station games. kami telah menyediakan emoat station. para pelajar perlu bergerak dari satu station ke station yang lain dan menyelesaikan setiap language games yang telah disediakan. FYI, pelajar-pelajar SJKC Tanah Rata sangat energetic.

told ya. the kids was very energetic. and their English proficiency level is considered good for a rural school. 
Madam Leon ( the headmistress of SJKC Tanah Rata) gave us fresh flowers and tea as souvenir. thank you so much!



we was very exhausted after conducting the language games. itupun nasib baik aku still ade energy untuk merayap beli strawberry dan ole-ole untuk orang-orang di terengganu. tapi masa  bas berhenti dekat ladang teh energy level aku memang dah zero. dah tak larat nak berjalan. sudahnye aku dok diam-diam kat dalam bas dan tio. hahahahahaha nikmat nikmat!


overal, BIG kali ni boleh dikategorikan sebagai okay walaupun banyak perancangan yang berubah di saat-saat akhir. dan keadaan camp site yang super sejuk juga sebenarnye tidak selesa bagi kami keraan terpaksa tidur di dalam khemah yang dibanjiri air hujan. sangat tidak selesa ditambah pula dengan kesejukan melampau pada waktu malam. jadi tak pelik kalau balik dari BIG ni ramai yang sakit-sakit dan demam. faktor cuaca yang menyebabkan keadaan ini terjadi. apepun the best part pasal BIG kali ni ialah LDK pada waktu malam dibatalkan kerana hujan lebat dan tiada tempat berbumbung yang uas untuk menempatkan semua peserta. jyeahhh itu yang kita mahu kahkahkahkah!


itu sahaja cerita BIG saya. bai bai bai!

1 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)