tabung kelas teacher bella

Friday, July 20, 2012

Bina Insan Guru (BIG) di Cameron Highlands. (part 1)

assalamualaikum.

seperti yang digembar-gemburkan dalam entri-entri sebelum ini, ahkak baru balik dari ber-BIG di Cameron Highlands. seriously, dalam banyak-banyak program BIG yang aku dah pergi, this is the best. why i said do? let's cekidautttttt..

selepas majlis perasmian bersama Pengarah, sesi penggambaran dan angkat barang-barang masuk dalam bas, kami bertolak ke Cameron Highlands kira-kira pukul 9.30 pagi (lewat sejam setengah dari jadual asal). biasalah janji melayu kan. 5 buah bas digunakan untuk membawa 211 orang peserta BIG ke Cameron Highlands. tak banyak aktiviti pun yang dibuat kat atas bas selain daripaa makan, tido, dan bersembang.

time bas tengah mendaki bukit, budak bertuah dua orang ni boleh pulak dok main chess.  hamekkau habis satu game dua-dua pening kepala.






time bas start mendaki bukit tu, kesejukan dah terasa. bila dah dekat nak sampai Tanah Rata, hujan rintik-rintik dah mula turun. sampai kat Sg. Pauh Camp Site, hujan turun makin lebat. tak kasi can langsung. terpaksalah kitorang mendirikan khemah dalam keadaan hujan. makin lama hujan turun makin lebat. makan nasi untuk lunch pun kat bawah hujan. camp site ni tak banyak tempat berbumbung untuk berteduh. sampaikan ade yang terpaksa makan kat bawah hujan. masa ni semua dah mengigil. sejuk beb. aktiviti khidmat masyarakat pada petang tu pun hanya dapat dijalankan sekejap sahaja sebab hujan yang mulanya nampak macam dah reda tiba-tiba turun dengan maha lebat. dan konpem-konpemlah sejuknya hingga ke tulang hitam.


uniform rasmi sepanjang berada di Cameron. pergi mana-mana pun wajib bawak ponco bersama kalau tak memang kuyup lah jawabnye.




balik ke camp site, tengok-tengok kat dalam khemah ada air sebab hujan turun non-stop. okayyy itu sangat tidak bagus kerana kain untuk keringkan air. maka terpaksalah mengorbankan kain batik untuk mengeringkan air yang bertakung kat alam khemah tu. sob sob sob. malam tu tidur kami ditemani dengan hujan yang mencurah-curah,lantai khemah yang basah, dan sejuk yang mencengkam. seriously sejuk. kalau duduk kat luar khemah, bukak mulut je keluar asap. terus mai feeling dok oversea. kehkehkeh over sangat. suhu pada malam hari adalah lebih kurang 8 darjah celcious. no wonder lah kitorang tidur sampai menggigil walaupun dah pakai sweater, selimut tebal dan stokin. 


as i said, Cameron hujan sepanjang hari. 




percaya atau tidak, aku dan budak-budak khemah bangun seawal 4.30 pagi sebab dah tak tahan dengan kesejukan. semua pakat berebut nak masuk toilet. menggigil tak payah cakap lah. sejuk beb. sudahnye semua orang tak mandi pagi tu. nak sentuh air untuk pun tak ingin. pagi ti, aku just gosok gigi dan cuci muka je. itupun lepas cuci muka otot-otot muka rasa tegang macam baru lepas cucuk botox. kalau aku mandi agaknye satu badan cramp nanti. haha




to be continued. tuan punye badan masih kepenatan dan mengantuk. babai!

2 students asking questions:

Rizal Sadiman said...

syok!!!!!
i wish we have this kind of activity in the near future..
i had so much fun camping and doing outdoor activties when i was in high school.
Since enetered ipba, so many things have changed...no more challenging routines for me sob sob

Nabila Zainudin said...

@Rizal Sadiman dear rizal. syok memang syok tapi part menggigil time tido tuh memang takmaw dah. Yazid ikut kitorang pergi sana kot.

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)