tabung kelas teacher bella

Monday, July 30, 2012

check list Ramadhan

taken somewhere from Facebook. sorry can't trace back the link. lupa dah. but untuk tuan punya karya ni, thank you sangat-sangat. a good reminder for me ^__________^



check list korang cemana pulak? share-share lah sikit..

Saturday, July 28, 2012

A trip to Institut Kraf Negara, Rawang

assalamualaikum.

last Wednesday i went on a trip to Institut Kraf Negara, Rawang with all other budak-budak yang ambik minor seni dan juga yang major PSV. okay lawatan ini bukan seperti lawatan yang mana korang terjenguk-jenguk kiri dan kanan, mata melilau usha itu ini. lawatan ini lebih kepada bengkel menghasilkan kraf. nak taw kraf ape yang kitorang buat?


sepatutnya, kitorng budak-budak minor PSV ni dijadualkan masuk bengkel anyaman rotan. tapi oleh kerana stok rotan dah habis, makan kitorang masuklah bengkel membuat tembikar. seriously aku frust sebab aku nak sangat belajar buat anyaman rotan tu sob sob sob. tapi dah takde rezeki nak buat cemane kan. buat tembikar pun okay what?


menguli tanah liat untuk menjadi satu produk bukanlah satu kerjaa yang mudah. nampak macam mudah tapi payah juga. dekat bengkel tu kitorang diajar untuk membuat bentuk silinder which is the basic knowledge of making tembikar. hah amek kau habis comot baju dengan tudung dok gentel tanah liat ni. and yeahh aku tak jumpa mana aku letak gambar final product tembikar tu so tak dapatlah nak show off seposen dua haha hihi!

arca ini sangat kreatif. new invention maybe?

i dunno why but i adore rotan product's so much!

set kerusi yang bawah tu seriously lawa wa cakap lu!


aku suka gila dengan produk rotan yang dipamerkan dekat sana. kebanyakannya adalah hasil kraf daripada pelajar-pelajar dekat sana jugak. tiba-tiba datang semangat berkobar-kobar untuk belajar menganyam rotan jugak.

kbai!

Sunday, July 22, 2012

homemade strawberi coklat versi orang bujang.

assalamualaikum.

masih lagi berkisarkan Cameron Highands. tapi kali ni bukan pasal tido dalam suasana sejuk beku sampai menggigil. kali ini aku nak cakap pasal buah strawberi (kepada yang lampi tak kenal strawberi sila google ye).

kalau berkunjung ke Cameron Highlands tak sah sekiranya tak membeli buah strawberi. welll termasuklah aku. maklumlah jakun + eksaited nengok buah strawberi masak memerah dekat pokok. kat rumah kita takde Stoberi-stoberi ni. kat rumah ai ade pokok kelapa dengan pokok durian je. lagi kehlasss kauu!

dalam keadaan berebut-rebut dengan pembeli lain, sempat jugak lah aku sambar dua pack strawberi. satu bungkus dah selamat dihadam sebaik menjejakkan kaki ke bumi IPBA disebabkan kelaparan tahap gaban. satu bungkus lagi disimpan dengan hajat nak bawak balik rumah paksu tapi lain hal pulak jadinye.

FYI, strawberi sangat mudah spoiled kalau tak diletakkan di dalam peti sejuk. dah namanye dok hostel memang takdelah fridge tu melainkan engau seludup bawak. kalau rumah aku dekat dengan hostel dah lama aku buat keje macam tu hahahahahaha! disebabkan panic attack melihat saki-baki strawberi yang ada dah mula nak rosak, maka aku teringat cadangan faizah yang super bernas ini. buaty homemade srawberi coklat! so lets cekidauttt resipi stoberi coklat versi orang bujang.



menggunakan Cadbury Hazelnut (sebab tu je yabg ada kat dalam food box aku tapi korang boleh guna any kind of coklat yang korang suka) dan strawberi. mula-mula cairkan coklat tu terlebih dahulu. cara aku cairkan coklat ni sangat kelakar. patah-patahkan coklat menjadi kepingan kecil kemudian masukkan ke dalam mangkuk. lepastu tuang air panas mendidih ke dalam mangkuk tu (jangan terlampau banyak). then kacau sampai coklat tu air sepenuhnya. bila coklat dah cair baru masukkan strawberi.





lepas masuk strawberi ape lagi kacaulah sampai sebati. so this is the final outcome. walaupun serving macam ke laut tapi rasanya masya-Allah dijamin tip top!! 

 


sebenarnye lagi best kalau coklat Cadbury tu dicampur dengan Dark Chocolate Vochelle so that takdelah rasa manis terlampau sangat. tapi disebabkan aku ade Cadbury je, itupun yang Gulahati bagi so aku hentam ajelah. lepas tu minum air masak setengah botol sebab manis sangat. hahahaha! ohh ya aku buat ni masa bersahur. grand kau first sahur makan strawberi coklat. oh ya, tabur badam banyak-banyak kat dalam tu pun ohsem jugak.


okay okay let's prepare for buka puasa. bye bye!

Friday, July 20, 2012

Ahlan wasahlan Ramadhan Al-Mubarak :)

assalamualaikum.

alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini. semoga Allah peliharakan kesihatan aku, dijauhi daripada segala macam penyakit sepanjang Ramadhan ini. kalau nak azam puasa penuh tu macam mustahil je. faham-faham sendiri lah fitrah perempuan ni kan.

sebelum tidur, jangan lupa niat puasa ye semua. haaa malam pertama Ramadhan ni eloklah kalau kita niat untuk berpuasa sebuulan terus. hehe




semoga Ramadhan kali ini menjadikan aku insan yang lebih baik. amin amin aminnnnn!




p/s : salam ramadhan buat keluarga tersayang di Terengganu. nak sangat balik untuk merasa hari pertama Ramadhan bersama keluarga tapi disebabkan jauh sangat maka terpaksalah dipendamkan aje hasrat itu. sob sob sob. bertabahlah Bella :')

Bina Insan Guru (BIG) di Cameron Highlands. (part 2)

assalamualaikum.

update laju-laju selepas pulang dari Sunway Pyramid bersama Gulahati. so here is the continuation of part 1 that i posted last night.


hari kedua (Selasa), hujan masih lagi turun sekitar pukul 4 pagi. menggigil toksah cakap lah. khemah pun basah menyebabkan ade yang terpaksa tidur dekat luar khemah. yang konpem, pagi tu ramai tak mandi sebab tak sanggup nak berperang dengan ksejukan air bersuhu beku tu. kalau korang nak imagine macam mana sejuknye air kat sana, cuba keluarkan ais dari dalam fridge, letak dalam gelas, then tuang air masak kat dalam tu. lebih kurang macam tu lah tahap kesejukannye. so no wonder lah ramai yang memilih untuk tidak mandi pada pagi tersebut (termasuklah aku ehem ehem ehemmm kantoiii).

pagi-pagi lagi kitorang dah kena berggerak ke sekolah untuk menjalankan aktiviti khinmat masyarakat di sana. kelas aku telah ditempatkan di SJKC Tanah Rata (about 3 km from our camp site). sekolah ni kecik aje. hanya ade 2 bangunan dan tidak mempunyai kantin. para peajarnye perlu membawa bekal sendiri. ade segelintir ibu bapa yang datang menghantar makanan dekat anak-anak diorang bila dah time rehat.

di sekolah tu, kami diminta oleh pihak sekolah untuk menyediakan satu sudut bacaan dan melukis mural. sudut bacaan tu no hal lah tapi mural tu menjadi masalah besar. dalam ramai-ramai budak kelas aku, hanya Swee Chen sahaja yang bakat melukis nye memang terbukti tip top. yang lain termasuklah aku hancuss. lukis sikit-sikit tu boleh lah. nasib baik Swee Chen dah sediakan template mural untuk dilukis, so kitorang just follow her template and draw on the wall. instead of drawing, aku rasa kitorang sebenarnye menconteng kat dinding tu aje kehkehkehkeh.




our mural. there are too many pictures that i want to upload but because i'm too lazy to upload it one by one, so aku buat cenggini. kira halal lah ye?




sekolah tu mesti kaya sebab they provide us with Nippon Paint. mahal tu beb. tapi sayang semua tu warna-warna pastel. bila nak buat campuran warna tu susah untuk mendapatkan warna yang dikehendaki sebab ia bukan warna premier. but nevermind kitorang guna jelah ape yang dah disediakan tu. oleh kerana aku incharge bahagian mural, so aku taktaw pape pasal reading corner sebab takde masa pun nak pegi jenguk diorang kat dalam. but i do have some pictures of them, taken by Husna. pada sebelah petanng, kami dikehendaki untuk ke rumahpelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan sudut bacaan dan jadual belajar bagi pelajar tersebut. oleh kerana ibu bapa pelajar SJKC Tanah Rata tidak bersetuju derngan cadangan ini, maka my class have to joined PSV students. as for me, i was in Aje's group, pergi ke rumah seorang students yang bernama Nadzaty Asyeeda. rumah dia dekat je dengan sekolah so kitorang just jalan kaki ke rumahnye. ohhh sebelum ke rumah Nadzaty tu aku sempat mandi and tukar baju dekat tandas awam. segar sikit badan muehehehehehe.

gambar di sebelah kiri adalah sudut bacaan yang dihasilkan oleh budak-budak kelas aku i SJKC Tanah Rata. buku-buku tersebut disumbangkan oleh kami semua. gambar di sebelah kanan adalah sudut bacaan di rumah Nadzaty. 


malam last di Sg. Pauh Camp Site dipenuhi dengan aktiviti malam kebudayaan dan barbecue sponsored by Datuk Nazri (ayah kepada Malin). malam tu memang makan mewah la. ade ayam bakar, sosej bakar, mihun goreng dan jagung bakar. ayam bakar tu ade banyak extra sampaikan ade yang buat makan break first esok nye. alhamdulillah, malalm tu hujan dah berhenti tapi suhu masih mantain 8 darjah celcious. menggigil lah aku. malam tu tido pakai stokin dua lapis, pakai baju tiga lapis plus sweater. itupun masih menggigil. tak cukup lagi ke lemak kat badan ni?


hari terakhir di Cameron Highlands. disebabkan malamnye aku dapat tido dengan lena maka aku dan teman-teman sekhemah telah pnteng kuliah subuh. kahkahkah! seawal jam 6.30 pagi kitorang diarahkan untuk mengemas barang-barang dan tapak khemah kerana kami akan bertolak pulang lebih awal daripada yang dijangkakan. but still, we need to complete the last slot with the dengan aktiviti yang telah dirancang. aktiviti terakhir kami untuk program BIG pada kali ini ialah klinik motivasi bersama pelajar-pelajar sekolah yang telah ditetapkan. selepas beberapa siri perbincangan, beudak kelas aku telah mengeluaskan pelbagai idea bernas. maka sebulat suara kami memutuskan untuk mengadakan station games. kami telah menyediakan emoat station. para pelajar perlu bergerak dari satu station ke station yang lain dan menyelesaikan setiap language games yang telah disediakan. FYI, pelajar-pelajar SJKC Tanah Rata sangat energetic.

told ya. the kids was very energetic. and their English proficiency level is considered good for a rural school. 
Madam Leon ( the headmistress of SJKC Tanah Rata) gave us fresh flowers and tea as souvenir. thank you so much!



we was very exhausted after conducting the language games. itupun nasib baik aku still ade energy untuk merayap beli strawberry dan ole-ole untuk orang-orang di terengganu. tapi masa  bas berhenti dekat ladang teh energy level aku memang dah zero. dah tak larat nak berjalan. sudahnye aku dok diam-diam kat dalam bas dan tio. hahahahahaha nikmat nikmat!


overal, BIG kali ni boleh dikategorikan sebagai okay walaupun banyak perancangan yang berubah di saat-saat akhir. dan keadaan camp site yang super sejuk juga sebenarnye tidak selesa bagi kami keraan terpaksa tidur di dalam khemah yang dibanjiri air hujan. sangat tidak selesa ditambah pula dengan kesejukan melampau pada waktu malam. jadi tak pelik kalau balik dari BIG ni ramai yang sakit-sakit dan demam. faktor cuaca yang menyebabkan keadaan ini terjadi. apepun the best part pasal BIG kali ni ialah LDK pada waktu malam dibatalkan kerana hujan lebat dan tiada tempat berbumbung yang uas untuk menempatkan semua peserta. jyeahhh itu yang kita mahu kahkahkahkah!


itu sahaja cerita BIG saya. bai bai bai!

Bina Insan Guru (BIG) di Cameron Highlands. (part 1)

assalamualaikum.

seperti yang digembar-gemburkan dalam entri-entri sebelum ini, ahkak baru balik dari ber-BIG di Cameron Highlands. seriously, dalam banyak-banyak program BIG yang aku dah pergi, this is the best. why i said do? let's cekidautttttt..

selepas majlis perasmian bersama Pengarah, sesi penggambaran dan angkat barang-barang masuk dalam bas, kami bertolak ke Cameron Highlands kira-kira pukul 9.30 pagi (lewat sejam setengah dari jadual asal). biasalah janji melayu kan. 5 buah bas digunakan untuk membawa 211 orang peserta BIG ke Cameron Highlands. tak banyak aktiviti pun yang dibuat kat atas bas selain daripaa makan, tido, dan bersembang.

time bas tengah mendaki bukit, budak bertuah dua orang ni boleh pulak dok main chess.  hamekkau habis satu game dua-dua pening kepala.






time bas start mendaki bukit tu, kesejukan dah terasa. bila dah dekat nak sampai Tanah Rata, hujan rintik-rintik dah mula turun. sampai kat Sg. Pauh Camp Site, hujan turun makin lebat. tak kasi can langsung. terpaksalah kitorang mendirikan khemah dalam keadaan hujan. makin lama hujan turun makin lebat. makan nasi untuk lunch pun kat bawah hujan. camp site ni tak banyak tempat berbumbung untuk berteduh. sampaikan ade yang terpaksa makan kat bawah hujan. masa ni semua dah mengigil. sejuk beb. aktiviti khidmat masyarakat pada petang tu pun hanya dapat dijalankan sekejap sahaja sebab hujan yang mulanya nampak macam dah reda tiba-tiba turun dengan maha lebat. dan konpem-konpemlah sejuknya hingga ke tulang hitam.


uniform rasmi sepanjang berada di Cameron. pergi mana-mana pun wajib bawak ponco bersama kalau tak memang kuyup lah jawabnye.




balik ke camp site, tengok-tengok kat dalam khemah ada air sebab hujan turun non-stop. okayyy itu sangat tidak bagus kerana kain untuk keringkan air. maka terpaksalah mengorbankan kain batik untuk mengeringkan air yang bertakung kat alam khemah tu. sob sob sob. malam tu tidur kami ditemani dengan hujan yang mencurah-curah,lantai khemah yang basah, dan sejuk yang mencengkam. seriously sejuk. kalau duduk kat luar khemah, bukak mulut je keluar asap. terus mai feeling dok oversea. kehkehkeh over sangat. suhu pada malam hari adalah lebih kurang 8 darjah celcious. no wonder lah kitorang tidur sampai menggigil walaupun dah pakai sweater, selimut tebal dan stokin. 


as i said, Cameron hujan sepanjang hari. 




percaya atau tidak, aku dan budak-budak khemah bangun seawal 4.30 pagi sebab dah tak tahan dengan kesejukan. semua pakat berebut nak masuk toilet. menggigil tak payah cakap lah. sejuk beb. sudahnye semua orang tak mandi pagi tu. nak sentuh air untuk pun tak ingin. pagi ti, aku just gosok gigi dan cuci muka je. itupun lepas cuci muka otot-otot muka rasa tegang macam baru lepas cucuk botox. kalau aku mandi agaknye satu badan cramp nanti. haha




to be continued. tuan punye badan masih kepenatan dan mengantuk. babai!

Sunday, July 15, 2012

Edisi Makan-makan : Pizza Hut with Gulahati

assalamualaikum.

jangan pelik kerana aku update blog lagi. jangan pelik kerana aku update pasal makanan lagi. because all I did this few days was eating, munching and swallowing the food, \and lastly digesting the food. the final outcome, errr korang faham-faham sendirilah. jyeahhh cool liddat +_________________+

disebabkan Gulahati tersayang amatlah busy dari semalam sampai ke hari ini sampai tak sempat nak dinner and lunch dengan aku sob sob sob. hari ni pun tak jumpa eyeball to eyeball dengan dia sebab pagi-pagi lagi dia dah vroommmm ke IPIS dengan si botak Pie and petangnye pergi ambik kereta yg dihantar repair petang semalam. sob sob sob kesepian sebentar. disebabkan dia berasa bersalah sebab hari ni takleh nak temankan aku, atas permintaan aku kitorang pun pergi lah dinner dekat Pizza Hut Bangsar.

mula-mula, Gulahati cakap dia nak balik tengahari tu then baru pergi ambik kereta kat bengkel. so aku ingatkan sempatlah kitorang lunch sama-sama. entah ade problem ape kat IPIS tu, Gulahati tak sempat balik. yabg aku kat sini dok tunggu lah dia balik sebab dah janji na lunch sama-sama. He didn't tell me earlier kalau tak aku dah ikut girlfriends pergi Midvalley and lunch kat sana. aku just makan cereal buat alas perut sepanjang hari. so bayangkan betapa laparnye seorang perempuan bernama Nabila? kehkehkeh. sebab tu lah bila waitress dah hantar soup dengan garlic bread tadi, aku berjaya habiskan dalam masa 5 minit aje. lahap macam mana aku makan pun aku taktaw. Gulahati gelak aje tengok mangkuk soup aku dah licin. siap suruh habiskan soup dia lagi tu (cam perli aku je kan).



camwhoring while waiting for the pizza. notice our hungry face?




we ordered Chicken Cheesy Bites ( i'm not very sure about the name) sebab aku ni kan hantu cheese. muahahahaaha! time tengah tunggu pizza datang macam-macam aku buat. camwhoring la, nyanyi la, main dengan iklan yang ada atas meja tu sampai jatuh lepas tu menggelabah. Gulahati gelak je tengok aku buat perangai tak semenggah tu. dah lali agaknye engan perangai childish aku bile ade dengan dia hikhik!

cheesylicious!





kitorang orderregular pizza aje, tapi dapat large pizza with regular pizza price sebab regular pizza dah habis. with add on Seafood Lasagna, korang bayangkan kitorang nak kena habiskan semua tu. memang tak larat lah weiiii! aku hanya mampu makan dua slice (itupun nak tak nak je telan sebab dah kenyang). Gulahati pulak makan 4 slice + lasagna tu. lagi dua slice aku suruh bungkus and bawak balik untuk Faizah ngan Husna. rezeki korang lah sayang-sayangku ^_________^

alololololo choomellllll!


terima kasih Gulahati sebab bawakkan awek bulat awak ni membuncitkan perut dekat Pizza Hut tadi. kehkehkeh. sayang awak ketat-ketat!




okbai!









p/s : lupa! kasut sukan tak basuh lagi. Isnin ni dah nak gerak gi Cameron. 




Saturday, July 14, 2012

edisi makan sampai muntah di Seoul Garden bersama girlfriends!

assalamualaikum.

so yesterday we went to Seoul Garden. tujuannye ialah makan-makan sampai bloated. muehehehehh nasib baik ade Soul Garden dekat Plaza Kerinchi tu. kalau kalan kaki pun takdelah semput sangat.

ini tak sampai separuh meja pun. malu nak ambik gambar full table sebab food terlampau penuh.
aku, Syima, Husna, Hana and Mok Cik jalan berjalan kaki je ke Seoul Garden tu lepas habis kelas. kira ngam-ngam ah dengan lunch time tu. sampai-sampai kat Seoul Garden tu orang ramai gilak. nasib baik masih ada meja yang kosong. aku tak taw lah jin spesies mana yang merasuk kitorang semalam sampaikan meja penuh dengan raw materials untuk dibakar dan direbus. semua benda nampak sedap sebab masing-masing memang tak makan pape lagidari pagi. no wonder lah selera makan macam dinosaur.

TIPS PENTING : kalau berhajat untuk lunch / dinner di Seoul Garden, pastikan anda berada dalam keadaan lapar yang maksimum (dengan kata lain kosongkan perut). sebab terlampau banyak makanan menunggu untuk dikunyah dan dihadam. kehkehkeh. ohhh ais krim dekat sana pun syiokkkk jugak :P

i'm a big fan of daging bakar. so semalam memang aku angkut daging lah banyak-banyak. marinate beef diorang memang the best (sorry lah aku tak ingat nama sebab banyak sangat food kat sana). last time aku pergi sana dengan Gulahati during our second anniversary, aku tak sempat nak makan ais krim pun sebab perut dah terlampau penuh. semalam awal-awal lagi aku nak pergi korek ais krim kehkehkeh. perisa mint tu best jugak :P

TROLOLOLOL i look silly in this pic. noticed my tired face? ini semua pasal BIG lah. 

hilang sekejap stress pasal BIG lepas makan banyak-banyak. muehehehehe seriously bloated sampai nak jalan balik pun tak larat. masa berlari nak lintas jalan dekat depan maktab tu rasa macam nak muntah aje. itulah makan macam kena rasuk jin.



kitorang adalah orang terakhir yang meniggalkan Seoul Garden semalam. mula-mula datang orang penuh. tapi bila semua orang dah balik kitorang still kat situ. bahahahahah!

disebabkan terlampau banyak makan tengahari tu, aku tak dinner semalam sebab still kenyang. macam tak percaya aje kan? welll that is the truth. memang menghilangkan stress aku buehehehehe.

okbai. out to dinner with Gulahati ^_________________^








p/s : Isnin ini saya akan ke Cameron Highlands. weeewoooooooo


Wednesday, July 11, 2012

wordless wednesday : buku program lah pulakk

the program book that i've been working since last night. hahhhh ini last minute punye arahan. tak pasal-pasal aku jadi bidang terjun. adoyaiiii...





p/s : Cameron Highlands, here i comeeeee XD

Sunday, July 8, 2012

the unexpected surprise.

# ini adalah entri yang telah diperam selama seminggu #


assalamualaikum.

my 21st birthday seems to leave a lot of things to remember. well of course lah semuanya yang manis-manis sahaja. kalau yang pahit buat ape nak ingat kan? buat meroyan aje.

kejutan pertama bermula dengan Husna. alah aku dah ceritakan dekat entri ini. so rasenye tak perlu aku ulang lagi sekali kan? ada banyak kejutan yang berlaku on my 21st birthday. antaranya, tak disangka tahun ni dapat banyak birthday card. ade yang selit kat bawah bantal lah, selit kat bawah laptop lah. so sweet. dear friends (you know who you are), thank you so much. sweet sangat korang. excited tetiba dapat birthday card sebab last time aku dapat birthday card pun masa zaman sekolah dulu. my dear roomate, Ezureen and my dear ex-roomate, Tasya, thank you for the lovely cards. patutlah malam tu Ezureen takde kat bilik rupanye dok buat kad kat bilik Tasya. pandai ye korang.

tapi kejutan terhebat of course lah dari encik Gulahati tersayang. nak taw ape yang dia buat? kehkehkeh okayy sila skroll ke bawah lagi. kalau meluat dan taknak tahu sila ke penjuru atas sebelah kanan dan klik butang " X ". daripada ko sakit ati baca ape yang aku tulis dan buat dosa kering dok mengata kat aku, bek ko pegi main jauh-jauh. kannn??

pada hari kejadian, yakni 27 Jun, sebenarnye takde plan nak pegi celebrate my birthday pun. we just had a normal dinner as usual then tiba-tiba Gulahati ajak temankan dia keluar beli barang. then lepas dinner keluarla makhluk kekenyangan menapak lah dengan menaiki waja putih ke The Sphere. pegi situ laju je masuk Carrefour sebab pukul 10 malam Carefour dah nak tutup. laju je kitorang maauk and ambil barang-barang yang dikehendaki then bayar. fuuuhh sepbek sempat.

here comes the belated birthday girl with her vain look. ehemm saje je tayang muka sendiri yang dihiasi jerawat sebijik kat pipi.


lepas letak barang dekat seat belakang, Gulahati suruh aku masuk cepat-cepat. then dia keluarkan satu plastik sambil kalut tekan audio player kereta dia. sekali aku tengok cam pelik pun ade. kenape la pakwe aku ni kalut semacam. selepas beberapa ketika, kedengaran lagu "Happy Birthday" by The Click Five berkumandang di udara. Gulahati tengok aku sambil sengih-sengih. dia suruh aku dengar betul-betul dan fahami lirik lagu tu. i guess itu adalah wish dia yang dia tak dapat nak bagitahu directly dekat aku. aku taktaw nak respond cane, so aku just sengih-sengih macam kerang busuk ajelah. kehkeh.

disebabkan whipping cream dia dah cair so digantikan dengan sugar doll tu. ummkayy kiut miut aje~
entah dari mana datangnya, Gulahati keluarkan kek dalam pic atas ni sambil nyanyi lagu Happy Birthday tu. sedaya upaya aku try untuk senyum tapi entah cemana tiba-tiba rasa air mata mengalir. cis cis cis. takleh nak cover langsung keterharuan tu. yang si Gulahati pulak terkejut tengok aku nangis. katenye dia tak expect pun aku nak terharu sampai camtu sekali. eh eh awek awak ni hati tisu tahu tak :P

sekeras mana pun hati perempuan aku ni, bohong la kalau aku kata aku tak terharu dengan surprise yang sebegitu rupa. kena prank dengan besties pun tak rasa terharu macam ni sob sob sob. walaupun surprise tu takdelah sempurna sangat (sebab dia dok kalut cari lagu dan aku dah boleh agak ape fia nak buat kehkehkeh) but still it means a lot to me. masa tu macam-macam perasaan datang. rasa macam dalam hati ada taman bunga bertingkat. rasa suka, gembira, bahagia dan terharu semua datang serentak. tak sangka, on my 21st birthday aku dapat surprise yang sangat special dari insan tersayang.

heart you!


my darling Gulahati, thank you so much for the surprise. seriously Ayang takleh lupakan the monent you sang the song for me. so kesalahan lambat wish birthday tu dah dimaafkan lah ye? hikhikhiks! thank you so much for your effort sayang! and thank you jugak for the precious birthday present. buat susah-susah aje. ^_____^







psst.. psst... surprise tak habis lagi. ade lagi satu surprise yang tak diceritakan. nak tau?

teka ape kat dalam paperbag Nose tu. yang dalam plastik  Tropicana tu bukan sebahagian daripada surprise ye. kalau ade yang boleh teka dengan tepat ape dalam paperbag tu nanti aku reveal the real gift muehehehe.



surprise dah habis. kbai!