tabung kelas teacher bella

Sunday, June 24, 2012

semester baru dan demam

assalamualaikum.

aku dah masuk semester 4. should i shout "hooorayyyyy" loudly or just remain as gadis pemalu yang hanya tahu senyum tersipu-sipu tak reti nak angkat dagu? LOL sem 4 je pun. bukannye sem 8 a.k.a final sem a.k.a dah nak graduate. hoiiii berape banyak a.k.a daaa...

timetable semester baru ni ya-Allah pack gila hoiiii. boleh dikatakan tiap-tiap hari full. hari Selasa aku ada kelas sampai pukul 4.30 petang (nangis!!). pengsanlah jawabnye. hari jumaat la satu-satunye hari yang aku boleh rileks sebab ade satu kelas aje. fuhhhh pengsan pengsan pengsan!

baru seminggu semester 4 bermula, aku dah demam. aku syak sebab berjangkit dengan Gulahati. balik KL haritu dia dah start nak demam. siap batuk-batuk and susah nak bernafas lagi. lepas tu pass kan virus-virus degil tu dekat aku pulak. tak patut tak patut. aku kalau dah demam full package aku amek. batuk, sakit tekak, sakit kepala, badan panas semua ada. first day demam seharian aku baring dalam selimut je. sampai rumet pun naik heran. selalunya 80% masa aku dihabiskan dekat meja study, depan laptop layan video Big Bang atau SNSD sambil goyang-goyangkan kerusi atau crafting. ini tiba-tiba sopan je baring kat katil sambil peluk Oppa si comel tu. sah-sah la aku demam. last-last aku dengan Gulahati dua-dua demam sekarang ni. olololo sweet demam pun nak sekali. huhh?

sekarang jangkitan virus degil tu dah diperluaskan kepada rumet. dia pun dah start bersin-bersin and batuk-batuk. kehkehkeh sori rumet. nanti sama-sama kita sumbat tisu dalam hidung takmau bagi hingus keluar okay? LOL merapu =='. bila dah demam ni kulit muka aku terasa kering. kenape entah. mungkin sebab badan panas kot. bibir pun sama. so bila mak call haritu, banyaklah tips yang dia bagi. antaranya, mak suruh aku makan ubat ( sebab anak dara dia ni paling liat time kena makan ubat), minum air masak banyak-banyak and mandi selalu untuk sejukkan badan. nasib baik aku demam time weekend. takdelah letih sangat sebab tak kena pergi kelas. kalau tak mahu pengsan!

so to uolss, jaga kesihatan okay. banyakkan minum air masak (ini penting) sebab cuaca sekarang ni tak menentu. nak nak dekat KL ni. pagi-pagi kemain la panas terik tapi bila dah masuk tengahari redup. petang sikit hujan. hah ape lagi tido la kan? kehkehkeh aku la yang buat macam tu =='.

till we meet again. Gulahati dah rojer ajak pegi lunch. tata titi tutu~


0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)