tabung kelas teacher bella

Wednesday, June 27, 2012

the freedom key

assalamualaikum. 

i'm officially turn to 21 today. amaigadddd what a huge number. eleh 21 je pun kecah je lebih kan. 21 dah beb. means dah dapat kunci kebebasan secara total. wallah lepas ni boleh pergi clubbing. ehh nak kena lempang ke ape?

21 years ago, aku hanyalah seorang budak perempuan tapi perangai mengalahkan budak lelaki (mak tok aku cakaplah). feveret games zaman kanak-kanak ialah panjat pokok jambu dekat belakang rumah. itu zaman kanak-kanak. sekarang ni kalau korang suruh aku panjat pokok agaknye pokok tu yang tumbang nanti. haihhh. zaman kecik-kecik dulu mak aku risau takut perangai lasak aku tu kekal sampai dewasa. jenuh dia paksa aku simpan rambut panjang sebab taknak bagi terikut dengan perangai tomboy. sedih kan, kecik-kecik dah ada krisis identiti. tsk tsk tsk!

tu zaman kanak-kanak. normallah kalau perangai lasak sebab tengah membesar kan? (ecehh alasan sentiasa ada). alhamdulillah berkat doa mak sifat keperempuanan aku makin terserlah selepas akil baligh. mungkin dah matured sikit kot masa tu. kehkeh. dah start nak melawa-lawa. pakai tudung kena matching dengan baju. kalau tak zaman kanak-kanak seluar pendek dengan t-shirt la jadi uniform rasmi. gaun ala-ala girly tu setahun sekali baru pakai. abah beli mahal-mahal tapi last-last jadi pekasam kat dalam almari. bila dah besar tak muat nak pakai, mak terpaksa sedekahkan baju-baju tu dekat orang lain sebab takde adik perempuan nak pakai baju tu balik.

ini gambar masa umur 15 tahun. motif letak gambar zaman muda-muda  kan. saje  je. aku kan feeling muda forever. ecehhh vain sangat

thank you to Husna sebab buat surprise dekat DKC tadi. siap ade mercun bagai. aku pun taktaw bila dia prepare semua tu. touching jugak dengan ang tapi takmau tunjuk keterharuan tu kat depan orang ramai. haha poyo tak poyo tak? thank you for the delicious strawberry marshmallow cake. sangat yummeh sampai cepat sangat habis. tak sempat snap pic pun. haha! and Gulahati, aku taktaw lagi surprise ape yang dia nak buat. still waiting sebab semalam dia just wish aje. wallah berdebor jantung mak.

dear myself,
happy birthday to me (although this might sound pathetic tapi aku peduli ape aku nak wish jugak). be smarter, be more patient, be more rationale and more responsible. paling penting, biar la oranng buat taik kat kita tapi kita jangan balas balik apa yang dia buat tu. biar Tuhan je yang balas. not to forget, be prettier and slimmer (ini penting!). ecehhh~and dear friends, thank you for all the wishes. i appreciate it so much!
my schoolmate once told me, biar tua pada nombor, janji jiwa maintain muda. jyeahh 100% aku setuju!

2 students asking questions:

Miss Orangeee said...

Happy Belated Birthday Cik Bella...
Moga murah rezeki =)

Nabila Zainudin said...

@Miss Orangeee thank you miss O

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)