tabung kelas teacher bella

Saturday, June 16, 2012

dua tahun setengah lagi. go go go!

assalamualaikum.

ye, memang lama aku abaikan blog ni. memang aku dilanda sindrom malas nak update blog. sampaikan si Shu boleh sound aku dekat chatbox. hah dah kantoi hang selalu dok stalk aku Shu! MUEHEHEHEHE~

kejap je masa berlalu. dah dua tahun setengah aku dekat IPBA. dah dua tahun belajar untuk menjadi seorang guru. belajar dan belajar, hari-hari menghadap buku. tipulah kalau aku kate aku tak jemu. pernah sampai satu tahap aku rasa macam nak bakar je semua buku-buku yang aku ada. dah tak larat nak tengok. tak larat nak tengok ye, bukan tak larat nak baca. kahkahkah!

kadang-kadang aku rasa give-up. dah malas nak belajar. malas nak tengok buku. malas nak buat assignment, malas nak pergi BIG, malas nak turun latihan kawad kaki. semuanya malas. bila semua penyakit malas ni datang, mesti aku cal mak nak mengadu. makk watlek je bila aku cakap aku rasa macam nak berenti belajar. selamba dia cakap " sekarang orang yang ada ijazah berlambak je menganggur kau tahu? inikan pulak ko yang ada sijil SPM. kerja ape sangatlah yang boleh dapat". okay mak, teknik reverse psychology anda sangat berkesan. terus insaf dan kembali ke alam nyata. sentap aku nyata!

dua tahun setengah je lagi. sabarlah Nabila.sabar sabar sabar! enjoy your life as a student. lepas tu baru fikir pasal kerja.

oh hati, bertabahlah.



p/s : counting the days untuk pergi daftar mengundi. kehkehkeh!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)