tabung kelas teacher bella

Tuesday, May 8, 2012

Talking about "Punctuality"

assalamualaikum.

lama tak semakkan dashboard bukan bermakna blog sakai aku ni dah dibakul sampahkan. cuma tuan punya blog sedikit malas serta takde ruang dan kesempatan untuk merajinkan diri untuk tekan-tekan keyboard lappy ni ha. tak tahu lah busy buat ape sampai tak sempat nak mengupdate blog tu kannn.

ok berhenti membebel. mak mintak maaf noks dengan intro yang entah hape-hape tu. hari ni aku nak dakap pasal "Punctuality". amboi cakap omputih ye ko Bella. bagi sesiapa yang malas nak belek dictionary tu, "punctuality" bermaksud ketepatan masa. tak faham lagi? okay meh aku bagi satu senario. Encik A berjanji dengan Cik B untuk berjumpa pada pukul 5 petang di taman. dan tepat pukul 5 petang, kedua-dua Encik A dan Cik B menghadirkan diri ke taman itu. inilah yang kita panggil menepati masa. datang on time dan tidak lewat walau sesaat pun. ngerti nggak dong?

bagi diri aku, aku sangat mementingkan punctuality. aku tak suka dengan orang yang tak reti nak punctual ni. for me, orang yang tak punctual ni takde disiplin dan tak bertanggungjawab. iyelah cuba korang bayangkan, kalau benda yang paling senang as be punctual pun korang tak boleh buat, macam mana korang nak berpegang pada janji pulak? dan tahu tak bila orang-orang yang tak menepati masa ni sebenarnya menyusahkan oran lain. sebagai contoh, korang dah janji dengan group members yang lain untuk buat group discussion pada pukul 9 malam. tapi because of this particular person ni yang datang lambat, discussion tu tak boleh dimulakan memandangkan ahli kumpulan tak cukup lagi. ko tak kesian ke dekat orang yang datang awal tu? tercangak kena tunggu korang mai baru boleh start buat kerja. kalau setakat lambat lima minit okay lah lagi tapi kalau sampai setengah jam, itu melampau tahap gaban dah tu. sounds familiar? sentap ke? maaf  aku hanya mmeberikan contoh sahaja di sini.

every minutes are precious you know. kalau dah tahu ade discussion pukul 9 malam, please lah bersiap awal sikit. jangan pukul sembilan baru nak terhegeh-hegeh tukar baju lah, baru nak pergi dinner lah. itu menyusahkan orang lain je nanti jawabnye. dibuatnye orang yang tengah menunggu kedatangan korang tu tengah rushing untuk buat something else pulak lepas discussion, tak masal je dia hambur korang sebab datang lambat. kalau kena marah pun padan muka lah kan. sapa suruh datang lambat. so moral of the story are silalah menepati masa dan jangan menyusahkan orang lain dengan sikat tak bertanggungjawab kita tu.
okbai.

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)