tabung kelas teacher bella

Saturday, April 21, 2012

homesick +____+

assalamualaikum..
 selalunya akulah yang paling kebal. zaman sekolah dulu tak ballik rumah tiga bulan pun no hal (sebab every two week family datang melawat kehkehkeh).. kalau ade kawan-kawan yang touching-touching nak balik rumah sampai meleh air mata dan air hidung aku la tukang pujuknye. "lek la beb, lagi seminggu je nak balik bla bla bla". tapi sekarang....

sekarang aku pulak yang homesick. sekarang aku pulak yang touching-touching nak balik rumah sampai meleleh air mata dan air hidung. ye aku anak yang cengeng. tensyen dengan assignment pun rasa nak balik. tensyen dengan kehidupan seharian pun rasa nak lari balik rumah. pendek kata pantang rasa tensen je terus ingat rumah, ingat family. last time aku balik rumah pun masa cuti Chinese New Year bulan Januari haritu. cuti sekolah bulan 3 aku stay Putrajaya je sebab dah janji dengan Maksu nak tolong dia kemaskan taska yang bakal dibuka nanti.

kebelakangan ni perasaan homesick tu makin menebal. kalau dulu dalam seminggu paling banyak pun 2 kali je aku call mak / abah, tapi sejak minggu lepas boleh dikatakan selang sehari aku mesti call orang kat rumah. kadang-kadang tu siap buat 3G call lagi. itupun still rindu jugak. aku rasa mak faham perasaan aku cemana. sebab mak suruh aku balik dengan Maksu 27/4 ni tapi takkanla aku nak ponteng kelas kot semata-mata nak balik kampung. dahla dah dekat dengan final exam. dilema betul. ikutkan hati memang sekarang pun boleh je nak balik kampung.

pelik kan, zaman-zaman remaja aku takdelah selemah ni, bila dah meningkat ke 21 tahun baru aku faham perasaan homesick ni cane. manja kah aku?

"ya-Allah, kuatkan diriku dalam menempuhi hari-hari yang mendatang. kembalikan semangatku dalam melakukan setiap pekerjaan. Amin"



mak. abah. amir. adib. anas. rindu korang sangat-sangat. cepatlah cuti :'(

2 students asking questions:

Iena Eliena said...

salam..
singgah follow sini :)
jom follow cik iena jugak(^_~)
www.ienaeliena.com

aRa ❤ aFiq™ said...

alala.. da tua2 bru nak homesick :P

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)