tabung kelas teacher bella

Wednesday, April 25, 2012

wordless wednesday : sampai ke Kinokuniya ku cari tapi......

.....tengok-tengok jumpa kat IPBA aje. itupun sebab ade pameran buku dekat foyer IPBA.  buku 500 Activities for the Primary  Classrooms by Carol Read (kaler merah) tu memang aku nak sangat-sangat sebab banyak membantu  untuk buat lesson plan. yang Games for Children tu Gulahati yang beli. pun membantu jugak untuk buat enrichment and remedial activity dalam kelas, total damaged kitorang berdua semalam ialah RM 127. mahal memang mahal tapi demi ilmu aku sanggup aje ^__^

Saturday, April 21, 2012

homesick +____+

assalamualaikum..
 selalunya akulah yang paling kebal. zaman sekolah dulu tak ballik rumah tiga bulan pun no hal (sebab every two week family datang melawat kehkehkeh).. kalau ade kawan-kawan yang touching-touching nak balik rumah sampai meleh air mata dan air hidung aku la tukang pujuknye. "lek la beb, lagi seminggu je nak balik bla bla bla". tapi sekarang....

sekarang aku pulak yang homesick. sekarang aku pulak yang touching-touching nak balik rumah sampai meleleh air mata dan air hidung. ye aku anak yang cengeng. tensyen dengan assignment pun rasa nak balik. tensyen dengan kehidupan seharian pun rasa nak lari balik rumah. pendek kata pantang rasa tensen je terus ingat rumah, ingat family. last time aku balik rumah pun masa cuti Chinese New Year bulan Januari haritu. cuti sekolah bulan 3 aku stay Putrajaya je sebab dah janji dengan Maksu nak tolong dia kemaskan taska yang bakal dibuka nanti.

kebelakangan ni perasaan homesick tu makin menebal. kalau dulu dalam seminggu paling banyak pun 2 kali je aku call mak / abah, tapi sejak minggu lepas boleh dikatakan selang sehari aku mesti call orang kat rumah. kadang-kadang tu siap buat 3G call lagi. itupun still rindu jugak. aku rasa mak faham perasaan aku cemana. sebab mak suruh aku balik dengan Maksu 27/4 ni tapi takkanla aku nak ponteng kelas kot semata-mata nak balik kampung. dahla dah dekat dengan final exam. dilema betul. ikutkan hati memang sekarang pun boleh je nak balik kampung.

pelik kan, zaman-zaman remaja aku takdelah selemah ni, bila dah meningkat ke 21 tahun baru aku faham perasaan homesick ni cane. manja kah aku?

"ya-Allah, kuatkan diriku dalam menempuhi hari-hari yang mendatang. kembalikan semangatku dalam melakukan setiap pekerjaan. Amin"



mak. abah. amir. adib. anas. rindu korang sangat-sangat. cepatlah cuti :'(

Wednesday, April 18, 2012

wordless wednesday : first time ever menari joget. mampoooo..?

during the first Hubungan Etnik class, we had to present a Malay traditional dance called "tarian joget" to fellow friends and our lecturer. too bad i didn't have the video. seriously aku rasa macam kayu sebab last time aku join tari menari ni pun Form 2 =.=

Friday, April 6, 2012

buah hati baru.

nama saya Chibi. daddy belikan saya dekat Zoo Negara sebagai hadiah untuk mummy.  mulanya daddy ingat  badan saya warna kuning tapi sebenarnya warna hijau. LOL daddy tertipu dengan penyamaran saya. saiz saya kecik cinonet aja. tak macam abang Oppa yang besar gedabak tu. tapi takpe, still cute kan?








mumumumu thank you Gulahati. bertambah lagi koleksi ^______^

Wednesday, April 4, 2012

wordless wednesday : surat cinta di pagi Rabu

memo amaran sebab ponteng latihan rumah sukan

Tuesday, April 3, 2012

kite pun dapat baucer buku jugak ^_____^

assalamualaikum.

petang yang redup dan hujan renyai-renyai tak mematahkan semangat aku and the geng untuk naik ke pejabat HEP menuntut baucer buku kami. ohh before that untuk pengetahuan saudara saudari pembaca blog sekalian pelajar IPG (Institut Pendidikan Guru) juga layak menerima baucer buku sebanyak RM 200 tu. biarlah orang lain dah lama memanfaatkan baucer buku diorang walhal kami baru je nak merasa nikmat baucer buku ni. takpe takpe biar lambat janji ade tak gitu kak joyah dan kak senah?

for academic purpose only. jangan nak menggatal beli novel or komik taw Cik Bella Bellitos!
rasenye, dah boleh listkan buku ape yang bakal dibeli nanti. of course English text book for Year 1, Year 2 and Year 3 are the priority in my to-buy-list sebab nanti senang nak buat lesson plan. wahh statement very the cikgu kan? hajat di hati nak belikan buku untuk 3 budak hensem kat rumah tu jugak. nantilah aku call tanya diorang nak buku ape. tapi for sure, untuk Anas kena belikan buku exercise Math sebab markah ujian Math dia haritu 56 je =='


ehh lapar la pulak. Gulahati, McD amacam? muehehehehe gelak miang.
okbai. nak sambung mendoodle!