tabung kelas teacher bella

Tuesday, March 27, 2012

A Wonderful Week in Sungai Petani

assalamualaikum.

seminggu di Sungai Petani (SP) tak cukup untuk aku, Mira dan Jay bersuka ria serta membuncitkan perut dengan makanan yang sedap dan murah (itu yang penting). tiap-tiap petang selepas habis sekolah memang kerja kitorang merayap aje. tak pernah lekat kat rumah. so aku tidak menyesali keputusan aku memilih SP sebagai tempat untuk melakukan SBE 3 walaupun pada mulanya banyak jugak halangan yang buat aku semacam putus angin dan keberatan untuk ke negeri jelapang padi ni.

kisah hari pertama di SP dah sempat di blog dalam entri ini. kisah hari kedua pulak di entri ini. tapi untuk separuh  hari ajela sebab masa tu update blog dekat sekolah. rajin aku update sebab wifi sekolah kencang kemain. hahaha biaselah setiap kali pergi SBE aku akan memanfaatkan kelajuan wifi sekolah sepenuhnya.

first day at school, nothing special happened. kitorang just get to know each other memandangkan there are 18 of us doing SBE at SK Taman Ria. selepas waktu sekolah tu, aku Jay ngan Mira terus memecut ke UITM Merbok untuk menjemput Man (bf Jay). that day, man bawak kitorang pergi Tanjung Dawai. nothing special pun kat situ. just ade laut, kedai makan-makan, kedai jual souvenir dan kambing yang menyibuk dekat tempat parking. sebenarnye aku dan Mira hanya menemai Jay dan Man berdating. after makan dan membilang biawak di tepi pantai (seriously kat sana banyak biawak. aku pun tak tahu kenapa), kitorang patah balik ke UITM merbok, drop Man kat sana and balik ke rumah Toksu.

second day pulak, kitorang dah start dapat relief kelas. dekat SK Taman Ria ni ade 2 sesi. sesi pagi untuk pelajar tahap 2 (darjah 4,5,dan 6) manakala sesi petang untuk pelajar tahap 1 (darjah 1,2, dan 3). satu darjah ade 8 kelas, dan setiap kelas ade dalam 45 hingga 48 orang pelajar. kusss semangat! first kelas yang aku kena relief ialah kelas 6 Aktif kalau tak silap. sesuai dengan nama, 47 orang budak kelas tu semuanye aktif. or should i say hyperactive? memang mustahil untuk mengawal kelas itu tanpa menjerit. nasib baik Mira, Zamri, Syafiq, dan Qye ( the boys are from IPSAH) pun join sekali masuk kelas aku. so keadaan  kelas agak terkawal. kalau tak semput jugak aku nak control kelas yang ramai tu. tengahari lunch di rumah Tok Chik. dan Tok Cik sangat bermurah hari untuk memasak lauk mengikut permintaan kitorang. sekali kena gulai ikan kering nenas, ulam-ulaman, ikan cencaru sumbat ngan sambal belacan terus tersadai depan tv kat rumah Tok Cik tu. kenyang alhamdulillah.

faham ke tak murid-murid? ^______^

hari ketiga lagi syok. pun tak lekat di rumah. balik dari sekolah, si Mira ni mengidam Starbucks pulak. melencong ke Village Mall untuk lepak di Starbucks (aku tak minum pun kahkah) dan Mira pergi try Thai Massage sebab dah sejak sampai Kedah ni dia asyik mengadu sakit belakang je. sementara tunggu Mira diurut, aku ngan Jay tawaf satu Village Mall tu sampai lembik lutut. haha! dan seperti hari sebelumnya, kitorang sampai ke rumah tepat pukul 6.30 petang. nak dijadikan cerita, dalam bilik gerakan pengawas aku, Jay ngan Mira dok discuss lah nak pergi mana lepas sekolah ni. sekali Mira suggest nak pergi Starbucks, aku ngan Jay pun on ajelah. sekali ade orang menyampuk. "untungla depa nak pi makan Stabaq..". ohh orang Kedah sebut Starbuck as "Stabaq" ke? ROFL. aku rasa dia tersalah sebut kot. malamnye pulak, kitorang keluar makan sate dekat mana entah aku tak ingat. Encik Gulahati yang recommend kan tempat tu. seronok jugak melepak ramai-ramai bersama Pie, Aziz dan Afiq walaupun malam tu aku merajuk dengan Encik Gulahati. okay tak comel pun kahkahkah.

saje nak tempek muka buruk kau kat sini. naik berbulu tepinga aku dengar budak-budak panggil kau cikgu hensem. KAHKAHKAH!
hari ke-empat, loceng sekolah berbunyi, kami seramai 6 (we all the three ladies + Gulahati, Pie dan Aziz) orang konvoi pergi taska Kak Long Maznah (my cousin) yang dekat Amanjaya. sebenarnye Kak Long ajak pergi rumah dia malam tu tapi memandangkan kitorang kesian dengan Toksu asyik kena tinggal je dengan kami tiap-tiap hari plus kalau dah balik rumah nak ke Amanjaya tu jauh gila, so kitorang redah jela pergi jumpa Kak Long dekat taska petang tu. Mira dengan Jay amazed tengok badan Kak Long. macam anak dara walaupun anak dah empat.

perasan tak sepanjang aku bercerita panjang lebar kat atas ni takde satu hari pun aku lekat kat rumah di siang hari? maksud aku balik sekolah je terus melencong ke mana-mana destinasi yang kitorang rasa nak pergi.(sebab dah tau  Toksu memang keberatan nak bagi kitorang keluar malam). hari kelima ni kitorang jenjalan dekat-dekat je. pergi Teluk Bayu untuk celebrate birthday Man. makan ikan bakar dekat restoran terapung (kena naik bot untuk ke restoran tu). dan Gulahati pulak jeles mendengar cerita kitorang naik bot untuk ke restoran tu. ehehh, awak tu dok SP, bila-bila masa pun boleh pergi Teluk Bayu tu kan...

aku try nak bajet ayu sebab pakai skirt duyung hari tu. konon insan yang lemah kahkah!

the birthday boy and his girl. thanks Jay belanja kitorang makan!


hari Jumaat ialah last day kitorang di SP. bangkit seawal pagi untuk pergi menziarah kubur arwah ibu Jay kemudian ke pasar Tikam Batu untuk beli breakfirst. selamba je aku beli nasi kerabu untuk sarapan. hahaha. dah lama kot tak makan nasi kerabu. Mira pulak dah dapat laksam terus senyum puas hati. dah breakfirst kenyang-kenyang, kemas baju untuk balik keesokan harinya kami bertiga landing kat ruang tamu sambil online. sedar-sedar tertidur. buruk lah perangai anak dara tidur lepas makan. sebelah petangnye berdating dengan Gulahati, Aziz dan adik manis Yuni di Queensbay Mall. ade orang tu janji nak bawak aku jalan-jalan kat Penang tapi sebab takde masa dia sempat bawak aku pergi Queensbay aje. itupun tak lama sebab pergi pun dah petang. sokay sokay takpelah takde rezeki aku kot....

altet sekolah lepas gian main basket ball

2 beradik ni main tembak-tembak

tak boleh drift dekat highway, drift kat sini pun jadi la ye B ^_____^

rumah kampung. suka sangat! kat belakang rumah Toksu ade bendang.

tak puas lagi duduk kat sini =____=

ohh ini mase dah dekat Bangsar. otw balik ke IPBA berselisih pulak dengan Lamborghini ni. terus  Gulahati dengan Aziz jadi penasaran.
sekejap je seminggu berlalu. now i'm back with the endless assignments. mase dekat SP haram tak fikir pasal assignments pun. memang enjoy to the end aje kerja nye. and i bet berat badan aku naik sebab kat sana kerja makan aje. kehkehkeh!
okbai! ^____^

p/s : rindu gulai ikan dekat kantin SK Taman Ria. sedappp!

2 students asking questions:

Cik Puan Bunga said...

Ayunya pakai jubah! HEHEHE!

Bella Bellitos said...

@Cik Puan Bunga first time taw pakai jubah ni akak. konon nak feeling tinggi lampai macam model hahahaha!

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)