tabung kelas teacher bella

Tuesday, March 6, 2012

Tutti Frutti pengubat stress. thank you Encik Gulahati ♥♥

semalam (5 Mac 2012), aku ada 2 assignment nak kena submit. both was groupwork. dan terdapat beberapa krisis dalaman yang tak dapat dielakkan.anyway, i don't want to talk about that.

tak sanggup aku nak bayangkan balik keadaan kitorang petang Ahad tu. miserable gila dengan bilik yang bersepah dengan buku, kertas-kertas serta orang-orang yang bertungkus lumus untuk menyiapkan assignment.  dan ditambah pula dengan reflection yang macam ape entah sampaikan kitorang  kena redo balik reflection tu. memang terbaik. sampaikan aku dah naik meroyan petang tu. perasaan tak dapat digambarkan. nak sepak orang, nak tengking orang, nak cincang sampai lumat pun ade. tapi demi kesejahteraan bersama semua perasaan tu terpaksa dikuburkan.

nasib baik ade yang bersimpati. Encik Gulahati datang dengan cadangan ohsem yang memang tepat pada masanya. pada malam tu, dia dengan bermurah hatinye bawak aku dan Husna pergi makan dekat Pantai Dalam, dan after that pergi makan Tutti Frutti yang dekat Pantai Hillpark tu. good enough. aku dahla hantu aiskrim. memang cantik sangatlah dengan perisa yang pelbagai dan topping yang super banyak. maka 2 manusia yang meroyan sebab stress (aku dan Husna la tu) melantak makan Tutti Frutti dengan rakusnye walaupun masing-masing baru habiskan sepinggan nasi.

aiskrim coklat +vanila + topping kiwi, strawberry, menatang ape ntah yg warna warni tu, badam and choc syrup. thank you love :)

malas aku nak upload gambar banyak-banyak. muka aku time ni teruk gila dengan sakai nye dengan berminyak nye dengan eye bag yang dah naik taraf jadi eye luggage. phewwww hilang kecomelan.

walaupun perut masing-masing dah penuh  sebab baru makan dinner, tapi aku takkan menolak kalau ade orang offer nak belanja aiskrim. feveret katekan. aku suka topping yg meriah tu je. flavour aiskrim nye ok la  tapi still  xleh lawan aiskrim Magnum Almond feveretku. hahaha. thanks to Encik Gulahati sebab bawak aku dan Husna p sana and belanja aku makan Tutti Frutti. thank you sangat-sangat B ^___________^. hilang stress kejap.

okbai.




p/s : makin lama aku makin malas nak update blog. sigh~


0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)