tabung kelas teacher bella

Sunday, March 18, 2012

Sungai Petani, Kedah

assalamualaikum.

alhamdulillah, 5 jam perjalanan dan akhirnya aku selamat tiba di bumi Darul Aman ni untuk SBE fasa 3, bukan nak jumpa mak mertua okay. ehh tapi kalau nak jumpa pun boleh jugekkk *dan dan mood gatal mai*. taw dekat mak aku kena cincang lumat nanti. disambut oleh tuan rumah, Encik Gulahati sayang, akhirnya kami sampai di rumah Toksu (nenek Jay). okay aku mengaku aku jakun gila tengok rumah kampung dan kat belakang tu ade bendang. seriously aku suka dengan pemandangan macam ni. this is heavennn! (walaupun nyamuk banyak)

disebabkan SP ni merupakan tempat asing bagi kami bertiga (aku, Mira dan Jay) maka Encik Gulahati telah ditauliahkan untuk menjadi tourist guide kami. semalam budak botak (Pie)  telah membuatkan kami semua terpaksa menunggu selama 2 jam setengah. kononnya semalam nak keluar tengok jalan ke sekolah seawal mungkin sebab nak pegi jalan-jalan. tapi hampehhh. lepas Zohor jugak baru gerak. aku rasa macam nak cakar je kepala gondol Pie tu dengan garfu. hoiii sabar ajelah. disebabkan nak balas dendam kena menunggu lama, kami ikut Toksu pergi kenduri dulu kejap. ingatkan geng-geng KAB 97 tu (Gulahati, Pie dengan Aziz) nak duduk diam-diam je tunggu kami balik kenduri. sekali kami balik dari kenduri diorang lesap jugak. pergi pusing-pusing kawasan katenye. haihhh sabar jela aku. rase macam dah tumbuh taring rimau aku semalam.

plan awal nak mintak tolong one of the boys untuk drive kan kereta kami sebab kitorang the girls ni tak cekap pun bawak manual. tapi kami gagahkan jugaklah drive follow kereta Encik Gulahati. jalanraya kat SP boleh tahan mencabar. selekoh sana sini, traffic light banyak gila wa cakap lu. Mira la yang paling cekap antara kami, dia jenis cool je. kalau aku ni pulak cepat panik. memang tak lah nak drive dengan keadaan muka bumi yang berbukit-bukau dan selekoh berlambak ni.



happy face lepas telan kek.
gay partner baru: Pie dan Aziz. siap makan bersuap lagi nyahh!


disebabkan si  Mira ni kepingin sangat nak jumpa Aaron Aziz, lepas tengok sekolah tu maka kami pun konvoi lah laju-laju ke Village Mall. masa ni Encik Gulahati yang jadi driver kitorang. kereta dia budak botak yang drivekan. omakkhang ramai gilos orang (sebab semalam kan ade Jelajah ABPBH tu). kedai kedai kosong je, tapi kat tangga, kat tepi koridor tu penuh dengan orang. last-last aku ajak Encik Gulahati pi makan Secret Recipe sebab aku rasa macam lapar. akhirnye dapat jugak Oreo Cheesecake yang diidamkan. hui hui huiii persetankan lemak yang berjaya diternak. sempat jumpa adik manis Nabila Ayuni kejap (cun kemain la dia pakai pashmina), nak lepak lama-lama pun dia kalut nak pegi tengok Forteen tengah perform. sabar ajelah.

lepas tu, perjalanan disambung ke Pantai Merdeka pulak. sebenarnye pagi semalam masa test drive aku, Mira dengan Jay dan sampai ke Pantai Merdeka tu. itupun berpandukan sign board je. terkejut Encik Gulahati dapat taw aku drive balik dari Pantai Merdeka ke rumah Toksu. jalan kat sana memang haokk gila lah. selekoh maut berlambak. bukit-bukau bagai. so untuk mengelakkan sebarang kecelakaan kitorang mintak Aziz yang drivekan kereta kitorang (ni request Jay sebab kononnye tak dapat jumpa Aaron Aziz, ade Abdul Aziz pun jadi lah LOL). sempat lagi singgah Giant tunggu segerombolan manusia dari Alor Star yang nak mai jalan-jalan dekat SP. diorang sampai je, kami terus gerak pergi Pantai Merdeka. petang-petang ni meriah jugak tempat tu. tambah pulak ade karnival. siap ade pertunjukan ular lagi (tapi aku tak pergi tengok pun sebab geliiii)

muka cemberut Encik Gulahati sebab tergigit buah cermai yang masam gila. gahahaha
Mira tengah layan perasaan.

first time dating kat tepi pantai. rindu B 

subhanallah. indahnye pemandangan. sangat menenangkan.
semalam memang enjoy. thanks Gulahati bawak kitorang jalan-jalan. lepas ni aku sambung pasal kekalutan pagi ni pulak ye. stay tune.

okbai ^_______^

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)