tabung kelas teacher bella

Sunday, March 18, 2012

journey to SK Taman Ria yang kelam kabut macam ribut.

assalamualaikum.

nampak tak betapa free nye aku hari ni sampaikan 2 kali aku update blog? nyiahahaha untung lah nasib badan.  sebenarnye hari ni bermulalah SBE (School Based Experience) fasa 3. well merujuk kepada tajuk di atas (amboii ayat surat rasmi habes), SBE aku kali ni dibuat di Kedah, lagi tepat di daerah Sungai Petani. kali ni, aku dan Mira ikut Jay buat SBE dekat SK Taman Ria.

disebabkan kami 3 orang ni merupakan orang luar, so lokasi sekolah ni adalah di luar pengetahuan kami. semalam, Encik Gulahati telah bermurah hati untuk tunjukkan jalan untuk ke sekolah tu, siap lukis peta bagai  tapi kami still konpius dengan jalan tu. maklumlah baru first time tengok jalan tu.

disebabkan kekhuatiran sesat pagi ni, seawal pukul 6.30 pagi kitorang dah gerak dari rumah Toksu. berpandukan peta yang Encik Gulahati lukis semalam, kami menuju ke SK Taman Ria. ada peta pun sesat-sesat lagi. salah masuk jalan lah, salah masuk simpang lah. stuck in jam depan SMK Ibrahim tu lagi. tapi alhamdulillah berjaya jugak sampai ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. syukur sangat-sangat.

lepas tu lapor diri, attend perhimpunan sambil online pakai wifi sekolah (benda wajib buat setiap kali gi SBE), taklimat dengan guru besar lepas tu kitorang laju-laju melangkah ke kantin. lapar sungguh-sungguh wehh. nampak keropok lekor pun drolling dah. dasar perut gajah betul.

first time aku pergi SBE dengan bilangan yang ramai. maksud aku dekat sekolah ni ade 15 orang guru pelatih yang datang buat SBE. 3 orang dari IPBA (kitorang lettew), 4 orang dari IPIS, dan selebihnya dari IPSAH kot kalau tak silap. lepas tu ade lagi 8 orang guru praktikal. disebabkan jumlah yang ramai ni lah kami diberi satu bilik khas untuk kami duduk, lepak,sembang, on9 dan main bingo. mampu sangatlahh.

Girls Generation versi cikgu-cikgu.

4 students asking questions:

Miss Orangeee said...

wah, good luck ^-^
biasa la first time kt tmpt bru...
Miss O dh bertahun kt Sg Petani still x igt jln...

Bella Bellitos said...

@Miss Orangeee Miss O orang SP ke? hihihihi. jalan kat SP ni berbelit jugak =='

Miss Orangeee said...

Yup, org SP...tp slalunya ada driver so jln2 pn x igt sgt...

Bella Bellitos said...

@Miss Orangeee hihihi kitorang ni sebab kena drive sendiri lah yang menggagau cari jalan tu

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)