tabung kelas teacher bella

Thursday, February 2, 2012

operasi spray serangga perosak versi budak-budak PSV

assalamualaikum..

buat pertama kalinya dalam sejarah 20 tahun 7 bulan hidup aku ni, aku memegang spray warna tu. okay okay silalah mengkeji dengan kadar segera. aku tahu aku jakun. zaman sekolah dulu masa buat projek kayu untuk subjek Kemahiran Hidup aku main dengan syelek aje. mendalah spray-spray ni hanya mampu tengok je. maklumlah tangan tak bedung kan takut nanti bila spray warna jadi bertompok-tompok pulak.

tapi hari ini aku mencemar duli. di hari penuh berdaulat dan barokah ini (ecehh ayat) aku dan budak-budak nakal kelas PSV telah menconteng lantai kaki lima IPBA dengan spray yang berwarna warni. ini adalah salah satu usaha murni kami untuk menceriakan lantai kaki lima IPBA yang suram dan kelam dengan lumut-lumut hijau. okay merapu dah!

sebenarnya masa PSV tadi, kitorang diberikan satu tugasan oleh Encik Jalil. di bawah tajuk Rupa, kami dikehendaki untuk menghasilkan satu gubahan dengan menggunakan spray dan bahan-bahan daripada alam semulajadi. senang cerita daun lah. habis pokok-pokok dekat area DKC tu togel sikit sebab kena cantas dengan  20 orang penyamun.

dengan menggunakan spray yang hampir kering dan daun-daun yang dikutip di kawasan sekitar, maka terhasillah karya maha kreatif daripada kami. kahkah ayat nak grand aje!

mula-mula susun daun mengikut susunan yang dikehendaki. kalau nak hasil yang menawan, susunan pun kena menawan lah (encik Jalil, 2012).

lepas tu boleh spray warna-warna yang korang berkenan. first time menggunakan teknik spray ni and kejakunan jelas terserlah. selepas setengah jam, inilah hasilnya.

ini pulak hasil kerja tangan Eizhar

i adore this one! jangan terkejut taw, ini Pali yang buat. aku suka dengan pemilihan warna dia. 

Hanis sedang berlakon menyemburkan spray. feeling-feeling artis pro gitteww. kahkah!
aku tak sempat nak ambil gambar hasil seni semua orang sebab tak bawak kamera. telefon pulak takde bateri tadi. ni ajelah golongan bertuah yang sempat aku tangkap gambar. selepas menconteng lantai kaki lima tu kitorang naik ke bengkel seni balik dan sambung buat presentation. aku pulak selamba je dok baca kartun Lat: The Adventure of Kampung Boy masa diorang buat presentation tu, kahkah kira baik lah kan daripada aku tidur time korang present tu.

oh ya, hari ni aku discover my new allergy. rupa-rupanya aku allergik jugak dengan aerosol spray. lepas buat aktiviti seni tadi habis naik bintik-bintik merah dekat lengan aku. nasib baik tak naik dekat muka sekali. balik bilik aku tengok dekat kaki pun naik bintik-bintik merah jugak. cuak mak noks. ubat allergy dah habis. nasib baik bintik-bintik tu dah mula hilang. haihhh =='
okbai!

3 students asking questions:

farah hairuddin said...

yeah!pernah buat jugak mnde ni...cik jalil cik kalil~

farah hairuddin said...

sorry typo.encik jalil.bkn kalil

Bella Bellitos said...

@farah hairuddin hihi.seronok kan buat benda-benda cenggini kak farah

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)