tabung kelas teacher bella

Saturday, February 18, 2012

main hujan dekat Jalan TAR

assalamualaikum.

walaupun hari ni hujan gerimis turun seawal jam 8 pagi dan tak henti-henti sampai ke petang, namun itu tak menghalang aku dengan Husna (nama manjanya Una) untuk menapak ke Jalan TAR. gigih nye aku bangun dan mandi pagi tadi walaupun hujan lebat kat luar sana. katil dan selimut pun macam taknak berpisah dengan aku je semata-mata untuk keluar pegi Jalan TAR. disebabkan hujan, aku dengan Husna keluar lewat sikit. planning awal nak keluar pukul 10.30 pagi tapi sebab masa tu hujan lebat, kami tunggu hujan reda dulu. alih-alih pukul 11 baru keluar.

nevermind lah keluar lewat sikit. dan sepatutnye Encik Gulahati ikut sama tapi sebab semalam dia tido lewat dan tak berupaya untuk mencelikkan mata seawal pukul 10.30 pagi tu, maka dia tak ikut. mula-mula aku hangin satu badan sebab dia dah janji nak ikut, but bila fikir balik biarlah dia tidur. lagipun mesti dia tak suka pergi tempat yang crowded macam tu. takpela b, sambung tido jelah (nada tak berapa nak rela).

dekat Jalan Tar tadi, walaupun hujan tapi orang boleh tahan ramai jugak. nak jalan pun boleh tahan berhimpit-himpit. nasib baik nawaitu aku dengan Husna tadi nak beli barang-barang yang memang perlu je, bukan nak shoping entah ape-ape. lepas beli kadbod untuk framekan kerja seni dekat Mydin, kami terus keluar untuk cari barang-barang lain dan kasut untuk Amir.

pusing punya pusing, tak jumpa pun kasut yang macam Amir nak tu. budak tu pun satu hal, orang nak buat 3G call dengan dia, dia tak jawab call. sabar ajelah. bila aku dah sampai IPBA baru gedik-gedik nak return call. dah malas aku nak melayan pegi cari kasut untuk ko lagi. sudahnye, aku rembat payung sebijik untuk gantikan payung biru aku yang dah tak dapat dikesan letaknye. sape yang pinjam tak pulangkan balik tu~

nak emphasize payung pink tu je sebenarnye. yang lain tu hanya prop tambahan. macam geli la pulak beli payung pink.  i'm not a pinky girl walaupun blog aku pink habis
masa pilih payung tadi pun aku kalut semacam. kalut sebab nak balik cepat-cepat and takde  choice sangat. banyak payung yang gambar Angry Bird je. apekehal aku dah 21 tahun nak pakai barang yang corak macam tu lagi ( walaupun keychain Angry Bird hitam ade bergantung kat purse aku). nak tak nak aku sambar je payung pink tu. awww pinky gitu mak nokks. grand sangat~lepas ni sape-sape yang nak pinjam payung aku, kena scand kad matric dia macam yang Mak Cik Esah librarian tu buat kalau kite nak pinjam buku. sanggup ke korang? bhahahaha

okbai. malam ni nak marathon Running Man!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)