tabung kelas teacher bella

Saturday, February 11, 2012

bila elaun dah masuk

assalamualaikum.

IPG lain dah dekat sebulan masuk elaun. tapi elaun budak-budak IPBA baru je masuk semalam. kelewatan ni adalah disebabkan oleh ke"efisyen'nan Unit Kewangan IPBA yang memang macam haram.  disebabkan ke"efisyen"an itulah, kami semua warga IPBA hanya mendapat elaun pada 10 Februari 2012. cool isn't?

hanya semalam baru aku mampu tersenyum gembira. lega elaun dah masuk. tak payah susahkan mak dengan abah lagi kalau takde duit. syukur Alhamdulillah. terus petang semalam jugak, selepas solat Jumaat aku dan Encik Gulahati pergi Low Yat untuk merealisasikan (ecehh) plan yang dah dirancang sekian lama.

plan pertama adalah untuk repair henset. disebabkan henset yang nak direpair tu masih dalam warranty amka kami kena hantar sendiri ke Sony Centre. dah setel hal henset, Encik Gulahati pulak lapar. menapaklah pulak ke Sungai Wang Plaza untuk makan KFC (sebab KFC dekat Berjaya Times Square ramai gila orang). KFC dekat Sungai Wang Plaza ni lengang aje. disebabkan itulah terhasil kegilaan seperti berikut.......


Encik Gulahati cuba untuk menunjukkan kecomelannya. tahniah, anda lulus untuk ke peringkat seterusnya

Encik Gulahati memang suka spoil kan gambar dengan muka macam ni. but it's cute >__<


aku siap boleh baring-baring kekenyangan lagi dekat kerusi KFC tu. memang lengang lah tempat tu. nak gelak kuat-kuat pun tak rasa malu sangat. bila perut dah kenyang, kami berdua meneruskan misi mencari printer. sebenarnya dah survey lama printer ni. dan dah target 1 model yang kami berkenan. hasilnye, model ni yang menjadi puluhan kami...

Canon Pixma MP 287 (Print, Copy Scan). model yang sama jugak untuk Encik Gulahati

juga mouse gambar kucing yang comel. saja je aku ambik warna grey. bosan dah asyik guna mouse warna putih je

yeayy. dah ada new printer dan new mouse yang kiut miut. Alhamdulillah tak bazirkan duit untuk benda-benda yang tak sepatutnya semalam. dan kami selamat tiba di IPBA pukul 7 malam. walaupun pergi Low Yat je tapi kaki aku tetap lenguh-lenguh tawaf Low Yat semalam. nasib baik pakai kasut flat je semalam.

hari ni pulak tak tahu nak keluar ke tak mungkin keluar kejap untuk buat spek dekat Focus Point Mid Valley, beli barang-barang keperluan sikit and that's all. dan tak lupa untuk melepaskan kerinduan terhadap takoyaki. awww yummehhh.  now it's the time to list out what i'm going to buy today ^___^

tak boleh bazirkan duit. target sem ni takmau belanja boros sangat! simpan duit untuk masa depan. that is the end of my story for today.







but before that.....terimalah

in case ada yang rindu *muntah* OKBAI~

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)