tabung kelas teacher bella

Wednesday, February 29, 2012

kisah BIG fasa 3 yang terperam | gambar banyak-banyak-banyak sangat!

assalamualaikum.

BIG fasa 3 dah berlalu 4 hari yang lepas. tapi aku baru nak mengupdate cerita-cerita basi BIG tu disebkan kesibukan membuat assigment, mengupdate twitter, kemalasan mentrasfer gambar dari kamera dan juga kemalasan untuk memilih dan me"watermark"kan gambar-gambar tersebut. lagipun, BIG kali ni takdelah menarik mana. kami buat khidmat masyarakat dekat IPBA je.

BIG kali ni merupakan BIG yang pertama di bawah kendalian Unit Kokurikulum. sebelum ni HEP yang uruskan pasal BIG ni. dan jumlah peserta kali ni agak ramai; terdiri daripada PISMP TESL, KS, PSV dan MATEMATIK seramai 200++ (aku ak tau jumlah sebenar) dan DPLI GSTT B.INGGERIS (pun taktaw berapa orang). mungkin disebabkan jumlah yang ramai ni lah kami terpaksa buat BIG kat IPBA je. tak kesahlah kat mana-mana pun, setakat nak cukupkan credit hour je kan. disebabkan tema BIG fasa 3 ialah program khidmat masyarakat, so the Unit Kokurikulum decided to buat gotong-royong menceriakan kawasan IPBA. uhh, lame sangat kan?

generally, this is the worst BIG that i'd attended. kenapa aku cakap worst? ohh banyak sebab. firstly, taklimat tugasan tak clear. kami hanya diberitahu mengenai kumpulan tugasan kami tetapi tugasan tidak diberitahu secara detail. kedua, alatan untuk menjalankan tugas tak cukup (ingatkan buat kat IPBA takdelah masalah ni tapi puiiihhhhh). sebagai contoh, kelas aku berada dalam kumpulan C dan kami ditugaskan untuk mengecat pagar tangga yang dekat padang dan juga divider jalan from rumah pengarah sampai depan surau bersama dengan PISMP TESL 2.4 dan PISMP KSB. jumlah berus cat yang disediakan hanyalah sebelas, diulangi sebelas sedangkan kami semua ada 78 orang. i tell you,  memang sangat membantutkan kerja! pulak tu, cat hitam untuk mengecat divider TIDAK DISEDIAKAN oleh Unit Kokurikulum. yang ni aku taktaw pasaipa. sudahnye 3 kelas yang kena cat divider ni kena bayar RM20 per class untuk beli cat hitam. macam s**t je. our mentor complained yang sepatutnye students tak kena keluarkan belanja untuk BIG ni sebab IPBA sediakan peruntukan untuk program BIG ni. but who knows kan.


husna. bella. asma. tiara (ini kakyang yang uplod pakai BB dia)

candid!

ima. husna. bella

bella. swee chen. hoey san

pagi-pagi dah buat muka ketat. apesal entah

memang tak comel langsung la hoii minum sambil berdiri!
istiadat makan berhimpit (sepatutnye istiadat makan beradab)

nasi lemak as break first. i sangat tak suka u'olls. kutip kacang jela buat break first.

kolam ikan dekat bawah auditorium

gadis penunggu tangga

very the datin pergi cat pagar tangga bawak beg


ehem ehemm 

dah rupa petani dah pakwe aku ni

persatuan petani junior
sebenanye diorang ni tebgah buat sign nama IPBA


our lunch

classmates yang dah penat dan kelaparan

his and mine

muka berminyak ohoiiiii


time forum sesi petang, aku dah physically penat so aku tido jelah

 pendek kata, BIG kami kali ni memang kelam kabut lah. dahla demand refleksi BIG sampai 5 page. nak tulis ape ntah aku pun taktaw. demand mengalahkan assigment subjek major je. dengan pengurusan yg kelam kabut ni nak demand lebih-lebih. pangg baru taw.

okbai. tulis panjang-panjang kang keluar caci maki je nanti

Saturday, February 25, 2012

pengaruh 9GAG punye pasal

assalamualaikum.

penah dengar 9GAG tak? ape takpenah dengar? taktaw pun apekejadah 9GAG tu? okay noob sangat ye :-P. nevermind, i used to be noob before because sebelum ni aku pun taktaw ape benda 9GAG ni.

9GAG is a website yang ade all the funny pictures tu. dulu aku tak layan sangat 9GAG ni. tapi lately boleh dikatakan tiap-tiap malam aku bukak webpage dia. saja mencari hiburan untuk lepaskan tekanan buat assignments (kena ade s sebab banyak assignment yang kena buat!). sesuaila dengan tagline 9GAG - Just For Fun. memang di musim-musim assignment ni aku kena cari some fun to avoid stress. ngerti?

the boys in my class pun dah macam addicted dengan 9GAGni. Encik Gulahati pun tak terkecuali. tiap-tiap hari mesti dia akan cakap, "Ayang nak tau tak, semalam kan B ade tengok satu gambar dekat 9GAG ni kelakar gila". tak pun dia akan tanya aku, "Ayang ade tengok tak 9GAG semalam?". sampaikan aku tertanya-tanya ape yang kelakar sangat dekat 9GAG tu. untuk mendapatkan kepastian, semalam aku pi la jenguk website 9GAG tu. hamekauu! dekat sejam setengah aku dok melagha dekat page tu aje. seriously kelakar.



inspired by 9GAG

aku memang tak suka bila disuruh menyelesaikan mathematical problems because i'm sucks in Math. seriously masa Encik Gulahati suruh aku selesaikan equation kat atas tu, aku macam pissed off sikit. dahla aku bengap Math, sekali bagi equation yang boleh buat aku muntah darah. ngeri oii! Encik Gulahati pulak selamba je gelakkan aku. then bila dia tunjukkan maksud sebenar equation tu, terus cair kemarahan aku. terharu pun ada. adoyaii boyfriend aku ni boleh pulak buat sweet pagi-pagi hari tadi. comel betul lah!

okbai!


p/s : esok ada BIG. this time kena buat khidmat masyarakat 10 jam. and i bet this time punye memang horror gila. dahla buat kat IPBA je. tengokla jadi cemane esok

Thursday, February 23, 2012

logo syarikatku 10 tahun akan datang

sape yang faham maksud tersirat di sebalik logo ni, aku bagi sekupang.


inilah rupa logo syarikat yang akan ditubuhkan dalam masa 10 tahun. empayar perniagaan sebesar Tembok Besar China akan dibina dengan jayanya oleh Cik Bella Bellitos dengan kerjasama yang mantap dan jitu daripada Encik Gulahati kesangan. HAHAHAHAHA merapu! sebenarnyaini ialah salah satu dari beribu (merapu lagi) kerja PSV yang aku kena buat. Encik Jalil suruh kitorang hasilkan satu logo menggunakan nama kitorang sendiri. actually this is the second time aku buat logo ni. first try dulu kena reject sebab too colourful. "logo kena ada 3 warna je paling maksimum. kalau banyak-banyak warna nanti tak nampak penegasan", (Encik Jalil, 2012). so kali ini aku minimizekan penggunaan warna. hopefully tak kena redo dah la.

okbai. nak sambung hantuk kepala buat lesson plan ni.

Saturday, February 18, 2012

main hujan dekat Jalan TAR

assalamualaikum.

walaupun hari ni hujan gerimis turun seawal jam 8 pagi dan tak henti-henti sampai ke petang, namun itu tak menghalang aku dengan Husna (nama manjanya Una) untuk menapak ke Jalan TAR. gigih nye aku bangun dan mandi pagi tadi walaupun hujan lebat kat luar sana. katil dan selimut pun macam taknak berpisah dengan aku je semata-mata untuk keluar pegi Jalan TAR. disebabkan hujan, aku dengan Husna keluar lewat sikit. planning awal nak keluar pukul 10.30 pagi tapi sebab masa tu hujan lebat, kami tunggu hujan reda dulu. alih-alih pukul 11 baru keluar.

nevermind lah keluar lewat sikit. dan sepatutnye Encik Gulahati ikut sama tapi sebab semalam dia tido lewat dan tak berupaya untuk mencelikkan mata seawal pukul 10.30 pagi tu, maka dia tak ikut. mula-mula aku hangin satu badan sebab dia dah janji nak ikut, but bila fikir balik biarlah dia tidur. lagipun mesti dia tak suka pergi tempat yang crowded macam tu. takpela b, sambung tido jelah (nada tak berapa nak rela).

dekat Jalan Tar tadi, walaupun hujan tapi orang boleh tahan ramai jugak. nak jalan pun boleh tahan berhimpit-himpit. nasib baik nawaitu aku dengan Husna tadi nak beli barang-barang yang memang perlu je, bukan nak shoping entah ape-ape. lepas beli kadbod untuk framekan kerja seni dekat Mydin, kami terus keluar untuk cari barang-barang lain dan kasut untuk Amir.

pusing punya pusing, tak jumpa pun kasut yang macam Amir nak tu. budak tu pun satu hal, orang nak buat 3G call dengan dia, dia tak jawab call. sabar ajelah. bila aku dah sampai IPBA baru gedik-gedik nak return call. dah malas aku nak melayan pegi cari kasut untuk ko lagi. sudahnye, aku rembat payung sebijik untuk gantikan payung biru aku yang dah tak dapat dikesan letaknye. sape yang pinjam tak pulangkan balik tu~

nak emphasize payung pink tu je sebenarnye. yang lain tu hanya prop tambahan. macam geli la pulak beli payung pink.  i'm not a pinky girl walaupun blog aku pink habis
masa pilih payung tadi pun aku kalut semacam. kalut sebab nak balik cepat-cepat and takde  choice sangat. banyak payung yang gambar Angry Bird je. apekehal aku dah 21 tahun nak pakai barang yang corak macam tu lagi ( walaupun keychain Angry Bird hitam ade bergantung kat purse aku). nak tak nak aku sambar je payung pink tu. awww pinky gitu mak nokks. grand sangat~lepas ni sape-sape yang nak pinjam payung aku, kena scand kad matric dia macam yang Mak Cik Esah librarian tu buat kalau kite nak pinjam buku. sanggup ke korang? bhahahaha

okbai. malam ni nak marathon Running Man!

Saturday, February 11, 2012

bila elaun dah masuk

assalamualaikum.

IPG lain dah dekat sebulan masuk elaun. tapi elaun budak-budak IPBA baru je masuk semalam. kelewatan ni adalah disebabkan oleh ke"efisyen'nan Unit Kewangan IPBA yang memang macam haram.  disebabkan ke"efisyen"an itulah, kami semua warga IPBA hanya mendapat elaun pada 10 Februari 2012. cool isn't?

hanya semalam baru aku mampu tersenyum gembira. lega elaun dah masuk. tak payah susahkan mak dengan abah lagi kalau takde duit. syukur Alhamdulillah. terus petang semalam jugak, selepas solat Jumaat aku dan Encik Gulahati pergi Low Yat untuk merealisasikan (ecehh) plan yang dah dirancang sekian lama.

plan pertama adalah untuk repair henset. disebabkan henset yang nak direpair tu masih dalam warranty amka kami kena hantar sendiri ke Sony Centre. dah setel hal henset, Encik Gulahati pulak lapar. menapaklah pulak ke Sungai Wang Plaza untuk makan KFC (sebab KFC dekat Berjaya Times Square ramai gila orang). KFC dekat Sungai Wang Plaza ni lengang aje. disebabkan itulah terhasil kegilaan seperti berikut.......


Encik Gulahati cuba untuk menunjukkan kecomelannya. tahniah, anda lulus untuk ke peringkat seterusnya

Encik Gulahati memang suka spoil kan gambar dengan muka macam ni. but it's cute >__<


aku siap boleh baring-baring kekenyangan lagi dekat kerusi KFC tu. memang lengang lah tempat tu. nak gelak kuat-kuat pun tak rasa malu sangat. bila perut dah kenyang, kami berdua meneruskan misi mencari printer. sebenarnya dah survey lama printer ni. dan dah target 1 model yang kami berkenan. hasilnye, model ni yang menjadi puluhan kami...

Canon Pixma MP 287 (Print, Copy Scan). model yang sama jugak untuk Encik Gulahati

juga mouse gambar kucing yang comel. saja je aku ambik warna grey. bosan dah asyik guna mouse warna putih je

yeayy. dah ada new printer dan new mouse yang kiut miut. Alhamdulillah tak bazirkan duit untuk benda-benda yang tak sepatutnya semalam. dan kami selamat tiba di IPBA pukul 7 malam. walaupun pergi Low Yat je tapi kaki aku tetap lenguh-lenguh tawaf Low Yat semalam. nasib baik pakai kasut flat je semalam.

hari ni pulak tak tahu nak keluar ke tak mungkin keluar kejap untuk buat spek dekat Focus Point Mid Valley, beli barang-barang keperluan sikit and that's all. dan tak lupa untuk melepaskan kerinduan terhadap takoyaki. awww yummehhh.  now it's the time to list out what i'm going to buy today ^___^

tak boleh bazirkan duit. target sem ni takmau belanja boros sangat! simpan duit untuk masa depan. that is the end of my story for today.







but before that.....terimalah

in case ada yang rindu *muntah* OKBAI~

Wednesday, February 8, 2012

facebook berubah lagi

assalamualaikum..

aku eksaited...! aku eksaited..!! sebabnya.........

bila nak view gambar dekat facebook tadi, jadi macam ni. new features maybe. COOL LIDDAT ^____^

okay, jakun kan aku? gasaklah. kepala otak dah ring ding dong sikit nih. perut pun tak berapa nak sihat.

oh by the way, new features Facebook ni nampak lagi kemas bila kita nak view gambar. it's kinda cool and classy. my opinion lah.

okbai! ade assignment dok panggil aku!

wordless wednesday : Nadia Shahida, i miss you girl!

aku tahu kau tak baca ni, sebab tu aku saja post. kahkahkah! seriously, rindu gila nak mati dekat kau!

Saturday, February 4, 2012

random thoughts for today



CC : http://lovequotesrus.tumblr.com
saja buat entry sementara tunggu Encik Gulahati bersiap untuk lunch together. okbai!

Thursday, February 2, 2012

Once SESTERIAN, forever SESTERIAN

assalamualaikum..

31 January 2007 was the first day i became a part of SESTER. sekolah kecik, student hanya ada dalam 200+ (form 4 and form 5), cikgu-cikgu pun dalam 30 orang je.  satu kelas pun paling ramai 23 orang. kalau korang tidur dalam kelas tu memang senand je kena spot dengan cikgu tahu.

batch aku adalah batch ke-8 yang mendaftar di SESTER dengan bilangan 100+ (sori aku lupa exact amount tu berapa). because our numbers is small, so bonding antara kitorang sangat kuat. walaupun masa sekolah dulu adelah gaduh-gaduh sikit sana sini, berpuak ikut rumah sukan (perkara biasa la bagi budak SBP),  tapi ukhuwah kita tetap kukuh.

3 years since we left SESTER, banyak benda dah jadi. dah ramai yang fly pergi oversea (tahniah ye korang), yang dapat scholarship, yang dah kawen pun ada. dalam pada tu, ade jugak yang dah menyambut seruan Ilahi. al-Fatihah untuk arwah Bushirie. semoga roh nya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

kenapa tiba-tiba aku boleh cakap pasal SESTER ni? sebab tadi Muhyi uplod video ni dekat wall group kami. sebak pulak tengok. semua gambar-gambar time naughty-naughty dulu dia letak dalam video tu. gambar time panjat Bukit Besar, time kacau bubur asyura kat tepi surau. seriously, video tu memang buat aku mengimbau kenangan pahit manis dekat SESTER dulu. sebak gila tapi buat-buat kuat tahan air mata..

SESTER 8th  Gen, happy 5 years anniversary. walaupun sekaran kita semua dah ada haluan masing-masing, dah ada masa depan masing-masing, tapi aku harap korang takkan lupakan kenangan kita selama 2 tahun dekat SESTER tu. Once SESTERIAN, forever SESTERIAN!

operasi spray serangga perosak versi budak-budak PSV

assalamualaikum..

buat pertama kalinya dalam sejarah 20 tahun 7 bulan hidup aku ni, aku memegang spray warna tu. okay okay silalah mengkeji dengan kadar segera. aku tahu aku jakun. zaman sekolah dulu masa buat projek kayu untuk subjek Kemahiran Hidup aku main dengan syelek aje. mendalah spray-spray ni hanya mampu tengok je. maklumlah tangan tak bedung kan takut nanti bila spray warna jadi bertompok-tompok pulak.

tapi hari ini aku mencemar duli. di hari penuh berdaulat dan barokah ini (ecehh ayat) aku dan budak-budak nakal kelas PSV telah menconteng lantai kaki lima IPBA dengan spray yang berwarna warni. ini adalah salah satu usaha murni kami untuk menceriakan lantai kaki lima IPBA yang suram dan kelam dengan lumut-lumut hijau. okay merapu dah!

sebenarnya masa PSV tadi, kitorang diberikan satu tugasan oleh Encik Jalil. di bawah tajuk Rupa, kami dikehendaki untuk menghasilkan satu gubahan dengan menggunakan spray dan bahan-bahan daripada alam semulajadi. senang cerita daun lah. habis pokok-pokok dekat area DKC tu togel sikit sebab kena cantas dengan  20 orang penyamun.

dengan menggunakan spray yang hampir kering dan daun-daun yang dikutip di kawasan sekitar, maka terhasillah karya maha kreatif daripada kami. kahkah ayat nak grand aje!

mula-mula susun daun mengikut susunan yang dikehendaki. kalau nak hasil yang menawan, susunan pun kena menawan lah (encik Jalil, 2012).

lepas tu boleh spray warna-warna yang korang berkenan. first time menggunakan teknik spray ni and kejakunan jelas terserlah. selepas setengah jam, inilah hasilnya.

ini pulak hasil kerja tangan Eizhar

i adore this one! jangan terkejut taw, ini Pali yang buat. aku suka dengan pemilihan warna dia. 

Hanis sedang berlakon menyemburkan spray. feeling-feeling artis pro gitteww. kahkah!
aku tak sempat nak ambil gambar hasil seni semua orang sebab tak bawak kamera. telefon pulak takde bateri tadi. ni ajelah golongan bertuah yang sempat aku tangkap gambar. selepas menconteng lantai kaki lima tu kitorang naik ke bengkel seni balik dan sambung buat presentation. aku pulak selamba je dok baca kartun Lat: The Adventure of Kampung Boy masa diorang buat presentation tu, kahkah kira baik lah kan daripada aku tidur time korang present tu.

oh ya, hari ni aku discover my new allergy. rupa-rupanya aku allergik jugak dengan aerosol spray. lepas buat aktiviti seni tadi habis naik bintik-bintik merah dekat lengan aku. nasib baik tak naik dekat muka sekali. balik bilik aku tengok dekat kaki pun naik bintik-bintik merah jugak. cuak mak noks. ubat allergy dah habis. nasib baik bintik-bintik tu dah mula hilang. haihhh =='
okbai!

Wednesday, February 1, 2012

wordless wednesday : me is bored

like me know. i'm bored to death, don't know what to do