tabung kelas teacher bella

Tuesday, January 10, 2012

target 10 tahun akan datang

assalamualaikum.

disebabkan perut kenyang dan mata mengantuk dan mood nak buat tutorial ke laut, maka aku nak menganyam angan-angan Mat Jenin petang ni. aku taknak buat azam tahun baru. tapi aku nak buat target untuk 10 tahun akan datang.

10 tahun akan datang aku nak kawen ! ehehh masa tu entah-entah dah ada anak dua tiga orang sebab umur pun dah mencecah 30-an kan. so kawen should be my target in 5 years time. ehemm Encik Gulahati sila note ye. ehemm dalam masa 10 tahun lagi aku bercita-cita untuk memiliki ini..

aku akan pastikan ko tersadai kat depan rumah aku 10 tahun akan datang.
 seriously cair meleleh tengok Toyota Caldina nih. mengancam gila. haritu masa on the way nak pergi makan dekat Pantai Dalam dengan Encik Gulahati, aku nampak sebuah Toyota Caldina warna putih ni parking kat tepi jalan dekat pasar malam Kerinchi. terus aku jadi tak waras dan serasa macam nak histeria. excited gila aku mengalahkan rasa excited masa pergi tengok konsert Super Junior hari tu. nasib baik ENcik Gulahati jadi penyelamat keadaan.

10 tahun nanti, aku nak merempit dengan Caldina cun ni ke sekolah. korang jangan jeles ehh. kahkahkah belum ape-ape dah berangan ke langit biru. tak senonoh perangai. so kena start saving dari sekarang kalau nak merasa merempit ke sekolah dengan Toyota Caldina ni. kalau tidak merempit dalam mimpi aje lah. no money no talk beb!

saving saving! less shopping, save more. nanti nak kawen lagi, nak beli Caldina lagi. semua tu pakai duit tahu?

okbai!

1 students asking questions:

Astro Beyond HD said...

10 tahun akan apa2 saja boleh terjadi..'Walahualam'.

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)