tabung kelas teacher bella

Saturday, January 21, 2012

panggilan hangit dari emak.

assalamualaikum.

sedang  aku dengan Kak Nor bermalas-malasan kat atas katil sambil masing-masing dok tergelak-gelak tengok video baru Matlutfi pagi tadi, tiba-tiba aku dapat panggilan dari emak.

emak : assalamualaikum. hai anak dara dah bangun ke belum? 
me : waalaikumussalam. eh mstilah dah bangun. ape jenis anak dara bangun lewat-lewat ni 
emak : eleh yelah tu. bukan ko selalu bangun lewat ke long? eh, bila nak balik ni? 
me : (gelak-gelak) balik hari ni la. tunggu Kak Suzi datang ambik. maybe bertolak lepas zohor kot. nape? 
emak : oh. takde pape pun. ni haa Setiu dah banjir. kat rumah kita pun banjir jugak. 
me : eh, biar benar. kenapa takde bagitaw dalam berita semalam pun? 
emak : memanglah. sebab baru pagi tadi je banjir. semalam hujan tak berhenti. 
me : ohh yeke..ala macam mana along nak balik ni. sobs sobs 
.emak : engkau naik sampan jelah along. 
me : iyelahh...

then our conversation end. lepas tu aku bagitaw Kak Nor ape yang aku dengan mak sembangkan tadi. Kak Nor pun terkejut. mula lah masing-masing menggelabah sebab takut jalan yang kitorang nak guna untuk balik kampung nanti dinaiki air. then my phone ringing again. emak call lagi.

emak : along. kahkahkahkah 
me : ye, kenape tiba-tiba gelak ni? menang loteri ke ape? 
emak : ehh takdelah. korang cuak eh takut tak boleh balik? 
me : adelah sikit-sikit. teruk ke banjirnya mak? kereta boleh lalu lagi tak? 
emak : kahkahkahkah! mana ada banjir. tak hujan pun semalam. hari ni je mendung sikit. kahkahkahkah! 
me : eh, tadi kata banjir? 
emak : saja nak kenakan along. mak boring lah duduk rumah. kereta mak abah bawak pergi servis.  
me : cesss. kuang asam betul!


see see my mom? wakenabeb dengan mak sendiri. naughty betul mak aku ni. daripada emak lah aku mewarisi kenakalan ini (ecehhh salahkan emak pulak). mahu nye aku tak cuak sebab kalau banjir memang susahlah aku nak balik rumah nanti. oh mak, bikin anaknya cuak aje lah!

okbai~

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)