tabung kelas teacher bella

Sunday, January 1, 2012

Menjahit lah kiter~

assalamualaikum.

ramai kawan-kawan aku yang pelik bila dapat tahu aku dah ada kat Putrajaya. semua pakat tanya, "asal ko balik awal sagat wehh? cuti kan lama lagi". sebenarnya, masa balik kampug dengan Paksu's family hari tu, aku dengan Maksu ada sembang-sembang dalam kereta. Maksu aku sekarang kan tailor. dia ada buka tempahan baju sekolah. memandangkan tempahan yang diterima luar biasa banyaknya, Maksu takut tak sempat nak siapkan semua tempahan baju sekolah tu. yelah nak melayan kerenah anak-anak yang super nakal tu lagi. so Maksu mintak tolong aku jadi pembantu dia. aku on aje. lagipun duduk rumah melebarkan badan je kejenye kan. tak berfaedah langsung.


maka disebabka perjanjian yag telah dimeterai lebih awal dengan Maksu, aku dah selamat mendarat di Presint 11, Putrajaya pada 2 minggu lepas. bermula lah rutin harian aku sebagai pembantu Maksu. actually bila duduk rumah Maksu i aku jadi multitasking. daripada memasak, kemas rumah, jaga Sri dan Tuah bersaudara, dan juga tolong menjahit (main job). semua aku buat.

memasak, kemas rumah, lipat baju, tukarkan air dalam balang kura-kura dan suapkan Tuah Iskandar dengan Tuah Adlin makan tu dah jadi perkara biasa. everytime balik rumah Maksu memag tu jadi tugas tak rasmi aku. tapi bab-bab menjahit ni memang aku jahil sikit. malu lah nak mengaku mak aku pun reti menjahit. yag aku tahu jahit butang baju dengan jahit cangkuk dekat kain tu. yang lain-lain non-hadoo langsung lah..

tapi Maksu slow-slow ajar aku. the first thing yang dia ajar ialah macam mana nak guna mesin kelim or mesin jahit tepi tu. mula-mula macam susah (sebab tak biasa) tapi selepas sehari aku dah mahir guna mesin kelim tu. siap boleh tukar benang lagi lah. ehemmm tiba-tiba bangga dengan diri sendiri. kemudian Maksu ajarkan pulak cara nak buat lubang butang untuk baju kurung. sebenarnya dulu aku dah pernah belajar dengan mak tapi biasalah, aku kan pelupa. kehkeh. dan paling latest, aku dah reti potong kain untuk buat baju kurung. hehehehe~

hari ni 1 Januari 2012, orang lain sibuk bercuti ngan family dan menyiapkan kelengkapan untuk kembali ke sekolah / hostel, tapi aku dengan Maksu tak menang tangan melayan customer Maksu yang datang untuk mengambil tempahan. Maksu cakap, "penat menjahit hilang bila tengok customer hulur duit buat bayaran". bhahaha xleh blah la Maksu ni.

eh, esok dah 2 hb. lusa dah 3 hb. lusa dah kena balik hostel. tak suka laa balik IPBA tuhh! tapi takpe leh jumpa buah hati hari-hari nanti. yawwww silalah jeless!
okbai!

pssttt. ini gambar tahun lepas (cehh bunyi macam lama padahal tahun lepas tu baru je berakhir semalam)

2 students asking questions:

aRa ❤ aFiq™ said...

wah , rjin blaja mjahit.. pasni leh jahit an bju ntok ara.. nway epy new year dear :)

Bella Bellitos said...

@aRa ❤ aFiq™ bolehh (itupun kalau bella dah pro nanti la).. happy new year too

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)