tabung kelas teacher bella

Thursday, January 12, 2012

hang-out sekelas yang berakhir dengan tragedi pilu

assalamualaikum.

hari ni aku dan classmate aku keluar tengok wayang dekat Midvalley. ini lebih kepada field trip sebab kitorang  datang tengok wayang tadi pun sebagai ganti untuk kelas Learning Support (LS). lecturer LS kitorang, Madam Hazian ni memang lain dari yang lain sikit. disebabkan objektif subjek LS adalah untuk membantu pelajar-pelaajr meningkatkan kemahiran dalam aspek-aspek yang belum mereka kuasai (such as grammar skills / speaking skills), kitorang disarankan untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran kitorang. Madam hazian kata nak gi picnic pon boleh. so we took this oppurtunity untuk buat sebanyak mana trip pembelajaran ke luar IPBA. eh jangan ingat kami pergi buat aktiviti kat luar semata-mata untuk cukupkan credit hour je. selepas setiap aktiviti kami still kena buat synopsis or review about that activity. it's just another way of learning. saja nak lari dari rutin pembelajaran biasa yang asyik menghadap buku dan whiteboard aje kan.

maka berangkatlah rombongan kami yang terdiri daripada 5 anak teruna dan 22 anak dara menapak ke Midvalley. disebabkan bilangan kitorang yang agak ramai, maka kitorang terpaksa dipecahkan kepada 2 kumpulan yang akan menonton 2 movie yang berlainan. half of us was watching Mission Impossible : Ghost Protocol and the other half pulak tengok cerita Shbuerlock Holmes. Me and Encik Gulahati tengok cerita Mission Impossible. the movie was awesome. i enjoyed every bit of it. siap suruh Encik Gulahati download balik cerita tu nanti sebab nak balik tengok dengan adik-adik-adik bujang ( tiga kali adik sebab aku ada tiga orang adik).

tapi disebabkan aku dan Encik Gulahati tak sempat nak lunch sebelum kitrang masuk cinema tadi, dua-dua macam orang kebulur. korang bayangkanlah sekotak popcorn large tu boleh habis dalam masa 10 minit je. memang lapar gila tapi nak makan dulu sebelum masuk cinema tak sempat sebab masa dah banyak terbuang dengan cari parking. terpaksalah kami bertahan dengan popcorn sekotak dan air Coke 2 gelas. elok sangat lah dengan perut kosong minum air Coke. tak pasal-pasal lepas tu Encik Gulahati kena gastrik. poor my hubby :(

after the movie ended, we split. semua pakat cari sign toilet dulu sebab kesejukan dalam cinema tu mampu membuatkan engkau rasa nak terkucil. selepas menyelesaikan urusan di toilet, aku dengan Encik Gulahati pun jalan-jalan lah. kononnya nak beli barang sikit-sikit. and nak belikan something untuk Envik Gulahati kesayangan aku tu. but then dia pulak kena gastrik. so we decided to have our meal first, lepas tu baru sambung beli barang.

selepas melahap di KFC, kitorang berdua pun sambung jalan-jalan sambil survey-survey barang yang dihajati tu. tiba-tiba terserempak dengan sekumpulan classmate kitorang (Yuni, Faizah, Azura, Tiara, Asma ngan Jay). Yuni bagitaw aku and Encik Gulahati yang something bad happened. one of our friends, Ima lost her purse. maybe someone took it from her bag masa dia tengah solat kat surau Midvalley tu. ya-Allah keji sangat perangai kat dalam surau pun nak mencuri ke? kesian dekat Ima tu. henfon, cash RM100, I/C dan kad-kad bank semua lesap. sementara tunggu Ima dengan Husna pergi Celcom Centre untuk retrieved sim card baru, aku dan Encik Gulahati sambung survey barang. selepas tu kami (aku, Encik Gulahati, Ima, Jay dan Faizah) dah bertolak balik sebab kami semua nak temankan Ima buat laporan polis dekat Balai Polis Kerinchi.

manusia sekarang ni memang dah tak ingat dosa pahala agaknya. dalam rumah Allah pun sanggup mencuri lagi. kena rasuk dengan syaitan manalah agaknya. dulu Azura pun pernah kehilangan henset dekat surau Midvalley tu. mungkin lepas ni pihak Midvalley kena tingkatkan kawalan keselamatan dekat surau tu. iyelah Midvalley kan shopping complex tumpuan orang ramai. surau tu pulak sentiasa penuh sepanjang masa. memang senang lah untuk orang-orang yang tak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja tak bermoral diorang tu.

kesian Ima. bertabah ye kawan. kalau nak mintak pertolongan ape-ape jangan segan silu bagi tahu kitorang. kami semua sedia membantu. takpelah, mungkin ada hikmahnya ko diuji sebegini. sabar ok sayang!
okbai!

tiada gambar kitorang ramai-ramai untuk edisi ini sebab masing-masing kalut nak beli barang and terkejut dengan insiden yang menimpa Ima tu. so aku tempekkan ajelah gambar blueberry cheesetart pujaan perut comelku untuk tatapan korang. it's finger licking good bebeh! menyesal tak beli extra tadi!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)