tabung kelas teacher bella

Sunday, January 8, 2012

berpeleseran tanpa arah tujuan

assalamualaikum.

weekend ni terasa panjang. disebabkan ini minggu pertama kuliah maka tiada lagi tutorial task mahupun reading task yang kena buat. alah minggu ni aje yang free gila. minggu depan mesti dah start dapat tutorial task, ISL task and whatever task yang tak pernah habis. lumrah hidup pelajar lah kan.

by the way, menghabiskan hujung minggu yang super free ni sebenarnya sangat bosan sebab aku tak tahu nak buat ape. petang jumaat aku dah basuh baju. selepas tu aktiviti aku dipenuhi dengan makan, tidur, dating dengan Encik Gulahati, online sampai muak dan tengok cerita korea. tahap kebosanan sangatlah tinggi sampaikan aku boleh habiskan drama korea Heartstring tu dalam masa 2 hari weekend ni.

so bila Encik Gulahatti ajak keluar untuk beli barang kelengkapan untuk subjek PSV, aku pun angguk aje la. ehh Encik Gulahati pun ambil PSV as his minor subject. sebenarnya dia nak ambil subjek Moral tapi sebab ramai sangat yang nak ambil subjek tu sampai melebihi kuota yang ditetapkan, so dia pilih PSV jugak la.
yang aku pulak dah naik kematu badan dok terperap je dalam bilik 2 hari ni. bila Encik Gulahati ajak temankan dia beli barang PSV, aku rasa macam nak bersorak. at least ada jugak aktiviti nak buat selain dari duduk dekat bilik. pukul 11 pagi tadi, aku dengan Encik Gulahati dah gerak keluar. destinasi tujuan kali ini ialah Mydin Jalan TAR. iyelah kat sana kan barang murah-murah.

Encik Gulahati tu sebenarnya tak berapa minat PSV. kalau disuruh melukis dan mewarna, memang dia paling tak suka. samalah macam aku. aku tak suka melukis. kitorang ni jenis yang suka buat kraf. macam aku, aku sendiri suka buat kad or wall decoration. kalau Encik Gulahati pulak dia suka buat benda 3D macam model rumah. itupun termasuk dalam sukatan pelajaran untuk subjek PSV sebenarnya. bila aku bagi tahu Encik Gulahati yang lecturer kitorang nak tambah lagi satu subjek elektif (Sains) untuk Teslians, dia macam dalam dilema. nak ambil Sains ke nak stay dengan PSV. sudahnya kitorang bertapa sekejap dekat bus stand depan balai polis tu dan bagi peluang untuk Encik Gulahati fikir sekejap.

susah sebenarnya nak buat pilihan. aku pun suruh Encik Gulahati call umi dia untuk mintak pendapat, umi suruh dia ambil Sains sebab umi dia taw anak dia sorang ni tak suka seni. but still he can't decide. alih-alih dia cakap camni, "nanti la dulu ayang. b tak taw la nak pilih yang mana satu. esok b gi jumpa Madam Zalina nak tanya sukatan pelajaran Sains dulu cane ok". anything you say b. i'm okay with it.

daripada tujuan asal nak keluar pergi beli barang, terus berubah jadi pergi makan-makan. Encik Gulahati nak makan KFC. aku pulak dah lama mengidam prosperity burger. jadi kitorang naik LRT ke KL Sentral dan pergi tapaukan McD Chicken Prosperity Burger untuk aku dulu. then baru kitorang naik atas untuk melahap Snack Plate dekat KFC pulak. ehh baru aku perasan. kitorang ni kalau keluar kerjenye asyik makan aje. no wonder lah aku ni tak kurus-kurus =='

sistem token yang baru diperkenalkan oleh Rapid KL untuk pengguna LRT ni menyusahkan lah bagi aku. i tend to misplaced my token. lepas ni kena pastikan baki Touch n' Go aku sentiasa banyak untuk aku jalan-jalan.

ini budak manyak suka main-main dan usik dia punya awek ma




blackpaper sos nye terbaik! sampaikan aku sakit perut tadi. akih-alih Encik Gulahati yang habiskan.
kitorang makan dan sembang dan main-main dan makan lagi dan sembang lagi dan main-main lagi. ohh sape yang baca ni mesti annoyed kan. HAHAHAHA. lepas makan baru kitorang gerak nak balik. tapi sebelum balik tu sempat lagi sambar sehelai baju t-shirt RM10 dekat booth level bawah tu. KEHKEH. sepanjang perjalanan balik tu ade aje yang Encik Gulahati nak usik aku. ade aje lawak dia yang buat aku gelak non-stop. cucuk-cucuk pinggang aku lah.sebab tu lah aku selalu happy bila dia ada dekat dengan aku ♥♥♥. okbai



kami budak hyper!










ohYESiFORGOTtoTELL : gelaran untuk boyfie sudah berubah. no more Mr.Hubby. now I called him as Encik Gulahati. masa blogwalking semalam baru perasan rupanya ramai yang panggil boyfriend diorang Mr.Hubby. nevermind. I prefer Encik Gulahati sebab dekat phone pun i letak nama dia Encik Gulahati. 

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)