tabung kelas teacher bella

Friday, January 20, 2012

cuti sekolah sudah bermula!

assalamualaikum.

hectic bebeno life aku 3 minggu ni. nak update blog cinonet ni pun tak berkesempatan. fuh fuh baru walaupun baru 3 minggu kuliah bermula tapi dah dapat 2 assignment. belum lagi campur dengan segala macam homework dan presentation yang nak kena buat. potong stim betul aku nak bercuti dengan riang gembira dekat rumah sambil berkelah dekat tepi sungai dengan Anas (adik aku, 9 tahun) dan Syu ( sepupu aku, 6 tahun). sambil-sambil tu intai budak-budak mandi kat sungai. silap-silap aku sekali join mandi sungai tu. very the kampung u'olls. aku memang suka kehidupan kat kampung. tenang dan damai je.

cuti CNY dah bermula. tapi jangan mimpilah aku boleh bersenang lenang sepanjang cuti ni. memang nak kena bahagikan amsa elok-elok. bila nak buat homework, buat draft assignment, attend kenduri kawen orang (bila la orang nak attend kenduri kawen aku pulak ye.. ehemmm). dan nanti nak kena pergi rumah Mak Ngah Nik (sebelah abah) sebab Kak Aini (sepupu aku) nak kawen nanti. i'm counting for the day. mesti best bila berkumpul ramai-ramai. kalau korang nak tahu, abah aku ada 11 adik beradik (sebab arwah atuk aku dulu kawen 2, nenek pertama dapat 5 orang anak, nenek kedua dapat 6 orang anak. abah aku anak dengan nenek kedua). kalau semua orang balik masa wedding Kak Aini tu memanglah tak muat rumah Mak Ngah Nik tu. dulu pun masa kenduri kawen anak sulung dia, separuh daripada family kitorang terpaksa menginap dekat hotel sebab rumah Mak Ngah Nik dah crowded sangat. sure havoc gila lah nanti XD

*iklan sekejap*

tak sabar rasanya nak balik kampung esok. mulanya aku ingat aku dah tak boleh balik kampung cuti ni sebab tiket bas balik Terengganu dah sold out (menyampah tahu kalau cuti perayaan selalu macam ni). nasib baiklah cousin aku yang dekat Kajang, Kak Suzi  nak balik kampung jugak. so aku ngan Kak Suzi dan juga Kak Nor (adik Kak Suzi) akan bertolak balik kampung pada esok hari. yeeehhaaaa adik-adik bujang, kaklong balik esok hokayh!  tak menahan lah Amir call aku petang tadi, suruh balik cepat-cepat sebab nak makan kangkung goreng belacan. sabo jelahh..

meanwhile, aku ada dekat rumah paksu di Presint 11, Putrajaya. esok pagi baru pergi Kajang. seriously, aku tak tahu kenapa aku rasa excited nak balik rumah kali ni. biasanya kalau everytime cuti aku neutral aje. takdela rasa excited sampai nak melompat-lompat sebab boleh balik rumah. but this time it is different. membayangkan esok nak balik rumah pun dah buat aku happy. homesick kah?

jangan tertipu dengan muka yang glowing ni. ini adalah trick kamera Nikon aku je. thank you flash! kau berjaya menyembunyikan jerawat seketul dekat pipi tu!
okbai! nak concentrate buat assignment meta~(sementara semangat tengah berkobar-kobar ni)

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)