tabung kelas teacher bella

Monday, January 30, 2012

selamat pengantin baru Rami!

assalamualaikum.
 she was my classmates. she was my gila-gila friends yang suka gelak kuat-kuat dalam kelas. she was my classmates yang sporting sangat-sangat. she is cute, and until now maintain je cute nye. orangnye kecik cinonet aje, tapi kalau menjerit satu sekolah boleh dengar. aku paling suka kening dia, hitam pekat macam lukis je. ohh obsesnye aku dengan dia. kahkah!

sekarang dia dah bergelar Puan Noramira Nordin, isteri kepada Encik Mohd. Amirul Muda. kitorang memang tak terkejut pun dengan perkahwinan dia di usia awal ni. budak dua orang ni bercintan-cintun sejak zaman sekolah menengah lagi. alhadulillah, hubungan mereka kekal ke jinjang pelamin. tapi aku ralat jugak lah sebab tak sempat balik untuk memeriahkan majlis kahwin Rami ni. sorry my dear, i can't keep the promise that i made 3 years ago. masa tu dalam kelas Sejarah, sebab bosan sangat dengan Cikgu Rozazat mengajar, aku dengan dia sembang-sembang. Rami cakap dekat aku, dia maybe kahwin awal. aku cakap lah dekat dia, "nanti jangan lupa jemput aku sama. aku sure pergi majlis kahwin mu Rami". tapi last-last, tak boleh pergi. sedihhhh. dah beli hadiah siap-siap. takpelah, nanti aku pos okay T___T

this is Puan Noramira Nordin. kening tu ori walaupun nampak macam cukur
semoga menjadi isteri yang solehah kepada Mirul sayang :)

meet 5 Al-Khawarizmi girls. dari kiri Dayang (tudung grey), Mariah (tudung hitam), Yana (tudung turqoise), Aten U'u tudung hijau lumut), puan pengantin, Ika dan Pipoh. girls, lepas ni turn sape pulak?

my dear Rami, you look gorgeous in your wedding dress. congratulation on your marriage. semoga berbahagia hingga ke anak cucu. eh, cepat-cepat bagi kitorang anak sedara taw! haha.hope 1 day, kita boleh jumpa lagi. rindu sangat-sangat-sangat!!
okbai!

Wednesday, January 25, 2012

wordless wednesday : distance never make us apart



its sad that we have to be apart ,but dont worry Encik Gulahati you'll always be in my heart.

Saturday, January 21, 2012

panggilan hangit dari emak.

assalamualaikum.

sedang  aku dengan Kak Nor bermalas-malasan kat atas katil sambil masing-masing dok tergelak-gelak tengok video baru Matlutfi pagi tadi, tiba-tiba aku dapat panggilan dari emak.

emak : assalamualaikum. hai anak dara dah bangun ke belum? 
me : waalaikumussalam. eh mstilah dah bangun. ape jenis anak dara bangun lewat-lewat ni 
emak : eleh yelah tu. bukan ko selalu bangun lewat ke long? eh, bila nak balik ni? 
me : (gelak-gelak) balik hari ni la. tunggu Kak Suzi datang ambik. maybe bertolak lepas zohor kot. nape? 
emak : oh. takde pape pun. ni haa Setiu dah banjir. kat rumah kita pun banjir jugak. 
me : eh, biar benar. kenapa takde bagitaw dalam berita semalam pun? 
emak : memanglah. sebab baru pagi tadi je banjir. semalam hujan tak berhenti. 
me : ohh yeke..ala macam mana along nak balik ni. sobs sobs 
.emak : engkau naik sampan jelah along. 
me : iyelahh...

then our conversation end. lepas tu aku bagitaw Kak Nor ape yang aku dengan mak sembangkan tadi. Kak Nor pun terkejut. mula lah masing-masing menggelabah sebab takut jalan yang kitorang nak guna untuk balik kampung nanti dinaiki air. then my phone ringing again. emak call lagi.

emak : along. kahkahkahkah 
me : ye, kenape tiba-tiba gelak ni? menang loteri ke ape? 
emak : ehh takdelah. korang cuak eh takut tak boleh balik? 
me : adelah sikit-sikit. teruk ke banjirnya mak? kereta boleh lalu lagi tak? 
emak : kahkahkahkah! mana ada banjir. tak hujan pun semalam. hari ni je mendung sikit. kahkahkahkah! 
me : eh, tadi kata banjir? 
emak : saja nak kenakan along. mak boring lah duduk rumah. kereta mak abah bawak pergi servis.  
me : cesss. kuang asam betul!


see see my mom? wakenabeb dengan mak sendiri. naughty betul mak aku ni. daripada emak lah aku mewarisi kenakalan ini (ecehhh salahkan emak pulak). mahu nye aku tak cuak sebab kalau banjir memang susahlah aku nak balik rumah nanti. oh mak, bikin anaknya cuak aje lah!

okbai~

Friday, January 20, 2012

cuti sekolah sudah bermula!

assalamualaikum.

hectic bebeno life aku 3 minggu ni. nak update blog cinonet ni pun tak berkesempatan. fuh fuh baru walaupun baru 3 minggu kuliah bermula tapi dah dapat 2 assignment. belum lagi campur dengan segala macam homework dan presentation yang nak kena buat. potong stim betul aku nak bercuti dengan riang gembira dekat rumah sambil berkelah dekat tepi sungai dengan Anas (adik aku, 9 tahun) dan Syu ( sepupu aku, 6 tahun). sambil-sambil tu intai budak-budak mandi kat sungai. silap-silap aku sekali join mandi sungai tu. very the kampung u'olls. aku memang suka kehidupan kat kampung. tenang dan damai je.

cuti CNY dah bermula. tapi jangan mimpilah aku boleh bersenang lenang sepanjang cuti ni. memang nak kena bahagikan amsa elok-elok. bila nak buat homework, buat draft assignment, attend kenduri kawen orang (bila la orang nak attend kenduri kawen aku pulak ye.. ehemmm). dan nanti nak kena pergi rumah Mak Ngah Nik (sebelah abah) sebab Kak Aini (sepupu aku) nak kawen nanti. i'm counting for the day. mesti best bila berkumpul ramai-ramai. kalau korang nak tahu, abah aku ada 11 adik beradik (sebab arwah atuk aku dulu kawen 2, nenek pertama dapat 5 orang anak, nenek kedua dapat 6 orang anak. abah aku anak dengan nenek kedua). kalau semua orang balik masa wedding Kak Aini tu memanglah tak muat rumah Mak Ngah Nik tu. dulu pun masa kenduri kawen anak sulung dia, separuh daripada family kitorang terpaksa menginap dekat hotel sebab rumah Mak Ngah Nik dah crowded sangat. sure havoc gila lah nanti XD

*iklan sekejap*

tak sabar rasanya nak balik kampung esok. mulanya aku ingat aku dah tak boleh balik kampung cuti ni sebab tiket bas balik Terengganu dah sold out (menyampah tahu kalau cuti perayaan selalu macam ni). nasib baiklah cousin aku yang dekat Kajang, Kak Suzi  nak balik kampung jugak. so aku ngan Kak Suzi dan juga Kak Nor (adik Kak Suzi) akan bertolak balik kampung pada esok hari. yeeehhaaaa adik-adik bujang, kaklong balik esok hokayh!  tak menahan lah Amir call aku petang tadi, suruh balik cepat-cepat sebab nak makan kangkung goreng belacan. sabo jelahh..

meanwhile, aku ada dekat rumah paksu di Presint 11, Putrajaya. esok pagi baru pergi Kajang. seriously, aku tak tahu kenapa aku rasa excited nak balik rumah kali ni. biasanya kalau everytime cuti aku neutral aje. takdela rasa excited sampai nak melompat-lompat sebab boleh balik rumah. but this time it is different. membayangkan esok nak balik rumah pun dah buat aku happy. homesick kah?

jangan tertipu dengan muka yang glowing ni. ini adalah trick kamera Nikon aku je. thank you flash! kau berjaya menyembunyikan jerawat seketul dekat pipi tu!
okbai! nak concentrate buat assignment meta~(sementara semangat tengah berkobar-kobar ni)

Wednesday, January 18, 2012

wordless wednesday : counting for holiday

kalau hari-hari holiday kan best. tak payah senak kan kepala otak dengan macam-macam tutorial task dan assignment.

Friday, January 13, 2012

he is 21 now. happy birthday B♥

assalamualaikum.

today is the day. the Friday 13. Encik Gulahati dah dapat lesen besar hari ni. lesen untuk masuk kelab malam katanya.amboi-amboi berani dia nak masuk kelab malam. aku piat-piat telinga dia nanti. this year, no surprise, no big celebration. masing-masing punya kewangan dah di tahap meruncing. ohh elaun cepatlah jatuh ke riba. but still, ade jugak hadiah untuk Encik Gulahati tersayang walaupun hadiah tu dah tak suprise sebab dia yang pilih sendiri. nevermind, asalkan dia happy dengan gift aku yang tak seberapa tu. later i'll treat you dinner at steak house k B.

the DIY birthday card and DIY paper bag. kalau korang bijak teka apa isi paper bag tu :)

caca marba je kat dalam kad ni. buat kad pun last minit dah
gambar birthday boy paling senonoh untuk hari ini
my dear sweetheart,
you're 21 now. Alhamdulillah. selamat hari lahir ke 21 untuk B. semoga menjadi anak yang soleh, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. dah 21 ni, ayang harap B maintainkan kecomelan dan kemachoan B tu. ecehh! next time, ayang belanja makan dekat steak house okay >__<
dengan ingatan tulus ikhlas,
Ayang yang comel 

Thursday, January 12, 2012

hang-out sekelas yang berakhir dengan tragedi pilu

assalamualaikum.

hari ni aku dan classmate aku keluar tengok wayang dekat Midvalley. ini lebih kepada field trip sebab kitorang  datang tengok wayang tadi pun sebagai ganti untuk kelas Learning Support (LS). lecturer LS kitorang, Madam Hazian ni memang lain dari yang lain sikit. disebabkan objektif subjek LS adalah untuk membantu pelajar-pelaajr meningkatkan kemahiran dalam aspek-aspek yang belum mereka kuasai (such as grammar skills / speaking skills), kitorang disarankan untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran kitorang. Madam hazian kata nak gi picnic pon boleh. so we took this oppurtunity untuk buat sebanyak mana trip pembelajaran ke luar IPBA. eh jangan ingat kami pergi buat aktiviti kat luar semata-mata untuk cukupkan credit hour je. selepas setiap aktiviti kami still kena buat synopsis or review about that activity. it's just another way of learning. saja nak lari dari rutin pembelajaran biasa yang asyik menghadap buku dan whiteboard aje kan.

maka berangkatlah rombongan kami yang terdiri daripada 5 anak teruna dan 22 anak dara menapak ke Midvalley. disebabkan bilangan kitorang yang agak ramai, maka kitorang terpaksa dipecahkan kepada 2 kumpulan yang akan menonton 2 movie yang berlainan. half of us was watching Mission Impossible : Ghost Protocol and the other half pulak tengok cerita Shbuerlock Holmes. Me and Encik Gulahati tengok cerita Mission Impossible. the movie was awesome. i enjoyed every bit of it. siap suruh Encik Gulahati download balik cerita tu nanti sebab nak balik tengok dengan adik-adik-adik bujang ( tiga kali adik sebab aku ada tiga orang adik).

tapi disebabkan aku dan Encik Gulahati tak sempat nak lunch sebelum kitrang masuk cinema tadi, dua-dua macam orang kebulur. korang bayangkanlah sekotak popcorn large tu boleh habis dalam masa 10 minit je. memang lapar gila tapi nak makan dulu sebelum masuk cinema tak sempat sebab masa dah banyak terbuang dengan cari parking. terpaksalah kami bertahan dengan popcorn sekotak dan air Coke 2 gelas. elok sangat lah dengan perut kosong minum air Coke. tak pasal-pasal lepas tu Encik Gulahati kena gastrik. poor my hubby :(

after the movie ended, we split. semua pakat cari sign toilet dulu sebab kesejukan dalam cinema tu mampu membuatkan engkau rasa nak terkucil. selepas menyelesaikan urusan di toilet, aku dengan Encik Gulahati pun jalan-jalan lah. kononnya nak beli barang sikit-sikit. and nak belikan something untuk Envik Gulahati kesayangan aku tu. but then dia pulak kena gastrik. so we decided to have our meal first, lepas tu baru sambung beli barang.

selepas melahap di KFC, kitorang berdua pun sambung jalan-jalan sambil survey-survey barang yang dihajati tu. tiba-tiba terserempak dengan sekumpulan classmate kitorang (Yuni, Faizah, Azura, Tiara, Asma ngan Jay). Yuni bagitaw aku and Encik Gulahati yang something bad happened. one of our friends, Ima lost her purse. maybe someone took it from her bag masa dia tengah solat kat surau Midvalley tu. ya-Allah keji sangat perangai kat dalam surau pun nak mencuri ke? kesian dekat Ima tu. henfon, cash RM100, I/C dan kad-kad bank semua lesap. sementara tunggu Ima dengan Husna pergi Celcom Centre untuk retrieved sim card baru, aku dan Encik Gulahati sambung survey barang. selepas tu kami (aku, Encik Gulahati, Ima, Jay dan Faizah) dah bertolak balik sebab kami semua nak temankan Ima buat laporan polis dekat Balai Polis Kerinchi.

manusia sekarang ni memang dah tak ingat dosa pahala agaknya. dalam rumah Allah pun sanggup mencuri lagi. kena rasuk dengan syaitan manalah agaknya. dulu Azura pun pernah kehilangan henset dekat surau Midvalley tu. mungkin lepas ni pihak Midvalley kena tingkatkan kawalan keselamatan dekat surau tu. iyelah Midvalley kan shopping complex tumpuan orang ramai. surau tu pulak sentiasa penuh sepanjang masa. memang senang lah untuk orang-orang yang tak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja tak bermoral diorang tu.

kesian Ima. bertabah ye kawan. kalau nak mintak pertolongan ape-ape jangan segan silu bagi tahu kitorang. kami semua sedia membantu. takpelah, mungkin ada hikmahnya ko diuji sebegini. sabar ok sayang!
okbai!

tiada gambar kitorang ramai-ramai untuk edisi ini sebab masing-masing kalut nak beli barang and terkejut dengan insiden yang menimpa Ima tu. so aku tempekkan ajelah gambar blueberry cheesetart pujaan perut comelku untuk tatapan korang. it's finger licking good bebeh! menyesal tak beli extra tadi!

Wednesday, January 11, 2012

wordless wednesday : making a choice

i'm in dilemma right now. i want to take Music as my minor subject, but i need to buy a keyboard (that will cost me around RM 900++). habislah duit elaun aku nanti. dahla kena spend around RM 200++ untuk unit beruniform lagi. jawabnya nanti elaun aku entah kemana sebelum semester ni habis. kang tak pasal kena mintak elaun dengan mak abah pulak. patut aku ambik Music or just stay with PSV?

Tuesday, January 10, 2012

target 10 tahun akan datang

assalamualaikum.

disebabkan perut kenyang dan mata mengantuk dan mood nak buat tutorial ke laut, maka aku nak menganyam angan-angan Mat Jenin petang ni. aku taknak buat azam tahun baru. tapi aku nak buat target untuk 10 tahun akan datang.

10 tahun akan datang aku nak kawen ! ehehh masa tu entah-entah dah ada anak dua tiga orang sebab umur pun dah mencecah 30-an kan. so kawen should be my target in 5 years time. ehemm Encik Gulahati sila note ye. ehemm dalam masa 10 tahun lagi aku bercita-cita untuk memiliki ini..

aku akan pastikan ko tersadai kat depan rumah aku 10 tahun akan datang.
 seriously cair meleleh tengok Toyota Caldina nih. mengancam gila. haritu masa on the way nak pergi makan dekat Pantai Dalam dengan Encik Gulahati, aku nampak sebuah Toyota Caldina warna putih ni parking kat tepi jalan dekat pasar malam Kerinchi. terus aku jadi tak waras dan serasa macam nak histeria. excited gila aku mengalahkan rasa excited masa pergi tengok konsert Super Junior hari tu. nasib baik ENcik Gulahati jadi penyelamat keadaan.

10 tahun nanti, aku nak merempit dengan Caldina cun ni ke sekolah. korang jangan jeles ehh. kahkahkah belum ape-ape dah berangan ke langit biru. tak senonoh perangai. so kena start saving dari sekarang kalau nak merasa merempit ke sekolah dengan Toyota Caldina ni. kalau tidak merempit dalam mimpi aje lah. no money no talk beb!

saving saving! less shopping, save more. nanti nak kawen lagi, nak beli Caldina lagi. semua tu pakai duit tahu?

okbai!

Monday, January 9, 2012

formspring.me

Ask me anything http://www.formspring.me/BellaBellitos

Sunday, January 8, 2012

berpeleseran tanpa arah tujuan

assalamualaikum.

weekend ni terasa panjang. disebabkan ini minggu pertama kuliah maka tiada lagi tutorial task mahupun reading task yang kena buat. alah minggu ni aje yang free gila. minggu depan mesti dah start dapat tutorial task, ISL task and whatever task yang tak pernah habis. lumrah hidup pelajar lah kan.

by the way, menghabiskan hujung minggu yang super free ni sebenarnya sangat bosan sebab aku tak tahu nak buat ape. petang jumaat aku dah basuh baju. selepas tu aktiviti aku dipenuhi dengan makan, tidur, dating dengan Encik Gulahati, online sampai muak dan tengok cerita korea. tahap kebosanan sangatlah tinggi sampaikan aku boleh habiskan drama korea Heartstring tu dalam masa 2 hari weekend ni.

so bila Encik Gulahatti ajak keluar untuk beli barang kelengkapan untuk subjek PSV, aku pun angguk aje la. ehh Encik Gulahati pun ambil PSV as his minor subject. sebenarnya dia nak ambil subjek Moral tapi sebab ramai sangat yang nak ambil subjek tu sampai melebihi kuota yang ditetapkan, so dia pilih PSV jugak la.
yang aku pulak dah naik kematu badan dok terperap je dalam bilik 2 hari ni. bila Encik Gulahati ajak temankan dia beli barang PSV, aku rasa macam nak bersorak. at least ada jugak aktiviti nak buat selain dari duduk dekat bilik. pukul 11 pagi tadi, aku dengan Encik Gulahati dah gerak keluar. destinasi tujuan kali ini ialah Mydin Jalan TAR. iyelah kat sana kan barang murah-murah.

Encik Gulahati tu sebenarnya tak berapa minat PSV. kalau disuruh melukis dan mewarna, memang dia paling tak suka. samalah macam aku. aku tak suka melukis. kitorang ni jenis yang suka buat kraf. macam aku, aku sendiri suka buat kad or wall decoration. kalau Encik Gulahati pulak dia suka buat benda 3D macam model rumah. itupun termasuk dalam sukatan pelajaran untuk subjek PSV sebenarnya. bila aku bagi tahu Encik Gulahati yang lecturer kitorang nak tambah lagi satu subjek elektif (Sains) untuk Teslians, dia macam dalam dilema. nak ambil Sains ke nak stay dengan PSV. sudahnya kitorang bertapa sekejap dekat bus stand depan balai polis tu dan bagi peluang untuk Encik Gulahati fikir sekejap.

susah sebenarnya nak buat pilihan. aku pun suruh Encik Gulahati call umi dia untuk mintak pendapat, umi suruh dia ambil Sains sebab umi dia taw anak dia sorang ni tak suka seni. but still he can't decide. alih-alih dia cakap camni, "nanti la dulu ayang. b tak taw la nak pilih yang mana satu. esok b gi jumpa Madam Zalina nak tanya sukatan pelajaran Sains dulu cane ok". anything you say b. i'm okay with it.

daripada tujuan asal nak keluar pergi beli barang, terus berubah jadi pergi makan-makan. Encik Gulahati nak makan KFC. aku pulak dah lama mengidam prosperity burger. jadi kitorang naik LRT ke KL Sentral dan pergi tapaukan McD Chicken Prosperity Burger untuk aku dulu. then baru kitorang naik atas untuk melahap Snack Plate dekat KFC pulak. ehh baru aku perasan. kitorang ni kalau keluar kerjenye asyik makan aje. no wonder lah aku ni tak kurus-kurus =='

sistem token yang baru diperkenalkan oleh Rapid KL untuk pengguna LRT ni menyusahkan lah bagi aku. i tend to misplaced my token. lepas ni kena pastikan baki Touch n' Go aku sentiasa banyak untuk aku jalan-jalan.

ini budak manyak suka main-main dan usik dia punya awek ma




blackpaper sos nye terbaik! sampaikan aku sakit perut tadi. akih-alih Encik Gulahati yang habiskan.
kitorang makan dan sembang dan main-main dan makan lagi dan sembang lagi dan main-main lagi. ohh sape yang baca ni mesti annoyed kan. HAHAHAHA. lepas makan baru kitorang gerak nak balik. tapi sebelum balik tu sempat lagi sambar sehelai baju t-shirt RM10 dekat booth level bawah tu. KEHKEH. sepanjang perjalanan balik tu ade aje yang Encik Gulahati nak usik aku. ade aje lawak dia yang buat aku gelak non-stop. cucuk-cucuk pinggang aku lah.sebab tu lah aku selalu happy bila dia ada dekat dengan aku ♥♥♥. okbai



kami budak hyper!










ohYESiFORGOTtoTELL : gelaran untuk boyfie sudah berubah. no more Mr.Hubby. now I called him as Encik Gulahati. masa blogwalking semalam baru perasan rupanya ramai yang panggil boyfriend diorang Mr.Hubby. nevermind. I prefer Encik Gulahati sebab dekat phone pun i letak nama dia Encik Gulahati. 

Friday, January 6, 2012

formspring.me

Ask me anything http://www.formspring.me/BellaBellitos

Thursday, January 5, 2012

Alhamdulillah..2nd year degree sudah :)

assalamualaikum.

sudah 2 hari aku menjejakkan kaki ke IPBA. sudah 2 hari aku kembali menjalani rutin harian sebagai seorang guru pelatih di IPBA. pergi kelas, balik kelas dan berjimba dengan kawan-kawan tersayang. dan tak lupa dating ngan Mr.Hubby. ecehhh mentang-mentang dekat 2 bulan tak jumpa dating aje kerjenye. malam-malam kumpul dengan kawan-kawan dekat hall rumah sambil update gosip baru dan makan mangga muda (mangga muda yang roomate aku bawak dari rumah dia). perghh memang heaven lah sebab sekarang ni free lagi. assignment, homework or tutorial task semua takde lagi. so kita enjoy!

sedar tak sedar, aku dah masuk tahun kedua degree. dah semester 3 pun. alhamdulillah result exam untuk semester lepas pun ok. yang penting lulus untuk teruskan pengajian. HAHAHA! ohh, semester ni seems to be tough to me. well, mungkin aku je kot yang cakap macam ni. semester ni, kitorang kena ambil 3 core subjek. ade subjek Teaching Reading Skills and Vocabulary To Primary ESL Students, Teaching Listening Skills, dan Songs and Poetry.  ini semua subjek teori. ohh, i hate that. Songs and Poetry sounds fun, but the lecturer that i signed for my tutorial might not be fun. i love songs, but i hate poetry. how eh? ohh, ade satu lagi subjek EDU, which is Classroom Management. yang ni kalau Dr. Lawrence ajar konpem aku jadi pelajar cemerlang nanti.

dan semseter ni, beredialah untuk mengalami sun burn sebab kitoranng punya Gerko ialah Unit Beruniform. yang ni buat aku hangin sikit. that one person from Unit Gerko tu memanglahhh..haihh! mula-mula dia edarkan borang suruh kitorang pilih which Unit Uniform yang kitorang nak join. then when we had a short briefing later in the evening, he just pointed out kelas ni akan masuk Unit beruniform ape, kelas tu akan masuk Unit Beruniform ape. untunglah sape yang jadi anak emas dia sebab boleh pilih nak masukunit beruniform mana. unfortunately for my class, kitorang kena masuk Persatuan Berehat Sepanjang Masa (PBSM). ini memang buat most of my classmates histeria sebab kebanyakannya nak masuk Pengakap. malas nak gaduh panjang dengan encik yang berkenaan, kami pun senyap jelah. Mr.Hubby cakap, " ok ape PBSM. tak banyak kerja. boleh rileks-rileks". err, yelahh B =='

and today, kami diarahkan untuk memilih subjek elektif (yang mana aku rasa adalah minor kami). well, tak banyak pilihan pun yang disediakan. mungkin sebab takde tenaga pengajar. pilihan yang disediakan ialah Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. mulanya, aku nak ambil Sivik as my elektif. but entah macam mana, i signed up sor PSV. jangan tanya aku kenapa. dah hampir tujuh tahun aku tinggalkan subjek tu. last time belajar PSV pun masa Form 2. tawakal aje lah..

hopefully, perjalanan aku di year 2 ni dipermudahkan. yang penting, semoga aku bertambah rajin untuk buat tutorial dan assignment awal-awal, bukan last minute macam dulu-dulu. hahaha! okbai!.

Wednesday, January 4, 2012

wordless wednesday : me miss my lovely brother!

bulatnya, sama macam aku. gigi kapaknya, sama macam aku. pipi tembamnya, pun sama macam aku. manjanya pun tak dapat dinafikan memang macam aku. oh adik kesayangan sorang ni, Kak Long rindu adik tahu :')

Sunday, January 1, 2012

Menjahit lah kiter~

assalamualaikum.

ramai kawan-kawan aku yang pelik bila dapat tahu aku dah ada kat Putrajaya. semua pakat tanya, "asal ko balik awal sagat wehh? cuti kan lama lagi". sebenarnya, masa balik kampug dengan Paksu's family hari tu, aku dengan Maksu ada sembang-sembang dalam kereta. Maksu aku sekarang kan tailor. dia ada buka tempahan baju sekolah. memandangkan tempahan yang diterima luar biasa banyaknya, Maksu takut tak sempat nak siapkan semua tempahan baju sekolah tu. yelah nak melayan kerenah anak-anak yang super nakal tu lagi. so Maksu mintak tolong aku jadi pembantu dia. aku on aje. lagipun duduk rumah melebarkan badan je kejenye kan. tak berfaedah langsung.


maka disebabka perjanjian yag telah dimeterai lebih awal dengan Maksu, aku dah selamat mendarat di Presint 11, Putrajaya pada 2 minggu lepas. bermula lah rutin harian aku sebagai pembantu Maksu. actually bila duduk rumah Maksu i aku jadi multitasking. daripada memasak, kemas rumah, jaga Sri dan Tuah bersaudara, dan juga tolong menjahit (main job). semua aku buat.

memasak, kemas rumah, lipat baju, tukarkan air dalam balang kura-kura dan suapkan Tuah Iskandar dengan Tuah Adlin makan tu dah jadi perkara biasa. everytime balik rumah Maksu memag tu jadi tugas tak rasmi aku. tapi bab-bab menjahit ni memang aku jahil sikit. malu lah nak mengaku mak aku pun reti menjahit. yag aku tahu jahit butang baju dengan jahit cangkuk dekat kain tu. yang lain-lain non-hadoo langsung lah..

tapi Maksu slow-slow ajar aku. the first thing yang dia ajar ialah macam mana nak guna mesin kelim or mesin jahit tepi tu. mula-mula macam susah (sebab tak biasa) tapi selepas sehari aku dah mahir guna mesin kelim tu. siap boleh tukar benang lagi lah. ehemmm tiba-tiba bangga dengan diri sendiri. kemudian Maksu ajarkan pulak cara nak buat lubang butang untuk baju kurung. sebenarnya dulu aku dah pernah belajar dengan mak tapi biasalah, aku kan pelupa. kehkeh. dan paling latest, aku dah reti potong kain untuk buat baju kurung. hehehehe~

hari ni 1 Januari 2012, orang lain sibuk bercuti ngan family dan menyiapkan kelengkapan untuk kembali ke sekolah / hostel, tapi aku dengan Maksu tak menang tangan melayan customer Maksu yang datang untuk mengambil tempahan. Maksu cakap, "penat menjahit hilang bila tengok customer hulur duit buat bayaran". bhahaha xleh blah la Maksu ni.

eh, esok dah 2 hb. lusa dah 3 hb. lusa dah kena balik hostel. tak suka laa balik IPBA tuhh! tapi takpe leh jumpa buah hati hari-hari nanti. yawwww silalah jeless!
okbai!

pssttt. ini gambar tahun lepas (cehh bunyi macam lama padahal tahun lepas tu baru je berakhir semalam)