tabung kelas teacher bella

Tuesday, December 11, 2012

friendship or friendshit?

pernah tak tiba-tiba, kau kamceng dengan sesorang tapi out of sudden jadi strangers? jumpa pun tak pandang, selisih bahu pun tak bertegur. bertentang mata jauh sekali. ajak makan semeja? boleh jalan la.

pernah tak kau dibenci tanpa mengetahui sebab musababnya? mungkin si pembenci itu jealous with your life. MUNGKIN. mungkin juga beliau panas bontot melihat kejayaan kamu. boleh jadi jugak kan? atau mungkin beliau saje je suke-suke membenci kamu sebab hidupnya dah terlampau bosan? ohh forever alone sangat.

pernah tak kau berada dalam kalangan "kawan-kawan" (about 8 to 10 people), dan rasa seperti alienated? orang lain sembang-sembang about that one fella, and you don't know who is that fella, so kau pun bertanyalah untu mendapatkan jawapan, tapi apa yang kau dapat? hanya pandangan sinis berserta ayat " ala ade la mana boleh bagitaw". then bisik-bisik dengan orang sebelah. ini yang kau panggil kawan?

pernah tak kau terlambat mendapat any info just because you are not part of them? okay contohnye, lecturer suruh hantar homework semalam. tapi kau tak tahu dan tak hantar, sedangkan most of your classmates dah hantar homework tu. bila ditanye bila madam bagitahu suruh hantar, adelah someone ni jawab, "haritu madam dah text si polan ni suruh bagitaw semua orang kena hantar homework tu semalam". okay adakah semua orang tahu? hanya segelintir je yang tahu, yang kamceng dengan si polan itulah of course. yang lain?  jadilah alien dalam situasi ini.

pernah tak ketika si polan ni dalam kesusahan, kau la tempat dia mengadu masalah, minta nasihat. bila si polan tu dah senang, dah berjaya, kau dah takde nilai bagi dia. iyelah, kau dah tak dapat nak bagi benefit ape-ape kat dia, so what is the point for keeping you as her/his friend kan?

pernah tak kau dengar khabar kurang enak tentang si polan yang kononnya kawan kau tu, and without usul periksa kau mempercayai khabar itu dan menghukum si polan itu. adil kah? mana rasional kau sebagai kawan? ehh, kawan lah sangat kan.

muhasabah..
analyze how you treat others. their attitude is based on how you treat them.

Monday, November 26, 2012

MIA

Assalamualaikum.
I've been neglecting this blog for quite sometimes. Yeahh, blame me. Frankly I've lost my spirits to write here. So the phrases "I'm busy with this and that" or "I don't have time to write" are just a lame excuse from me.

Friday, October 26, 2012

Aidiladha perantau style

assalamualaikum and selamat hari raya Aidiladha to all Muslims! this is my third year celebrating Eid Adha without my beloved family. yeah i know. sedih kan? but what to do. my first paper is on October 29. duhhh kalau aku baik rumah konpem-konpem nota, buku, or watevesss tu melayang entah kemana.

memandangkan ramai jugak IPBArianz yang tak balik, so kitorang plan untuk buat makan-makan di malam raya. menu malam raya perantau ialah nasi impit, kuah kacang dan sate. nasi impit dan kuah kacang disediakan oleh Masterchef Ammar. sate pun dia buat jugak. weolss yang perempuan ni tolong bakar and makan aje. buehehehe

sate daging ada. sate ayam pun ada.

so semalam, aku, Syimah, Hana, Mok Cik, Gulahati, Ammar, I'd, Ide, Kuwe & Airil bertungkus lumus membakar sate dekat parking bawah blok 3. it was raining heavily tapi itu tak mematahkan semangat kitorang. nak menghidupkan ape je dah setengah jam. macam-macam ikhtiar budak-budak ni buat. alhamdulillah, akhirnya hidup jugak api tu dan boleh bakar sate. ade +-200 cucuk sate ayam dah 150 cucuk cate daging semuanya. kami makan sampai senak perut hahahaha.

sementara the boys membakar sate, aku, Shimah dengan Hana siapkan tempat makan. 
indulgence! secret recipe from Masterchef Ammar.

we did had fun gossiping, teasing each other, update cerita-cerita basi. malam raya kami diserikan dengan gelak ketawa sebab masing-masing dok membahan sesama sendiri. sambil makan, kami bersembang macam hari masih siang (padahal masa tu dah pukul 11 lebih).

tengah-tengah syok makan, Syimah dapat call from Norma. she said ade penceroboh naik blok 9 (hostel aku lah tu) and kena kejar dengan the girls. weolss yang perempuan ni dah ketar-ketar lutut dah. iyelah, bilangan yang tak balik tu pun takdelah ramai sangat.

terpaksalah Gulahati dengan Kuwe temankan kitorang balik. on the way balik ke blok 9 tu, ternampak beberapa orang budak laki, husband Madam Maimun (warden blok 5) and guards dok suluh-suluh. diorang tengah mencari penceroboh tu sebab diyakini dia sedang menyorok di kawasan sekitar IPBA. dengar cerita macam tu, lagi lah aku ketar lutut. terus pack barang-barang and tidur dekat bilik Mok Cik. dah tak berani nak tidur sorang-sorang kat dalam bilik sendiri.

dan malam ni, kami still berjaga-jaga in case penceroboh tu datang lagi. believe it or not, aku tidur sambil peluk bet sofbol yang Gulahati bagi. takut punya pasal =,='


salam aidiladha dari kami, perantau IPBA. [ from left : Mok Cik, Hana,  me, Kuwe (sitting on the chair), Gulahati sayang, Ide, Airil, Ammar and Shimah. not in picture : I'd]

Thursday, October 25, 2012

about long hair and short hair.

assalamualaikum.

i'm not the type of girls that would like to keep my hair long (long here means meleret sampai ke lutut). no no no it just not my type. for me, kalau panjang sampai ke bahu tu dah long enough. but not for my Abah. (sigh)

my Abah is kind of conservative people (and some of my aunties too). biaselah kitorang kan kampung people. haha pfftt!. he would like me to keep my hair long (kalau boleh sampai ke pingang) because i'm the only daughter in the family. unless la if he got married with another woman and got another daughter with her.  will slap him for that (no kidding).

i still remember when i was in form two, i cut my hair very short. sebab masa tu aktif bersukan sana sini and duduk hostel so it's kind of leceh for me to take care of my long hair. sekali tengok, nampak macam boy cut but still have feminine looks. just like this.....

just like Sulli's hair in the drama To The Beautiful You, i cut my hair like this. well for me, dah cukup feminin lah ni but  not for my Abah... sigh.... [ picture from Google]

tahu tak, after i cut my hair macam dalam gambar kat atas tu my Abah refused to talk to me for two days. i was like, "hello Abah bukannye along botakkan kepala pun. chill ah" (dalam hati jela ni).  stress tahu bila tak bercakap dengan Abah. on the other side, my Mak okay je. dia tak kisah aku nak simpan rambut panjang mana / pendek mana as long as i'm comfortable. yeah Mak, you rock.

when Abah sent me to the hostel on the Saturday evening, masa tengah salam dengan dia he said, " Abah bukan tak suka along rambut pendek, tapi along nampak lagi manis kalau simpan rambut panjang. so lepas ni kalau nak potong rambut pun, paling pendek paras bahu je okay?" . aku senyum je dengar abah cakap macam tu. pfffttt...

since that day, everytime nak potong rambut aku selalu beringat. tak boleh potong rambut pendek-pendek sangat nanti Abah merajuk lagi. umm yeah nevermind. as long as Abah happy.

lain cerita pulak dengan my aunties. asal balik kampung je, mesti diorang cakap, " haihh anak dara sorang ni. dari kecik sampai ke besar tak pernah berambut panjang. cuba tengok si polan tu simpan rambut panjang. kan cantik je" and the bla bla bla goes on.

cantik??? cantik ape nye kalau mengerbang sana sini macam mak lampir. opsss!

okbai!



Monday, October 22, 2012

after three years

Bol. Aya. Bella. 
meet my girlfriends. berkawan semenjak dari zaman bersekolah di SESTER sampaila sekarang. partner in crime aku ni. rindu sekian lama terubat lepas hangout sama-sama weekend lepas. kesian korang, sesat-sesat nak cari hostel aku kan? muehehehehe. lepas ni nak jumpe dengan lebih kerap. almaklumlah, depa-depa ni tahun depan dah final year. bila dah kerja mesti lagi susah nak jumpe kan?

miss u both. miss the others too (Nadeq, Aten, Mimi, Azie, Nuyue)

Wednesday, October 3, 2012

wordless wednesday : presenting my batik ^___^

alhamdulillah, finally done with my batik. so this is the final product of my batik.  belum di frame kan lagi. takdelah lawa mana pun, but i'm satisfied with my own effort. 

Friday, September 28, 2012

projek seni sem 4 - batik

assalamualaikum..

it's been so long since i posted something here. i just don't have the time to sit and think and tekan-tekan keyboard just to update about my life. usually before i went to my dreamland i will update a little bit about my life but now, the moment i lay on my bed, sedar-sedar dah pagi. seriously, this semester is very packed, very hectic. sampaikan kena korbankan masa berehat semata-mata untuk menyiapkan kerja (most of the works are lesson plan (pfftttt) and teaching aids).

so for now, let me update about my PSV project. so for this semester we need to do batik. beli batik yang dah siap harga dua tiga ratus tu aku taw. but to produce my own batik design, itu aku taktaw. Encik Jalil (our PSV lecturer) dah ajar step by step macam mana nak buat batik. from memilih subject matter, buat lakaran and choose our final design. tapi aku buat cara songsang. i draw my final sketch first, lepastu baru buat step yang sebelumnya. hehehe aci je kan?

oh ye, batik yang perlu kami hasilkan adalah batik untuk hiasan dinding. kami telah dibekalkan dengan canting, lilin untuk mencanting serta kain putih sepanjang 1 meter untuk melukis batik. 1 meter tu besar jugak. it is quite hard for beginner like us to draw batik on kain yang sebesar itu. tapi itukan cabaran. as for me, motif utama yang menjadi pilihan aku ialah corak bulu burung merak. my peacock feather? sebab aku suka dengan warna bulu dia yang canti dan berkilau itu (sape-sape tak tahu warna burung merak macam mana sila google ye).

it is not easy to mencanting. perlukan ketelitian yang tinggi, kesungguhan dan  kesabaran (of course lah).
part mencanting ni memang banyak dugaan. sebelum mencanting, fyi, aku dah lukis balik my final design using pencil on the white cloth. ini untuk memudahkan lagi proses mencanting. iyelah kan, tangan beginner ni bukannye berseni sangat dak mencanting on plain cloth tu.  alatan yang digunakan untuk mencanting ialah canting dan campuran lilin dan damar yang dipanaskan. lilin untuk mencanting perlu dicampur dengan damar dan dipanaskan bersama supaya lilin itu tidak patah apabila dicantingkan ke atas kain. kalau lilin tu patah, masalah besar akan timbul semasa proses mewarna nanti.

ini batik aku yang dah 50% diwarnakan. ini gambar sebelum fabric dye tu mengering.  pada awalnye,  tiada sebarang tanda-tanda bahawa masalah akan timbul tetapi...

keesokan harinya bila aku datang untuk sambung mewarna, satu kecelakaan dikesan. kalau korang zoom gambar ni mesti korang nampak kesan-kesan lilin patah yang mengakibatkan warna leaking ke tempat yang tidak sepatutnye.

stress bila lilin patan sana sini and warna leaking. the only solution is, canting balik dekat tempat yang lilin patah tu. kaau tak memang jenuhlah nak betulkan warna yang dah bercampur tu. banyak jugak tempat yang lilinnye patah because Encik Jalil did not put enough damar in our wax.

dekat seminggu jugak baru aku dapat siapkan batik aku ni. pandai-pandailah curi masa bila takde kelas or in the evening untuk siapkan batik ni. seriously, bila balik dari mencanting or mewarna, au memang akan rasa extremely tired sampaikan boleh tidur sambil berdiri. ditambah lagi dengan macam-macam kerja lain (micro-teaching, story telling etc) memang tiap-tiap hari adalah sangat memenatkan. boleh lelap selama 5 minit tu pun dah dikira satu nikmat besar.
sorry, i keep showing my tired face here. this is the reality of being a trainee teacher. so kalian di luar sana, jangan sesuka hati je cakap kerja seorang guru tu senang. put yourself in our shoes, then only you will know.


hasil batik tak boleh nak reveal lagi sebab.....saje taknak tunjuk. nanti-nantilah ahkak update lain okay? lagipun tak matikan warna and rebus untuk buang lilin lagi. once it 100% done, i will update about it okay?

till then, bai!

the colors of my life are like a rainbow...


The colors of my life are like a rainbow
"The colors of my life are bountiful and bold
The purple glow of indigo, the gleam of green and gold! 
The splendor of a sunrise, the dazzle of a flame, 
The glory of a rainbow, will put them all to shame! 
No quiet browns and grays, I`ll take my days instead, 
And fill them till they overflow, with rose and cherry red! 
And should that sunlit World, grow dark one day, 
The colors of my life, will leave a shining light, 
The colors of my life will light the way! "
"The colors of my life"
Perry Como

teaser dulu...

ada gaya tauke kilang batik?







pssstttt.... lama menyepi bukan bererti takde benda nak diceritakan. nah amek teaser ni dulu. lepas habis simulation teaching of grammar nanti aku update lain.


bajet retisss sangat nak teaser-teaser bagai

Wednesday, September 12, 2012

wordless wednesday : 2 years 6 months.

thank you Gulahati. love love love

Sunday, September 9, 2012

first impression

assalamualaikum.

first impression daripada orang lain terhadap kita adalah penting. yes, no doubt about that. tapi wajarkah kita dihukum sebab kesilapan masa lampau? i mean, dulu dan sekarang cara kehidupan kita dah totally lain. of course lah dulu teruk dan sekarang bertambah baik (and hopefully semakin lama semakin baik, Insya-Allah). but because of that childish act, people will misjudge you and start labeling entah hape-hape until now. adil ke macam tu?

please lah. dulu lain sekarang lain. think wisely.



seriously aku nak bacK off. SERIOUSLY!

Saturday, September 8, 2012

alkisah perkhemahan.

assalamualaikum.

so we went to Impian Country Resort, Batu 14, Hulu Langat for Perkhemahan Unit Beruniform IPG KBA. please please please jangan tertipu dengan nama yang bunyinye gah itu. tempatnye takdelah grand mana pun.  biasa-biasa aje. rombongan cik kiah IPBA (ni nama lama IPG KBA tapi kami lebih suka guna nama ni sampai sekarang) terdiri daripada guru-guruu pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 (TESL, Kajian Sosial, Matematik dan PSV), DPLI GSTT Ambilan Januari 2012, DPLI J-Qaf, B.Ed French & B.Ed jerman. err tu aje kot. kalau ada yang tertinggal harap maaflah. tak kuase aku nak ingat ramai-ramai.

facilities yang disediakan oleh pihak Impian Country Resort agak memuaskan hati. selain daripada bilik mandi yang kecil dan sempit dan tidak mencukupi untuk menampung jumlah kami yang ramai (terutamanya peserta perempuan ni) serta air mandian yang sedikit kotor sebab disedut dari sungai berdekatan menggunakan generator, facilities lain boleh dikatakan memuaskan. tapak khemah luas dan dewan untuk aktiviti LDK pun banyak sampaikan setiap unit uniform boleh dapat dewan diorang sendiri. katering kat sana pun sodap. surau pun Alhamdulillah selesa untuk kegunaan kami.

gambar diva sebelum comot momot mendirikan khemah wajib ada

percaya atau tidak, sepanjang camping kali ni aku tido dalam khemah just for +- 2 hours. lepas tu tido dekat surau. semua ni gara-gara kejadian histeria yang terjadi kepada tent mates aku yang juga house mates aku. first night dah ade tragedi. menggeletar jugak malam tu. taoi syukurlah malam-malam seterusnye dah takde kejadian tak diingini berlaku. dan Insya-Allah diharap kejadian tu tak berulang. atas nasihat abang-abang dan kakak-kakak J-qaf serta para pensyarah, kami semua dibenarkan tidur di surau.

belajar ikatan dan simpulan lagi. lepas tu lupa balik sebab tak praktikkan. hadoilaaa

this is the best part. belajar ikat kain anduh untuk pelbagai jenis kecederaan.  inilah mangsa-mangsa yang kena jadi model kain anduh tu.

we did learn about CPR (like macam mana nak bagi bantuan CPR kepada orang yang memerlukan) tapi gambarnye tak banyak sebab semua orang busy buat amali. kalau tak buat amali ni tak dapat pentauliahan darri badan induk BSMM. so semua orang berlagak serius padahal masing-masing dah nak tergelak time kena hembus nafas melalui mulut tu. gamat dewan kejap. apedaaaa


masa ni muka dah burn sob sob sob sob!

walaupun banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi sepanjang perkhemahan kali ini, tapi aku percaya ada hikmah di sebaliknye. alhamdulillah, selepas menjalani perkhemahan 4 hari 3 malam yang dirasakan seperti bertahun lamanya tu kami dah berjaya ditauliahkan dengan pangkat "Leftenan Muda".

hip hip hurrayyy camping dah habes!

tahniah kepada esemua Leftenan Muda XD

my exhausted face. see see the eye bag =='
seperkara yang best pasal camping kali ni bila ade geng-geng DPLI GSTT. akak-akak ni keja masak aje. masa kitorang stay up malam-malam untuk siapkan gajet diorang dok masak kat khemah dapur. sempat lagi buat cucur, masak murtabak megi, lempeng dan buatkan air. seriously tak kebulur la bila dok satu pasukan dengan diorang ni. aku rasa lagi penat nak menghabiskan makanan daripada penat buat kerja. ihiksss!

classmates. okbai!


Sunday, August 26, 2012

family matters ruins my Eid.

assalamualaikum.

i'm sorry i have been neglecting this blog for such a long time. it is me to be blame, bukan busy (ye busy tu ade jugak mempengaruhi) but laziness la yang membuatkan aku diam ta mengupdate ape-ape dekat blog comot ni. sob sob sob kesian blog dah kusam beno aku nengoknye.

and yess, still dalam mood raya walaupun dah kembali ke IPBA (TT____TT). perasaan excited menyambut raya tu masih ada walaupun ade beberapa perkara yang mendajalkan kemeriahan sambutan tu. to  tell you the truth, this year takde satu pun gambar au selca pakai baju raya. even though mak prepare baju terpaling mahal dalam sejarah sekalipun, raya tahun ni semacam kurang seri. why?

well, in short sebenarnya konflik dalaman family yang menyebabkan mood raya tu tak bangkit-bangkit. since i'm 21 now, mak dah banyak meluahkan ape yang dia pendam selama ni. maksud aku, mak dah menceritakan sedikit sebanyak ape yang terjadi dalam family kitorang (yang selama ni i'm not aware about!!) thought everything was fine but hampehh). rasanye ta appropriate untuk ceritakan konflik keluarga kat sini but what i can say is tamak haloba dan hasad dengki boleh menghancurkan hubungan rapat antara ahli keluarga. of course i'm sad with what had happened. dengar cerita dari mak, aku pulak yang nangis. mak aku steady je. tabahnye mak! T___T. to that uncle, i don't now what sins that my mom had done to you tapi please lah, berfikir pakai akal yang waras. bukan pakai akal yang kena rasuk setan, opps maaflah aku tak reti nak cakap berlapik dengan orang yang buat taik kat family aku.

okay okay. lets just forget about it. despite all the problems, i still enjoy may hari raya. i'm still able to smile when people approached me and asked he how i'm doing now. i'm still manage to gelak-gelak with my 3 heroes, especially budak demok tu. still boleh berkepit dengan mak pergi kenduri sana sini. oh yes, talking about kenduri. kenapelah time-time raya ni banyak sangat kenduri ye? raya ke-4, aku dengan mak kena attend sampai 5 kenduri. keluar rumah pagi-pagi hari balik dah dekat isyak (sebab jalan jammed nak mam). daripada lawa & wangi terus jadi kepam & sakai. haha! and i can't stand when people keep asking me when will i get married (especially my aunties. semua sok2 kepochiesss. duhh!). dear aunties, i know after Sue it is my turn to get married. but be patientla. along baru 21 kot. degree pun tak habes lagi. tak kuase aku nak usung perut boyot gi kelas. dahla IPBA ni banyak tangga. uhhh tak rela. please please please stop askinh bila aku nak kawen. boleh migrain aku nanti.

i'm sorry, entry ni macam cacamarba kan. i know i'm bad in organizing my points. ni lah padahnye kalau banyak benda nak luahkan tapi terpaksa dicensoredkan. nasiblah badan.

till we meet again. tata!



p/s : berharap untuk menjadi setabah mak. :')

Monday, August 20, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UOLLSSSS~~

daripada Bella Bellitos sekeluarga. emm ni lah keluarganya wakakakaka! 


jangan nak buat kontroversi. itu Abe Mat, sepupu aku. masa dia kecik-kecik dulu mak aku yg jaga dia so kitorang quite rapat. yang dipangku oleh kitorang tu pulak anak-ana sedara Abe Mat, Aniq & Thaqif. depa dok berebut kereta mainan adik aku tuh. haha! oh. Abe Mat dah berpunya taw :P








selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diriku. insya-Allah, kalau ade kelapangan jemputlah datang ke rumah

Saturday, August 4, 2012

Fatin Liyana: Keep Calm & . . . (baca dulu wehh!)

Fatin Liyana: Keep Calm & . . .: Assalamualaikum =) Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor. Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas, seorang p...

Friday, August 3, 2012

sayu.

assalamualaikum.

Ramadhan di perantauan bukanlah perkara baru bagi aku. sejak aku form 3 lagi aku dah vbiasa berpuasa kat hostel without family. sedih tu tak dinafikan but kawan-kawan ade. plus every two weeks boleh balik rumah.

but now the situation is totally different. sekarang aku dah makin jauh dengan family. kalau dulu naik bas 1 jam je dah sampai rumah, sekarang naik bas 8 jam baru sampai rumah.itu tak campur dengan jammed or bas rosak lagi. tsk tsk tsk.

everyday when it is the time to breakfasting, aku selalu rasa sayu. sayu teramat sangat. dalam diri rasa kosong. semua gara-gara rindukan family. terbayang-bayang meja makan besar dekat dapur dikelilingi oleh kami 6 beranak. terbayang-bayang Amir, Adib dengan Anas dok berebut ayam percik. aku dengan abah berebut air soya. terngiang-ngiang suara mak dok membebel suruh kitorang duduk elok-elok takut makanan tumpah. Ya-Allah, sungguh aku rindu dengan suasana ini! T_______________T


aku rasa, ini homesick paling teruk pernah aku alami.



Monday, July 30, 2012

check list Ramadhan

taken somewhere from Facebook. sorry can't trace back the link. lupa dah. but untuk tuan punya karya ni, thank you sangat-sangat. a good reminder for me ^__________^



check list korang cemana pulak? share-share lah sikit..

Saturday, July 28, 2012

A trip to Institut Kraf Negara, Rawang

assalamualaikum.

last Wednesday i went on a trip to Institut Kraf Negara, Rawang with all other budak-budak yang ambik minor seni dan juga yang major PSV. okay lawatan ini bukan seperti lawatan yang mana korang terjenguk-jenguk kiri dan kanan, mata melilau usha itu ini. lawatan ini lebih kepada bengkel menghasilkan kraf. nak taw kraf ape yang kitorang buat?


sepatutnya, kitorng budak-budak minor PSV ni dijadualkan masuk bengkel anyaman rotan. tapi oleh kerana stok rotan dah habis, makan kitorang masuklah bengkel membuat tembikar. seriously aku frust sebab aku nak sangat belajar buat anyaman rotan tu sob sob sob. tapi dah takde rezeki nak buat cemane kan. buat tembikar pun okay what?


menguli tanah liat untuk menjadi satu produk bukanlah satu kerjaa yang mudah. nampak macam mudah tapi payah juga. dekat bengkel tu kitorang diajar untuk membuat bentuk silinder which is the basic knowledge of making tembikar. hah amek kau habis comot baju dengan tudung dok gentel tanah liat ni. and yeahh aku tak jumpa mana aku letak gambar final product tembikar tu so tak dapatlah nak show off seposen dua haha hihi!

arca ini sangat kreatif. new invention maybe?

i dunno why but i adore rotan product's so much!

set kerusi yang bawah tu seriously lawa wa cakap lu!


aku suka gila dengan produk rotan yang dipamerkan dekat sana. kebanyakannya adalah hasil kraf daripada pelajar-pelajar dekat sana jugak. tiba-tiba datang semangat berkobar-kobar untuk belajar menganyam rotan jugak.

kbai!

Sunday, July 22, 2012

homemade strawberi coklat versi orang bujang.

assalamualaikum.

masih lagi berkisarkan Cameron Highands. tapi kali ni bukan pasal tido dalam suasana sejuk beku sampai menggigil. kali ini aku nak cakap pasal buah strawberi (kepada yang lampi tak kenal strawberi sila google ye).

kalau berkunjung ke Cameron Highlands tak sah sekiranya tak membeli buah strawberi. welll termasuklah aku. maklumlah jakun + eksaited nengok buah strawberi masak memerah dekat pokok. kat rumah kita takde Stoberi-stoberi ni. kat rumah ai ade pokok kelapa dengan pokok durian je. lagi kehlasss kauu!

dalam keadaan berebut-rebut dengan pembeli lain, sempat jugak lah aku sambar dua pack strawberi. satu bungkus dah selamat dihadam sebaik menjejakkan kaki ke bumi IPBA disebabkan kelaparan tahap gaban. satu bungkus lagi disimpan dengan hajat nak bawak balik rumah paksu tapi lain hal pulak jadinye.

FYI, strawberi sangat mudah spoiled kalau tak diletakkan di dalam peti sejuk. dah namanye dok hostel memang takdelah fridge tu melainkan engau seludup bawak. kalau rumah aku dekat dengan hostel dah lama aku buat keje macam tu hahahahahaha! disebabkan panic attack melihat saki-baki strawberi yang ada dah mula nak rosak, maka aku teringat cadangan faizah yang super bernas ini. buaty homemade srawberi coklat! so lets cekidauttt resipi stoberi coklat versi orang bujang.



menggunakan Cadbury Hazelnut (sebab tu je yabg ada kat dalam food box aku tapi korang boleh guna any kind of coklat yang korang suka) dan strawberi. mula-mula cairkan coklat tu terlebih dahulu. cara aku cairkan coklat ni sangat kelakar. patah-patahkan coklat menjadi kepingan kecil kemudian masukkan ke dalam mangkuk. lepastu tuang air panas mendidih ke dalam mangkuk tu (jangan terlampau banyak). then kacau sampai coklat tu air sepenuhnya. bila coklat dah cair baru masukkan strawberi.





lepas masuk strawberi ape lagi kacaulah sampai sebati. so this is the final outcome. walaupun serving macam ke laut tapi rasanya masya-Allah dijamin tip top!! 

 


sebenarnye lagi best kalau coklat Cadbury tu dicampur dengan Dark Chocolate Vochelle so that takdelah rasa manis terlampau sangat. tapi disebabkan aku ade Cadbury je, itupun yang Gulahati bagi so aku hentam ajelah. lepas tu minum air masak setengah botol sebab manis sangat. hahahaha! ohh ya aku buat ni masa bersahur. grand kau first sahur makan strawberi coklat. oh ya, tabur badam banyak-banyak kat dalam tu pun ohsem jugak.


okay okay let's prepare for buka puasa. bye bye!

Friday, July 20, 2012

Ahlan wasahlan Ramadhan Al-Mubarak :)

assalamualaikum.

alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini. semoga Allah peliharakan kesihatan aku, dijauhi daripada segala macam penyakit sepanjang Ramadhan ini. kalau nak azam puasa penuh tu macam mustahil je. faham-faham sendiri lah fitrah perempuan ni kan.

sebelum tidur, jangan lupa niat puasa ye semua. haaa malam pertama Ramadhan ni eloklah kalau kita niat untuk berpuasa sebuulan terus. hehe




semoga Ramadhan kali ini menjadikan aku insan yang lebih baik. amin amin aminnnnn!




p/s : salam ramadhan buat keluarga tersayang di Terengganu. nak sangat balik untuk merasa hari pertama Ramadhan bersama keluarga tapi disebabkan jauh sangat maka terpaksalah dipendamkan aje hasrat itu. sob sob sob. bertabahlah Bella :')

Bina Insan Guru (BIG) di Cameron Highlands. (part 2)

assalamualaikum.

update laju-laju selepas pulang dari Sunway Pyramid bersama Gulahati. so here is the continuation of part 1 that i posted last night.


hari kedua (Selasa), hujan masih lagi turun sekitar pukul 4 pagi. menggigil toksah cakap lah. khemah pun basah menyebabkan ade yang terpaksa tidur dekat luar khemah. yang konpem, pagi tu ramai tak mandi sebab tak sanggup nak berperang dengan ksejukan air bersuhu beku tu. kalau korang nak imagine macam mana sejuknye air kat sana, cuba keluarkan ais dari dalam fridge, letak dalam gelas, then tuang air masak kat dalam tu. lebih kurang macam tu lah tahap kesejukannye. so no wonder lah ramai yang memilih untuk tidak mandi pada pagi tersebut (termasuklah aku ehem ehem ehemmm kantoiii).

pagi-pagi lagi kitorang dah kena berggerak ke sekolah untuk menjalankan aktiviti khinmat masyarakat di sana. kelas aku telah ditempatkan di SJKC Tanah Rata (about 3 km from our camp site). sekolah ni kecik aje. hanya ade 2 bangunan dan tidak mempunyai kantin. para peajarnye perlu membawa bekal sendiri. ade segelintir ibu bapa yang datang menghantar makanan dekat anak-anak diorang bila dah time rehat.

di sekolah tu, kami diminta oleh pihak sekolah untuk menyediakan satu sudut bacaan dan melukis mural. sudut bacaan tu no hal lah tapi mural tu menjadi masalah besar. dalam ramai-ramai budak kelas aku, hanya Swee Chen sahaja yang bakat melukis nye memang terbukti tip top. yang lain termasuklah aku hancuss. lukis sikit-sikit tu boleh lah. nasib baik Swee Chen dah sediakan template mural untuk dilukis, so kitorang just follow her template and draw on the wall. instead of drawing, aku rasa kitorang sebenarnye menconteng kat dinding tu aje kehkehkehkeh.




our mural. there are too many pictures that i want to upload but because i'm too lazy to upload it one by one, so aku buat cenggini. kira halal lah ye?




sekolah tu mesti kaya sebab they provide us with Nippon Paint. mahal tu beb. tapi sayang semua tu warna-warna pastel. bila nak buat campuran warna tu susah untuk mendapatkan warna yang dikehendaki sebab ia bukan warna premier. but nevermind kitorang guna jelah ape yang dah disediakan tu. oleh kerana aku incharge bahagian mural, so aku taktaw pape pasal reading corner sebab takde masa pun nak pegi jenguk diorang kat dalam. but i do have some pictures of them, taken by Husna. pada sebelah petanng, kami dikehendaki untuk ke rumahpelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan sudut bacaan dan jadual belajar bagi pelajar tersebut. oleh kerana ibu bapa pelajar SJKC Tanah Rata tidak bersetuju derngan cadangan ini, maka my class have to joined PSV students. as for me, i was in Aje's group, pergi ke rumah seorang students yang bernama Nadzaty Asyeeda. rumah dia dekat je dengan sekolah so kitorang just jalan kaki ke rumahnye. ohhh sebelum ke rumah Nadzaty tu aku sempat mandi and tukar baju dekat tandas awam. segar sikit badan muehehehehehe.

gambar di sebelah kiri adalah sudut bacaan yang dihasilkan oleh budak-budak kelas aku i SJKC Tanah Rata. buku-buku tersebut disumbangkan oleh kami semua. gambar di sebelah kanan adalah sudut bacaan di rumah Nadzaty. 


malam last di Sg. Pauh Camp Site dipenuhi dengan aktiviti malam kebudayaan dan barbecue sponsored by Datuk Nazri (ayah kepada Malin). malam tu memang makan mewah la. ade ayam bakar, sosej bakar, mihun goreng dan jagung bakar. ayam bakar tu ade banyak extra sampaikan ade yang buat makan break first esok nye. alhamdulillah, malalm tu hujan dah berhenti tapi suhu masih mantain 8 darjah celcious. menggigil lah aku. malam tu tido pakai stokin dua lapis, pakai baju tiga lapis plus sweater. itupun masih menggigil. tak cukup lagi ke lemak kat badan ni?


hari terakhir di Cameron Highlands. disebabkan malamnye aku dapat tido dengan lena maka aku dan teman-teman sekhemah telah pnteng kuliah subuh. kahkahkah! seawal jam 6.30 pagi kitorang diarahkan untuk mengemas barang-barang dan tapak khemah kerana kami akan bertolak pulang lebih awal daripada yang dijangkakan. but still, we need to complete the last slot with the dengan aktiviti yang telah dirancang. aktiviti terakhir kami untuk program BIG pada kali ini ialah klinik motivasi bersama pelajar-pelajar sekolah yang telah ditetapkan. selepas beberapa siri perbincangan, beudak kelas aku telah mengeluaskan pelbagai idea bernas. maka sebulat suara kami memutuskan untuk mengadakan station games. kami telah menyediakan emoat station. para pelajar perlu bergerak dari satu station ke station yang lain dan menyelesaikan setiap language games yang telah disediakan. FYI, pelajar-pelajar SJKC Tanah Rata sangat energetic.

told ya. the kids was very energetic. and their English proficiency level is considered good for a rural school. 
Madam Leon ( the headmistress of SJKC Tanah Rata) gave us fresh flowers and tea as souvenir. thank you so much!



we was very exhausted after conducting the language games. itupun nasib baik aku still ade energy untuk merayap beli strawberry dan ole-ole untuk orang-orang di terengganu. tapi masa  bas berhenti dekat ladang teh energy level aku memang dah zero. dah tak larat nak berjalan. sudahnye aku dok diam-diam kat dalam bas dan tio. hahahahahaha nikmat nikmat!


overal, BIG kali ni boleh dikategorikan sebagai okay walaupun banyak perancangan yang berubah di saat-saat akhir. dan keadaan camp site yang super sejuk juga sebenarnye tidak selesa bagi kami keraan terpaksa tidur di dalam khemah yang dibanjiri air hujan. sangat tidak selesa ditambah pula dengan kesejukan melampau pada waktu malam. jadi tak pelik kalau balik dari BIG ni ramai yang sakit-sakit dan demam. faktor cuaca yang menyebabkan keadaan ini terjadi. apepun the best part pasal BIG kali ni ialah LDK pada waktu malam dibatalkan kerana hujan lebat dan tiada tempat berbumbung yang uas untuk menempatkan semua peserta. jyeahhh itu yang kita mahu kahkahkahkah!


itu sahaja cerita BIG saya. bai bai bai!

Bina Insan Guru (BIG) di Cameron Highlands. (part 1)

assalamualaikum.

seperti yang digembar-gemburkan dalam entri-entri sebelum ini, ahkak baru balik dari ber-BIG di Cameron Highlands. seriously, dalam banyak-banyak program BIG yang aku dah pergi, this is the best. why i said do? let's cekidautttttt..

selepas majlis perasmian bersama Pengarah, sesi penggambaran dan angkat barang-barang masuk dalam bas, kami bertolak ke Cameron Highlands kira-kira pukul 9.30 pagi (lewat sejam setengah dari jadual asal). biasalah janji melayu kan. 5 buah bas digunakan untuk membawa 211 orang peserta BIG ke Cameron Highlands. tak banyak aktiviti pun yang dibuat kat atas bas selain daripaa makan, tido, dan bersembang.

time bas tengah mendaki bukit, budak bertuah dua orang ni boleh pulak dok main chess.  hamekkau habis satu game dua-dua pening kepala.






time bas start mendaki bukit tu, kesejukan dah terasa. bila dah dekat nak sampai Tanah Rata, hujan rintik-rintik dah mula turun. sampai kat Sg. Pauh Camp Site, hujan turun makin lebat. tak kasi can langsung. terpaksalah kitorang mendirikan khemah dalam keadaan hujan. makin lama hujan turun makin lebat. makan nasi untuk lunch pun kat bawah hujan. camp site ni tak banyak tempat berbumbung untuk berteduh. sampaikan ade yang terpaksa makan kat bawah hujan. masa ni semua dah mengigil. sejuk beb. aktiviti khidmat masyarakat pada petang tu pun hanya dapat dijalankan sekejap sahaja sebab hujan yang mulanya nampak macam dah reda tiba-tiba turun dengan maha lebat. dan konpem-konpemlah sejuknya hingga ke tulang hitam.


uniform rasmi sepanjang berada di Cameron. pergi mana-mana pun wajib bawak ponco bersama kalau tak memang kuyup lah jawabnye.




balik ke camp site, tengok-tengok kat dalam khemah ada air sebab hujan turun non-stop. okayyy itu sangat tidak bagus kerana kain untuk keringkan air. maka terpaksalah mengorbankan kain batik untuk mengeringkan air yang bertakung kat alam khemah tu. sob sob sob. malam tu tidur kami ditemani dengan hujan yang mencurah-curah,lantai khemah yang basah, dan sejuk yang mencengkam. seriously sejuk. kalau duduk kat luar khemah, bukak mulut je keluar asap. terus mai feeling dok oversea. kehkehkeh over sangat. suhu pada malam hari adalah lebih kurang 8 darjah celcious. no wonder lah kitorang tidur sampai menggigil walaupun dah pakai sweater, selimut tebal dan stokin. 


as i said, Cameron hujan sepanjang hari. 




percaya atau tidak, aku dan budak-budak khemah bangun seawal 4.30 pagi sebab dah tak tahan dengan kesejukan. semua pakat berebut nak masuk toilet. menggigil tak payah cakap lah. sejuk beb. sudahnye semua orang tak mandi pagi tu. nak sentuh air untuk pun tak ingin. pagi ti, aku just gosok gigi dan cuci muka je. itupun lepas cuci muka otot-otot muka rasa tegang macam baru lepas cucuk botox. kalau aku mandi agaknye satu badan cramp nanti. haha




to be continued. tuan punye badan masih kepenatan dan mengantuk. babai!

Sunday, July 15, 2012

Edisi Makan-makan : Pizza Hut with Gulahati

assalamualaikum.

jangan pelik kerana aku update blog lagi. jangan pelik kerana aku update pasal makanan lagi. because all I did this few days was eating, munching and swallowing the food, \and lastly digesting the food. the final outcome, errr korang faham-faham sendirilah. jyeahhh cool liddat +_________________+

disebabkan Gulahati tersayang amatlah busy dari semalam sampai ke hari ini sampai tak sempat nak dinner and lunch dengan aku sob sob sob. hari ni pun tak jumpa eyeball to eyeball dengan dia sebab pagi-pagi lagi dia dah vroommmm ke IPIS dengan si botak Pie and petangnye pergi ambik kereta yg dihantar repair petang semalam. sob sob sob kesepian sebentar. disebabkan dia berasa bersalah sebab hari ni takleh nak temankan aku, atas permintaan aku kitorang pun pergi lah dinner dekat Pizza Hut Bangsar.

mula-mula, Gulahati cakap dia nak balik tengahari tu then baru pergi ambik kereta kat bengkel. so aku ingatkan sempatlah kitorang lunch sama-sama. entah ade problem ape kat IPIS tu, Gulahati tak sempat balik. yabg aku kat sini dok tunggu lah dia balik sebab dah janji na lunch sama-sama. He didn't tell me earlier kalau tak aku dah ikut girlfriends pergi Midvalley and lunch kat sana. aku just makan cereal buat alas perut sepanjang hari. so bayangkan betapa laparnye seorang perempuan bernama Nabila? kehkehkeh. sebab tu lah bila waitress dah hantar soup dengan garlic bread tadi, aku berjaya habiskan dalam masa 5 minit aje. lahap macam mana aku makan pun aku taktaw. Gulahati gelak aje tengok mangkuk soup aku dah licin. siap suruh habiskan soup dia lagi tu (cam perli aku je kan).



camwhoring while waiting for the pizza. notice our hungry face?




we ordered Chicken Cheesy Bites ( i'm not very sure about the name) sebab aku ni kan hantu cheese. muahahahaaha! time tengah tunggu pizza datang macam-macam aku buat. camwhoring la, nyanyi la, main dengan iklan yang ada atas meja tu sampai jatuh lepas tu menggelabah. Gulahati gelak je tengok aku buat perangai tak semenggah tu. dah lali agaknye engan perangai childish aku bile ade dengan dia hikhik!

cheesylicious!





kitorang orderregular pizza aje, tapi dapat large pizza with regular pizza price sebab regular pizza dah habis. with add on Seafood Lasagna, korang bayangkan kitorang nak kena habiskan semua tu. memang tak larat lah weiiii! aku hanya mampu makan dua slice (itupun nak tak nak je telan sebab dah kenyang). Gulahati pulak makan 4 slice + lasagna tu. lagi dua slice aku suruh bungkus and bawak balik untuk Faizah ngan Husna. rezeki korang lah sayang-sayangku ^_________^

alololololo choomellllll!


terima kasih Gulahati sebab bawakkan awek bulat awak ni membuncitkan perut dekat Pizza Hut tadi. kehkehkeh. sayang awak ketat-ketat!




okbai!









p/s : lupa! kasut sukan tak basuh lagi. Isnin ni dah nak gerak gi Cameron. 




Saturday, July 14, 2012

edisi makan sampai muntah di Seoul Garden bersama girlfriends!

assalamualaikum.

so yesterday we went to Seoul Garden. tujuannye ialah makan-makan sampai bloated. muehehehehh nasib baik ade Soul Garden dekat Plaza Kerinchi tu. kalau kalan kaki pun takdelah semput sangat.

ini tak sampai separuh meja pun. malu nak ambik gambar full table sebab food terlampau penuh.
aku, Syima, Husna, Hana and Mok Cik jalan berjalan kaki je ke Seoul Garden tu lepas habis kelas. kira ngam-ngam ah dengan lunch time tu. sampai-sampai kat Seoul Garden tu orang ramai gilak. nasib baik masih ada meja yang kosong. aku tak taw lah jin spesies mana yang merasuk kitorang semalam sampaikan meja penuh dengan raw materials untuk dibakar dan direbus. semua benda nampak sedap sebab masing-masing memang tak makan pape lagidari pagi. no wonder lah selera makan macam dinosaur.

TIPS PENTING : kalau berhajat untuk lunch / dinner di Seoul Garden, pastikan anda berada dalam keadaan lapar yang maksimum (dengan kata lain kosongkan perut). sebab terlampau banyak makanan menunggu untuk dikunyah dan dihadam. kehkehkeh. ohhh ais krim dekat sana pun syiokkkk jugak :P

i'm a big fan of daging bakar. so semalam memang aku angkut daging lah banyak-banyak. marinate beef diorang memang the best (sorry lah aku tak ingat nama sebab banyak sangat food kat sana). last time aku pergi sana dengan Gulahati during our second anniversary, aku tak sempat nak makan ais krim pun sebab perut dah terlampau penuh. semalam awal-awal lagi aku nak pergi korek ais krim kehkehkeh. perisa mint tu best jugak :P

TROLOLOLOL i look silly in this pic. noticed my tired face? ini semua pasal BIG lah. 

hilang sekejap stress pasal BIG lepas makan banyak-banyak. muehehehehe seriously bloated sampai nak jalan balik pun tak larat. masa berlari nak lintas jalan dekat depan maktab tu rasa macam nak muntah aje. itulah makan macam kena rasuk jin.



kitorang adalah orang terakhir yang meniggalkan Seoul Garden semalam. mula-mula datang orang penuh. tapi bila semua orang dah balik kitorang still kat situ. bahahahahah!

disebabkan terlampau banyak makan tengahari tu, aku tak dinner semalam sebab still kenyang. macam tak percaya aje kan? welll that is the truth. memang menghilangkan stress aku buehehehehe.

okbai. out to dinner with Gulahati ^_________________^








p/s : Isnin ini saya akan ke Cameron Highlands. weeewoooooooo


Wednesday, July 11, 2012

wordless wednesday : buku program lah pulakk

the program book that i've been working since last night. hahhhh ini last minute punye arahan. tak pasal-pasal aku jadi bidang terjun. adoyaiiii...





p/s : Cameron Highlands, here i comeeeee XD

Sunday, July 8, 2012

the unexpected surprise.

# ini adalah entri yang telah diperam selama seminggu #


assalamualaikum.

my 21st birthday seems to leave a lot of things to remember. well of course lah semuanya yang manis-manis sahaja. kalau yang pahit buat ape nak ingat kan? buat meroyan aje.

kejutan pertama bermula dengan Husna. alah aku dah ceritakan dekat entri ini. so rasenye tak perlu aku ulang lagi sekali kan? ada banyak kejutan yang berlaku on my 21st birthday. antaranya, tak disangka tahun ni dapat banyak birthday card. ade yang selit kat bawah bantal lah, selit kat bawah laptop lah. so sweet. dear friends (you know who you are), thank you so much. sweet sangat korang. excited tetiba dapat birthday card sebab last time aku dapat birthday card pun masa zaman sekolah dulu. my dear roomate, Ezureen and my dear ex-roomate, Tasya, thank you for the lovely cards. patutlah malam tu Ezureen takde kat bilik rupanye dok buat kad kat bilik Tasya. pandai ye korang.

tapi kejutan terhebat of course lah dari encik Gulahati tersayang. nak taw ape yang dia buat? kehkehkeh okayy sila skroll ke bawah lagi. kalau meluat dan taknak tahu sila ke penjuru atas sebelah kanan dan klik butang " X ". daripada ko sakit ati baca ape yang aku tulis dan buat dosa kering dok mengata kat aku, bek ko pegi main jauh-jauh. kannn??

pada hari kejadian, yakni 27 Jun, sebenarnye takde plan nak pegi celebrate my birthday pun. we just had a normal dinner as usual then tiba-tiba Gulahati ajak temankan dia keluar beli barang. then lepas dinner keluarla makhluk kekenyangan menapak lah dengan menaiki waja putih ke The Sphere. pegi situ laju je masuk Carrefour sebab pukul 10 malam Carefour dah nak tutup. laju je kitorang maauk and ambil barang-barang yang dikehendaki then bayar. fuuuhh sepbek sempat.

here comes the belated birthday girl with her vain look. ehemm saje je tayang muka sendiri yang dihiasi jerawat sebijik kat pipi.


lepas letak barang dekat seat belakang, Gulahati suruh aku masuk cepat-cepat. then dia keluarkan satu plastik sambil kalut tekan audio player kereta dia. sekali aku tengok cam pelik pun ade. kenape la pakwe aku ni kalut semacam. selepas beberapa ketika, kedengaran lagu "Happy Birthday" by The Click Five berkumandang di udara. Gulahati tengok aku sambil sengih-sengih. dia suruh aku dengar betul-betul dan fahami lirik lagu tu. i guess itu adalah wish dia yang dia tak dapat nak bagitahu directly dekat aku. aku taktaw nak respond cane, so aku just sengih-sengih macam kerang busuk ajelah. kehkeh.

disebabkan whipping cream dia dah cair so digantikan dengan sugar doll tu. ummkayy kiut miut aje~
entah dari mana datangnya, Gulahati keluarkan kek dalam pic atas ni sambil nyanyi lagu Happy Birthday tu. sedaya upaya aku try untuk senyum tapi entah cemana tiba-tiba rasa air mata mengalir. cis cis cis. takleh nak cover langsung keterharuan tu. yang si Gulahati pulak terkejut tengok aku nangis. katenye dia tak expect pun aku nak terharu sampai camtu sekali. eh eh awek awak ni hati tisu tahu tak :P

sekeras mana pun hati perempuan aku ni, bohong la kalau aku kata aku tak terharu dengan surprise yang sebegitu rupa. kena prank dengan besties pun tak rasa terharu macam ni sob sob sob. walaupun surprise tu takdelah sempurna sangat (sebab dia dok kalut cari lagu dan aku dah boleh agak ape fia nak buat kehkehkeh) but still it means a lot to me. masa tu macam-macam perasaan datang. rasa macam dalam hati ada taman bunga bertingkat. rasa suka, gembira, bahagia dan terharu semua datang serentak. tak sangka, on my 21st birthday aku dapat surprise yang sangat special dari insan tersayang.

heart you!


my darling Gulahati, thank you so much for the surprise. seriously Ayang takleh lupakan the monent you sang the song for me. so kesalahan lambat wish birthday tu dah dimaafkan lah ye? hikhikhiks! thank you so much for your effort sayang! and thank you jugak for the precious birthday present. buat susah-susah aje. ^_____^







psst.. psst... surprise tak habis lagi. ade lagi satu surprise yang tak diceritakan. nak tau?

teka ape kat dalam paperbag Nose tu. yang dalam plastik  Tropicana tu bukan sebahagian daripada surprise ye. kalau ade yang boleh teka dengan tepat ape dalam paperbag tu nanti aku reveal the real gift muehehehe.



surprise dah habis. kbai!

Wednesday, June 27, 2012

the freedom key

assalamualaikum. 

i'm officially turn to 21 today. amaigadddd what a huge number. eleh 21 je pun kecah je lebih kan. 21 dah beb. means dah dapat kunci kebebasan secara total. wallah lepas ni boleh pergi clubbing. ehh nak kena lempang ke ape?

21 years ago, aku hanyalah seorang budak perempuan tapi perangai mengalahkan budak lelaki (mak tok aku cakaplah). feveret games zaman kanak-kanak ialah panjat pokok jambu dekat belakang rumah. itu zaman kanak-kanak. sekarang ni kalau korang suruh aku panjat pokok agaknye pokok tu yang tumbang nanti. haihhh. zaman kecik-kecik dulu mak aku risau takut perangai lasak aku tu kekal sampai dewasa. jenuh dia paksa aku simpan rambut panjang sebab taknak bagi terikut dengan perangai tomboy. sedih kan, kecik-kecik dah ada krisis identiti. tsk tsk tsk!

tu zaman kanak-kanak. normallah kalau perangai lasak sebab tengah membesar kan? (ecehh alasan sentiasa ada). alhamdulillah berkat doa mak sifat keperempuanan aku makin terserlah selepas akil baligh. mungkin dah matured sikit kot masa tu. kehkeh. dah start nak melawa-lawa. pakai tudung kena matching dengan baju. kalau tak zaman kanak-kanak seluar pendek dengan t-shirt la jadi uniform rasmi. gaun ala-ala girly tu setahun sekali baru pakai. abah beli mahal-mahal tapi last-last jadi pekasam kat dalam almari. bila dah besar tak muat nak pakai, mak terpaksa sedekahkan baju-baju tu dekat orang lain sebab takde adik perempuan nak pakai baju tu balik.

ini gambar masa umur 15 tahun. motif letak gambar zaman muda-muda  kan. saje  je. aku kan feeling muda forever. ecehhh vain sangat

thank you to Husna sebab buat surprise dekat DKC tadi. siap ade mercun bagai. aku pun taktaw bila dia prepare semua tu. touching jugak dengan ang tapi takmau tunjuk keterharuan tu kat depan orang ramai. haha poyo tak poyo tak? thank you for the delicious strawberry marshmallow cake. sangat yummeh sampai cepat sangat habis. tak sempat snap pic pun. haha! and Gulahati, aku taktaw lagi surprise ape yang dia nak buat. still waiting sebab semalam dia just wish aje. wallah berdebor jantung mak.

dear myself,
happy birthday to me (although this might sound pathetic tapi aku peduli ape aku nak wish jugak). be smarter, be more patient, be more rationale and more responsible. paling penting, biar la oranng buat taik kat kita tapi kita jangan balas balik apa yang dia buat tu. biar Tuhan je yang balas. not to forget, be prettier and slimmer (ini penting!). ecehhh~and dear friends, thank you for all the wishes. i appreciate it so much!
my schoolmate once told me, biar tua pada nombor, janji jiwa maintain muda. jyeahh 100% aku setuju!

Sunday, June 24, 2012

semester baru dan demam

assalamualaikum.

aku dah masuk semester 4. should i shout "hooorayyyyy" loudly or just remain as gadis pemalu yang hanya tahu senyum tersipu-sipu tak reti nak angkat dagu? LOL sem 4 je pun. bukannye sem 8 a.k.a final sem a.k.a dah nak graduate. hoiiii berape banyak a.k.a daaa...

timetable semester baru ni ya-Allah pack gila hoiiii. boleh dikatakan tiap-tiap hari full. hari Selasa aku ada kelas sampai pukul 4.30 petang (nangis!!). pengsanlah jawabnye. hari jumaat la satu-satunye hari yang aku boleh rileks sebab ade satu kelas aje. fuhhhh pengsan pengsan pengsan!

baru seminggu semester 4 bermula, aku dah demam. aku syak sebab berjangkit dengan Gulahati. balik KL haritu dia dah start nak demam. siap batuk-batuk and susah nak bernafas lagi. lepas tu pass kan virus-virus degil tu dekat aku pulak. tak patut tak patut. aku kalau dah demam full package aku amek. batuk, sakit tekak, sakit kepala, badan panas semua ada. first day demam seharian aku baring dalam selimut je. sampai rumet pun naik heran. selalunya 80% masa aku dihabiskan dekat meja study, depan laptop layan video Big Bang atau SNSD sambil goyang-goyangkan kerusi atau crafting. ini tiba-tiba sopan je baring kat katil sambil peluk Oppa si comel tu. sah-sah la aku demam. last-last aku dengan Gulahati dua-dua demam sekarang ni. olololo sweet demam pun nak sekali. huhh?

sekarang jangkitan virus degil tu dah diperluaskan kepada rumet. dia pun dah start bersin-bersin and batuk-batuk. kehkehkeh sori rumet. nanti sama-sama kita sumbat tisu dalam hidung takmau bagi hingus keluar okay? LOL merapu =='. bila dah demam ni kulit muka aku terasa kering. kenape entah. mungkin sebab badan panas kot. bibir pun sama. so bila mak call haritu, banyaklah tips yang dia bagi. antaranya, mak suruh aku makan ubat ( sebab anak dara dia ni paling liat time kena makan ubat), minum air masak banyak-banyak and mandi selalu untuk sejukkan badan. nasib baik aku demam time weekend. takdelah letih sangat sebab tak kena pergi kelas. kalau tak mahu pengsan!

so to uolss, jaga kesihatan okay. banyakkan minum air masak (ini penting) sebab cuaca sekarang ni tak menentu. nak nak dekat KL ni. pagi-pagi kemain la panas terik tapi bila dah masuk tengahari redup. petang sikit hujan. hah ape lagi tido la kan? kehkehkeh aku la yang buat macam tu =='.

till we meet again. Gulahati dah rojer ajak pegi lunch. tata titi tutu~


Saturday, June 16, 2012

dua tahun setengah lagi. go go go!

assalamualaikum.

ye, memang lama aku abaikan blog ni. memang aku dilanda sindrom malas nak update blog. sampaikan si Shu boleh sound aku dekat chatbox. hah dah kantoi hang selalu dok stalk aku Shu! MUEHEHEHEHE~

kejap je masa berlalu. dah dua tahun setengah aku dekat IPBA. dah dua tahun belajar untuk menjadi seorang guru. belajar dan belajar, hari-hari menghadap buku. tipulah kalau aku kate aku tak jemu. pernah sampai satu tahap aku rasa macam nak bakar je semua buku-buku yang aku ada. dah tak larat nak tengok. tak larat nak tengok ye, bukan tak larat nak baca. kahkahkah!

kadang-kadang aku rasa give-up. dah malas nak belajar. malas nak tengok buku. malas nak buat assignment, malas nak pergi BIG, malas nak turun latihan kawad kaki. semuanya malas. bila semua penyakit malas ni datang, mesti aku cal mak nak mengadu. makk watlek je bila aku cakap aku rasa macam nak berenti belajar. selamba dia cakap " sekarang orang yang ada ijazah berlambak je menganggur kau tahu? inikan pulak ko yang ada sijil SPM. kerja ape sangatlah yang boleh dapat". okay mak, teknik reverse psychology anda sangat berkesan. terus insaf dan kembali ke alam nyata. sentap aku nyata!

dua tahun setengah je lagi. sabarlah Nabila.sabar sabar sabar! enjoy your life as a student. lepas tu baru fikir pasal kerja.

oh hati, bertabahlah.



p/s : counting the days untuk pergi daftar mengundi. kehkehkeh!

Thursday, May 24, 2012

the smell of holidays

finally the exam season has come to the end..bye bye sem 3, hai hai sem 4sem 4 please, be nice to me *wink wink*. ehhh mengarut ape kau sampai lupa nak bagi salam. assalamualaikum uolsssss. 

sekarang masanye untuk pack luggage dan barang dan buku dan teddy bear. buang segala barang yang dirasakan tak perlu (atau sebenarnya tak muat nak masukkan dalam kotak sebab tak cukup kotak). well well well biasalah aklau dah namanye perempuan. nasib aku dah bawak balik baju sikit haritu kehkehkeh.

tak sabar nak balik terengganu. tak sabar nak bergosipan dengan mak sebelum tido. attend kenduri kawen orang (acara wajib setiap kali balik cuti), makan sampai seluar makin mengecil (kononnya) dan banyak lagi. 


tak sabar.. tak sabar......

Tuesday, May 8, 2012

Talking about "Punctuality"

assalamualaikum.

lama tak semakkan dashboard bukan bermakna blog sakai aku ni dah dibakul sampahkan. cuma tuan punya blog sedikit malas serta takde ruang dan kesempatan untuk merajinkan diri untuk tekan-tekan keyboard lappy ni ha. tak tahu lah busy buat ape sampai tak sempat nak mengupdate blog tu kannn.

ok berhenti membebel. mak mintak maaf noks dengan intro yang entah hape-hape tu. hari ni aku nak dakap pasal "Punctuality". amboi cakap omputih ye ko Bella. bagi sesiapa yang malas nak belek dictionary tu, "punctuality" bermaksud ketepatan masa. tak faham lagi? okay meh aku bagi satu senario. Encik A berjanji dengan Cik B untuk berjumpa pada pukul 5 petang di taman. dan tepat pukul 5 petang, kedua-dua Encik A dan Cik B menghadirkan diri ke taman itu. inilah yang kita panggil menepati masa. datang on time dan tidak lewat walau sesaat pun. ngerti nggak dong?

bagi diri aku, aku sangat mementingkan punctuality. aku tak suka dengan orang yang tak reti nak punctual ni. for me, orang yang tak punctual ni takde disiplin dan tak bertanggungjawab. iyelah cuba korang bayangkan, kalau benda yang paling senang as be punctual pun korang tak boleh buat, macam mana korang nak berpegang pada janji pulak? dan tahu tak bila orang-orang yang tak menepati masa ni sebenarnya menyusahkan oran lain. sebagai contoh, korang dah janji dengan group members yang lain untuk buat group discussion pada pukul 9 malam. tapi because of this particular person ni yang datang lambat, discussion tu tak boleh dimulakan memandangkan ahli kumpulan tak cukup lagi. ko tak kesian ke dekat orang yang datang awal tu? tercangak kena tunggu korang mai baru boleh start buat kerja. kalau setakat lambat lima minit okay lah lagi tapi kalau sampai setengah jam, itu melampau tahap gaban dah tu. sounds familiar? sentap ke? maaf  aku hanya mmeberikan contoh sahaja di sini.

every minutes are precious you know. kalau dah tahu ade discussion pukul 9 malam, please lah bersiap awal sikit. jangan pukul sembilan baru nak terhegeh-hegeh tukar baju lah, baru nak pergi dinner lah. itu menyusahkan orang lain je nanti jawabnye. dibuatnye orang yang tengah menunggu kedatangan korang tu tengah rushing untuk buat something else pulak lepas discussion, tak masal je dia hambur korang sebab datang lambat. kalau kena marah pun padan muka lah kan. sapa suruh datang lambat. so moral of the story are silalah menepati masa dan jangan menyusahkan orang lain dengan sikat tak bertanggungjawab kita tu.
okbai.

Wednesday, April 25, 2012

wordless wednesday : sampai ke Kinokuniya ku cari tapi......

.....tengok-tengok jumpa kat IPBA aje. itupun sebab ade pameran buku dekat foyer IPBA.  buku 500 Activities for the Primary  Classrooms by Carol Read (kaler merah) tu memang aku nak sangat-sangat sebab banyak membantu  untuk buat lesson plan. yang Games for Children tu Gulahati yang beli. pun membantu jugak untuk buat enrichment and remedial activity dalam kelas, total damaged kitorang berdua semalam ialah RM 127. mahal memang mahal tapi demi ilmu aku sanggup aje ^__^