tabung kelas teacher bella

Thursday, December 22, 2011

tahniah adik manis Nabila Ayuni

assalamualaikum..

hari ni result PMR keluar kan? kahkahkah aku macam nak tergelak semalam sebab homepage Facebook aku dengan timeline twitter aku dipenuhi dengan status-status budak-budak yang tengah menunggu result PMR tu. semua dok nervous bagai. kesian korang ye. aku dulu pun nervous jugak tapi buat-buat kental. biasalah aku mana suka orang nampak weak side aku. kahkah!

aku takde adik yang ambil PMR tahun ni. adik bujang aku ambik PMR tahun depan. tapi the one and only adik Mr.Hubby ambik PMR hari ni. and semalam SMS kejap dengan dia, aku tanya dia nervous ke tidak. katanye, nervous biasa-biasa aje. kalau aku, nervous biasa-biasa tu maknanya benda baik akan jadi dekat aku. kalau aku gelabah gaban tahap dewa tu maknanya benda buruk akan jadi. selalu macam tu lah.

baidewayyy (by the way) dalam nervous-nervous tu result dia gilang gemilang jugak. tak gitu Yuni? haha comel aje suara Yuni masa call akak gitaw dapat 8A tadi. suara excited  dapat result cemerlang. mestilah sape tak excited dapat result yang cemerlang macam tu kan? 

ini adik manis saya, Nabila Ayuni. gambar curi dari facebook beliau. sori dik!
Yuni, tahniah dari akak di atas kejayaan Yuni dapat 8A dalam PMR. usaha Yuni selama ni membuahkan hasil bukan? walaupun Yuni pernah call akak tanya macam mana nak study Mathematic dan Science (ohh akak pun lemah Math dulu taw tak dik), tapi bila dah usaha dan usaha dan usaha insya-Allah berjaya kan? and you prove it. adik akak ni dah berjaya buat semua orang happy dengan result dia yang cemerlang tu.

sekarang aku tengah fikir, nak belikan Yuni ni hadiah ape ye? sape-sape ada cadangan?

okbai!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)