tabung kelas teacher bella

Friday, December 23, 2011

Main Masak-masak!

assalamualaikum.

wahh baru ada masa nak berehat selepas seharian dok menghadap kain baju sekolah je. sepatutnya aku update entry ni tengahari tadi, tapi sebab banyak sangat kerja sampai tak sempat nak menghadap laptop pun. takpelah, sekarang aku update ye :)

hari ini memandangkan Maksu perlu ke sekolah Tuah Iskandar dan Kak Nor pulak bekerja, maka aku perlu menyahut cabaran untuk memasak hidangan tengahari untuk hari ini. adoii masalah besar sebab aku bukan reti sangat memasak. setakat goreng telur tu lepaslah. kahkahkah buruk perangai anak dara.

semalam jenuh aku korek resipi untuk menu memasak hari ini dari Maksu. maklumlah budak yang selalu dok hostel macam aku ni memang skill memasaknye ke laut. sambil potong kain baju sekolah, Maksu pot pet pot pet bagitaw macam mana cara untuk memasak menu yang telah dirancang lebih awal. kihkih " Ala bukan susah mana pun, piece of cake jelah", kata Maksu. memanglah nampak senang. tapi chef amatur macam aku ni mesti rasa susah jugak.

pukul 11 aku masuk dapur, dalam sejam setengah lepas tu baru aku keluar dari dapur tu balik. selepas tung tang tung tang langgar periuk langgar kendi, campak garam, gula dan entah ape lagi aku pun lupa, akhirnye siaplah hidangan tengahari aku yang yummehhhhhh hingga menjilat jari.

menu hari ini : ikan keli goreng berlada, sayur bening bayam (letak blackpaper), ikan goreng untuk  Paksu (paksu tak makan ikan keli which is JENAYAH BESAR bagi aku) dan budu. budu tu kemestian bagi Paksu (maklumlah orang Kelantan kan). tiada dalam gambar ialah sup telur untuk Tuah Adlin.

kalau dekat rumah maksu ni, memang kitorang masak dalam kuantiti yang sedikit je. sebab anak-anak dia memang tak makan nasi. jarang sangatlah kalau makan nasi tu. diorang lebih suka makan mee @ makaroni @spagheti. feveret food diorang ialah mihun goreng kicap. Paksu pulak kalau hari bekerja dia jarang makan dekat rumah melainkan masa dinner. kalau dia nak balik makan lunch biasanya dia akan telefon dulu. tapi hari ni Paksu cuti. itu yang aku goreng ikan lain untuk dia. jadi korang jangan terkejut lah kenapa hidangan ni sikit aje. kalau ko masak banyak-banyak pun nanti kesudahannye tak habis jugak. membazir aje kan.

nasib dekat rumah Maksu ni takde dulang. kalau tak boleh aku serve the meals atas dulang macam  akak Cik Puan Bunga buat. baru ada aura perempuan Melayu terakhir gitu kan? kahkahkah tak sesuai langsung. Maksu was like "biar betik ko masak semua ni Long?". ehehhh see the leg la Maksu. kehkeh padahal kaki aku macam belangkas tadi terkejar sana sini. kejap kacau sayur bayamlah, kejap tengok ikan keli lah. dahlah masa goreng ikan keli tu minyak melepuh amboi bukan main. macam akak Cik Puan Bunga cakap, cari penutup periuk yang paling besar untuk dijadikan perisai. and yes, i did it! kalau tak habis lah aku kena minyak melepuh tu. turun harga hantaran kahwin aku nanti tahu.

rasa happy bila maksu cakap ikan keli tu rasa macam masakan mak (ibu Maksu). wahh suka aku nokss. selalu kalau aku masak ade je Maksu komplen. garam kurang la, minyak banyak sangat la. maklumlah amatur. kahkah. ini kan chef amatur yang masak, memanglah hidangannye tak seberapa. lagi pun aku takdelah rajin sangat nak memasak sampai penuh satu meja kan. lain lah Maksu. selagi takde 5 jenis lauk-pauk memang dia takkan keluar dari dapur. biasalah orang Jawa kan.

pape pun, aku bangga dengan diri sendiri sebab berjaya masak keli goreng berlada tanpa bantuan. korang nak kutuk ke keji ke aku tak peduli. yang penting aku bangga. muahahaha..okbai!

2 students asking questions:

Cik Puan Bunga said...

Wahhhhh! Dah boleh kawin dah ni! LULUS CEMERLANG ni! HEHEHEHEHE!

Seronok kan memasak? Rasa gemilang sungguh! ^___^

Bella Bellitos said...

@Cik Puan Bunga eh akak! haha. betul-betul memasak memang seronok! lagi-lagi bila tengok diorang makan bersungguh-sungguh. hikhik!

akak la sumber inspirasi saya masa masak tadi. haha! >___<

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)