tabung kelas teacher bella

Sunday, December 18, 2011

first time menjejakkan kaki ke Taman Rekreasi Air Putrajaya

assalamualaikum.

sedang aku (ecehh ayat novel) menyuapkan bubur ayam McD kepada budak bertuah 2 orang, Tuah Adlin dan Tuah Iskandar pagi tadi, sajalah aku borak-boran dengan Paksu. mulanya topik yang keluar entah ape-ape je. then after a long bla-bla-bla aku pun cakap dekat Paksu, " Paksu sebenarnye kan Along tak pernah lagi pergi Putrajaya Wetland". "ko tak pernah pergi lagi Long? pergi naik atas bersiap. kejap lagi kita pergi. boleh bawak budak dua orang ni jalan-jalan", Paksu cakap. and I was like, biar benar orang tua ni. tapi sebelum Paksu ubah fikiran sepantas arnab aku lari naik atas tukar baju dan bersiap ala kadar. seriously ala kadar sebab aku hanya pakai bedak Johnson Baby, eyeliner dan lipbalm sahaja.

kalau korang perasan eyeliner aku sedikit comot =='

out of sudden Paksu ubah fikiran. tiba-tiba dia ajak pergi Taman Rekreasi Air Putrajaya sebab dia kena melawat taman tu hari ni. Paksu bekerja di Perbadanan Putrajaya dan dia incharge bahagian taman-taman yang ada dekat Putrajaya ni. dari Putrajaya Wetland, Taman Botani, Taman Warisan mahupun Taman Rekreasi Air semuanya dia yang uruskan.

Tuah Adlin yang kepam. suruh mandi dia melalak. ajak jalan-jalan dia nak. sudahnye pergi jalan-jalan dengan buka kepam tu jugak.

ramai jugak orang dekat sana. rupanya banyak aktiviti yang boleh dibuat dekat sini. boleh berkayak, nak naik bot pedal pun boleh. nak memancing pun boleh jugak. camping pun boleh. tapi kitorang pilih untuk naik bot keliling pulau. Paksu cakap tak kuasa nak naik bot pedal tu nanti Iskandar terjun dalam tasik. betul jugak tuh. maka Paksu membuat keputusan untuk naik bot keliling tasik.

dan kami naik bot ini. terus imagine nanti nak datang lagi dengan Mr.Hubby. haihh berangan!

kemain ramai orang yang menunggu untuk naik bot ni. satu bot tu boleh muat 10 orang. tapi disebabkan aku datang dengan big bos so selamba jelah kami naik dulu.siap round tasik 2 kali pulak tuh. and of course free of charge. kehkehkeh! dan hanya kami berempat sahaja yang naik bot tu. berempat tu ialah aku, Paksu, Tuah Iskandar dan Tuah Adlin. Paksu cakap, Maksu pun tak pernah naik bot ni. kehkehkeh Maksu cepat balik nak show off ni!

Paksu dan driver bot. Paksu nih memang tak reti nak pakai selaur panjang

ramai yang mengambil kesempatan untuk bawak family jalan-jalan dekat taman ni. aku tengok ramai budak-budak yang berkayak. nasib baik cuaca hari ni mendung dan sangatlah sesuai untuk aktiviti luar macam ni. dan ada satu family ni tengah buat BBQ sempena birthday birthday anak diorang. ohh how sweet buat birthday celebration dekat tepi tasik. mak suka noks! kumpul ramai-ramai and buat BBQ lagi. haihh balik rumah nanti kena ajak hero aku 3 orang tu buat BBq dekat tepi sungai sebelah rumah lah tu.

yang bestnye Tuah Iskandar sangat behave sepanjang kitorang berada dekat atas bot tu. dia takde nak melonpat-lompat atau menari-nari riang. just duduk dan jalan pergi dekat papanya aje. maybe dia takut kot. tapi i like sebab aku pun boleh duduk berehat dan menikmati keindahan pulau-pulau yang ada dekat tengah tasik tu dengan aman. sambil tu tengok-tengok budak-budak yang berkayak dan juga orang-orang yang tengah memancing.
saya behave untuk 30 minit. yeay!
walaupun kami keluar sekejap aje, tapi bagi aku ia tetap seronok. yelahh seronok lah dari duduk terperap dekat rumah menghadap kain baju sekolah yang tak siap lagi tu kan. disebabkan Adlin dah macam mengantuk, Paksu decide untuk balik rumah. sampai-sampai rumah dia terus tidur (dengan tak mandi lagi tu).

maka berakhirlah pengembaraan aku ke Taman Rekreasi Air Putrajaya untuk hari ini. okbai!

6 students asking questions:

asyraf oppa said...

pergh..best x pg sne?

Bella Bellitos said...

@asyraf oppa best kalau mu g ngn kawan2 beramai-ramai. kayak syiokk woo

Elie Lily said...

woah! bestnyee! jeles! nak pergi jugak! hihi

konde said...

sudah senangnya :D

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Bella Bellitos said...

@Elie Lily pergi jgn tak perhi taw~

Bella Bellitos said...

@konde :)

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)