tabung kelas teacher bella

Thursday, December 29, 2011

boyfriend nombor 2 demam lah.

assalamualaikum.

hari ni dah masuk 2 hari boyfriend nombor 2 aku, Tuah Iskandar demam panas. diam aje dia hari ni tak berkutik langsung. tak melompat-lompat, menari atau menjerit seperti biasa. dah tak larat sangat lah tu agaknya. sebenarnya dari semalam lagi dia demam (jangkit dengan aku agaknya sebab semalam pun aku demam  jugak tapi alhamdulillah hari ni dah segar sikit). semalam pun dia dah terbaring je sebelah aku dengan selimut gambar Keroro dia. badannya pun panas semacam. bila Maksu masukkan ubat demam yang ikut punggung tu, barulah demamnye kebah kejap. itupun sekejap aje. dah habis kesan ubat tu badan dia panas balik.

sudahnye petang semalam Paksu dengan Maksu bawakkan si Tuah ni pergi klinik pakar. dia ni bukan boleh pergi klinik biasa-biasa. disebabkan penyakit autistik dia tu dia terpaksa diujuk ke klinik yang mempunyai doktor pakar dalam menguruskan hal-hal budak autistik nih. nasib baik ade satu klinik dekat Presint 9 tu yang ada doktor pakar untuk budak autistik. lepas balik dari klinik tu barulah dia macam cergas sikit. dah boleh berlari-lari keluar masuk rumah, dah melompat-lompat lari sebab takutkan kucing. kalau tidak dia hanya baring dan tidur ajelah.


pakaikan dia Kool Fever,  alih-alih dia pakaikan dekat sofa pulak comelll sangat Tuah Iskandar ni!


sedih tahu tengok dia terbaring je kat sofa tu. makan pun tak berselera sangat. kadang-kadang dia tarik aku suruh tepuk-tepuk dia sampai dia tertidur. macam tu lah hari-hari sejak dia demam ni. mungkin dia dah terbiasa aku tepuk-tepuk dia untuk tidurkan dia setiap malam. tengahari tadi, badannya panas balik. Maksu paksa dia mandi dekat dalam bath tub. mungkin malam ni Paksu dengan maksu bawak dia ke klinik lagi kot.

Tuah Iskandar, cepatlah sembuh tahu. nanti abang dah sembuh, Kak Long bawak abang ronda-ronda satu taman ye. kita cycling together-gether ok! okbai..

2 students asking questions:

CIK TOM said...

bagusnya akak mithali ni..smoga adik tuah iskandar cepat sembuh..jgn lp mkn ubt ye dik.

Bella Bellitos said...

@CIK TOM thaks akak. dah sembuh pun :)

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)