tabung kelas teacher bella

Saturday, December 31, 2011

twitter is over capacity

ohh sadis=='

memanglah ko tak sporting langsug di malam tahun baru ni. aku baru berazam ak semakkan timeline dengan kata-kata manisku. KAHKAHKAH. haihhh hilang mood. YM ngan Mr.Hubby lg bagus!

Thursday, December 29, 2011

boyfriend nombor 2 demam lah.

assalamualaikum.

hari ni dah masuk 2 hari boyfriend nombor 2 aku, Tuah Iskandar demam panas. diam aje dia hari ni tak berkutik langsung. tak melompat-lompat, menari atau menjerit seperti biasa. dah tak larat sangat lah tu agaknya. sebenarnya dari semalam lagi dia demam (jangkit dengan aku agaknya sebab semalam pun aku demam  jugak tapi alhamdulillah hari ni dah segar sikit). semalam pun dia dah terbaring je sebelah aku dengan selimut gambar Keroro dia. badannya pun panas semacam. bila Maksu masukkan ubat demam yang ikut punggung tu, barulah demamnye kebah kejap. itupun sekejap aje. dah habis kesan ubat tu badan dia panas balik.

sudahnye petang semalam Paksu dengan Maksu bawakkan si Tuah ni pergi klinik pakar. dia ni bukan boleh pergi klinik biasa-biasa. disebabkan penyakit autistik dia tu dia terpaksa diujuk ke klinik yang mempunyai doktor pakar dalam menguruskan hal-hal budak autistik nih. nasib baik ade satu klinik dekat Presint 9 tu yang ada doktor pakar untuk budak autistik. lepas balik dari klinik tu barulah dia macam cergas sikit. dah boleh berlari-lari keluar masuk rumah, dah melompat-lompat lari sebab takutkan kucing. kalau tidak dia hanya baring dan tidur ajelah.


pakaikan dia Kool Fever,  alih-alih dia pakaikan dekat sofa pulak comelll sangat Tuah Iskandar ni!


sedih tahu tengok dia terbaring je kat sofa tu. makan pun tak berselera sangat. kadang-kadang dia tarik aku suruh tepuk-tepuk dia sampai dia tertidur. macam tu lah hari-hari sejak dia demam ni. mungkin dia dah terbiasa aku tepuk-tepuk dia untuk tidurkan dia setiap malam. tengahari tadi, badannya panas balik. Maksu paksa dia mandi dekat dalam bath tub. mungkin malam ni Paksu dengan maksu bawak dia ke klinik lagi kot.

Tuah Iskandar, cepatlah sembuh tahu. nanti abang dah sembuh, Kak Long bawak abang ronda-ronda satu taman ye. kita cycling together-gether ok! okbai..

Wednesday, December 28, 2011

wordless wednesday : a new kitten in the house!

meoww~


versi tidur atas perut


readers sekalian. tolong suggest nama yang glamour-glamour sikit untuk anak kucing Maksu yang baru ni. kitorang tengah mencari nama yang seuai untuk anak kucing baka kucing Parsi nih :).. thanks taw!

Sunday, December 25, 2011

aku gilakan kain cotton bercorak paisley!

assalamualaikum.

aku tak tahulah aku ni kena sampuk dengan ape, dulu aku dok mengeji kain cotton yang kononnya nampak buruk pada penglihatan aku. tapi selepas aku terpandang sehelai kain cotton yang bercorak paisley dekat Nagoya masa temankan Maksu membeli kain untuk projek baju sekolahnya beberapa bulan lepas, hati aku dah mula terpaut dengan kain cotton yang bercorak paisley ni. kaler pink-ungu kalau tak silap aku. masa tu tangan ni dah gatal-gatal nak ambil kain tu untuk dibuat baju baru tapi memandangkan poket ku ketika itu tidak berapa tebal (maklumlah student kan), aku buat tak nampak je kain tu dulu.

dengan azam yang tinggi, aku menabung semata-mata untuk membeli kain cotton bercorak paisley tu. hah tengok sampai aku sanggup menabung untuk beli kain tu tahu! one day aku pergi balik Nagoya tu dengan Kak Nor. malangnya kain cotton bercorak paisley tu dah out of stock. alahai kecewanya hatiku. then pergi cari dekat Jakel jugak. pun out of stock. bergandalah kecewa aku. takpelah. takde rezeki kot.

masa aku temankan Maksu ke Nilai tadi pun ade jugak aku intai-intai kain cotton tu. ade memang ade tapi kualiti kainnye tak seberapa. Maksu nasihatkan aku tak payah beli. yelah kalau beli pun nanti rugi jugak sebab kualiti kainnye tak berapa elok kan. haihh bila lah boleh jumpa kain cotton bercorak paisley yang diidamkan ni. selalu takde jodoh je :(

bagi korang yang taktaw ape itu corak paisley, inilah corak paisley tu. (credit to Google)

semalam sambil ym dengan Mr.Hubby ade jugak aku usha dekat blogshop-blogshop untuk survey kot-kot lah ada kain cotton corak paisley ni. ade tu ada tapi warnanye aku tak berkenan pulak plus harganya mahal kemain. rabak lah poket nipis aku ni. banyak songeh kan? tapi kan tapi kan, Mr.Hubby cakap kat aku cani, " ala tengoklah blogshop tu lama-lama nanti mane taw kot-kot dia keluar kat sebelah". fine lah fine. perli-perli orang pulak. keji betul. 

okbai. Kak Nor dah ajak makan.

Friday, December 23, 2011

Main Masak-masak!

assalamualaikum.

wahh baru ada masa nak berehat selepas seharian dok menghadap kain baju sekolah je. sepatutnya aku update entry ni tengahari tadi, tapi sebab banyak sangat kerja sampai tak sempat nak menghadap laptop pun. takpelah, sekarang aku update ye :)

hari ini memandangkan Maksu perlu ke sekolah Tuah Iskandar dan Kak Nor pulak bekerja, maka aku perlu menyahut cabaran untuk memasak hidangan tengahari untuk hari ini. adoii masalah besar sebab aku bukan reti sangat memasak. setakat goreng telur tu lepaslah. kahkahkah buruk perangai anak dara.

semalam jenuh aku korek resipi untuk menu memasak hari ini dari Maksu. maklumlah budak yang selalu dok hostel macam aku ni memang skill memasaknye ke laut. sambil potong kain baju sekolah, Maksu pot pet pot pet bagitaw macam mana cara untuk memasak menu yang telah dirancang lebih awal. kihkih " Ala bukan susah mana pun, piece of cake jelah", kata Maksu. memanglah nampak senang. tapi chef amatur macam aku ni mesti rasa susah jugak.

pukul 11 aku masuk dapur, dalam sejam setengah lepas tu baru aku keluar dari dapur tu balik. selepas tung tang tung tang langgar periuk langgar kendi, campak garam, gula dan entah ape lagi aku pun lupa, akhirnye siaplah hidangan tengahari aku yang yummehhhhhh hingga menjilat jari.

menu hari ini : ikan keli goreng berlada, sayur bening bayam (letak blackpaper), ikan goreng untuk  Paksu (paksu tak makan ikan keli which is JENAYAH BESAR bagi aku) dan budu. budu tu kemestian bagi Paksu (maklumlah orang Kelantan kan). tiada dalam gambar ialah sup telur untuk Tuah Adlin.

kalau dekat rumah maksu ni, memang kitorang masak dalam kuantiti yang sedikit je. sebab anak-anak dia memang tak makan nasi. jarang sangatlah kalau makan nasi tu. diorang lebih suka makan mee @ makaroni @spagheti. feveret food diorang ialah mihun goreng kicap. Paksu pulak kalau hari bekerja dia jarang makan dekat rumah melainkan masa dinner. kalau dia nak balik makan lunch biasanya dia akan telefon dulu. tapi hari ni Paksu cuti. itu yang aku goreng ikan lain untuk dia. jadi korang jangan terkejut lah kenapa hidangan ni sikit aje. kalau ko masak banyak-banyak pun nanti kesudahannye tak habis jugak. membazir aje kan.

nasib dekat rumah Maksu ni takde dulang. kalau tak boleh aku serve the meals atas dulang macam  akak Cik Puan Bunga buat. baru ada aura perempuan Melayu terakhir gitu kan? kahkahkah tak sesuai langsung. Maksu was like "biar betik ko masak semua ni Long?". ehehhh see the leg la Maksu. kehkeh padahal kaki aku macam belangkas tadi terkejar sana sini. kejap kacau sayur bayamlah, kejap tengok ikan keli lah. dahlah masa goreng ikan keli tu minyak melepuh amboi bukan main. macam akak Cik Puan Bunga cakap, cari penutup periuk yang paling besar untuk dijadikan perisai. and yes, i did it! kalau tak habis lah aku kena minyak melepuh tu. turun harga hantaran kahwin aku nanti tahu.

rasa happy bila maksu cakap ikan keli tu rasa macam masakan mak (ibu Maksu). wahh suka aku nokss. selalu kalau aku masak ade je Maksu komplen. garam kurang la, minyak banyak sangat la. maklumlah amatur. kahkah. ini kan chef amatur yang masak, memanglah hidangannye tak seberapa. lagi pun aku takdelah rajin sangat nak memasak sampai penuh satu meja kan. lain lah Maksu. selagi takde 5 jenis lauk-pauk memang dia takkan keluar dari dapur. biasalah orang Jawa kan.

pape pun, aku bangga dengan diri sendiri sebab berjaya masak keli goreng berlada tanpa bantuan. korang nak kutuk ke keji ke aku tak peduli. yang penting aku bangga. muahahaha..okbai!

Thursday, December 22, 2011

kawan aku dah jadi tunangan orang. tahniah Mujahadah :))

assalamualaikum. jangan terkejut kalau aku TERrajin lebih mengupdate entry ari ni. aku hanya akan update kalau aku ade banyak benda nak cakap. dan hari ini memang aku ada banyak benda nak cakap. sebab tu lepas 5 minit aku update entry tahniah untuk adik tersayang terus aku update entry ini laju-laju.

hari ni, kawan aku yang cantik jelita dah sah jadi tunangan orang. konon kemain Muja nak sorok-sorok dari aku pasal pertunangan dia. seganlah katekan. tapi biasalah spy i kan merata alam memang petik jari je i dah taw. kahkahkah berlagak! anyway Muka aku nak mintak maaf dekat ang sebab tak dapat attend majlis pertunangan ang. jauh la sayang.. nanti ang kawen aku janji aku pi okay :)

sweet kan kawan aku? inilah Mujahadah kawan aku yang cun!
sebahagian dari hantaran. yang ni aku tak sure lah pulak pihak lelaki or pihak perempuan punya.

hantaran lagi. perasan tak bawang putih tu? rasanya it's not the real garlic kan..? Maksu cakap ini sebahagian dari adat.

sweet :)

Muja and her laki-to-be, Mat Zul. actually Mat Zul tu senior kitorang kat IPBA.

sebab aku suka tengok Muja pakai lawa-lawa dan solek pun lawa-lawa maka aku letak gambar dia banyak-banyak. bukan senang nak tengok Muja mekap lawa-lawa ni. ohh pelamin dia pon nice!


macam tak percaya kawan yang selalu dok sebelah aku time mass lecture, yang selalu mintak aku cubit-cubit dia bila mengantok dan yang selalu dok sembang dengan aku time mass lecture ni dah jadi tunangan orang. sweet gila ang mekap taw Muja. nampak nice aje. tak over pun. mudah-mudahan, jodohnya dengan Mat Zul dipanjangkan hingga ke jinjang pelamin. tak sabar nak tengok kawan aku ni bersanding pulak :)

well, sebenarnye dah ramai yang bertemu jodoh kat IPBA ni. sampaikan aku dah konfius IPBA ni teacher training institute ke tempat mencari jodoh. kahkah tak lawak. kalau dah jodoh nak buat macam mana kan?
tipulah kalau aku tak berharap yang jodoh aku dengan Mr.Hubby dipanjangkan. memang tipu tipu tiu lah kan. insya-Allah, suatu hari nanti, bila dah sampai masanya aku akan mengalami detik-detik manis macam Muja ni. ecehh berangan lah kau!

taksabar nak balik IPBA nak tengok cincin tunang Muja. alamak eksaited kemain mengupdate berita orang bertunang sampai tak sedar dah maghrib. lekas pergi mandi dan turun masak dinner dan sambung menjait baju dengan maksu. okbai!


p's : all pics credit to Shu. maaf ye Shu aku cilok sikit jaa...

tahniah adik manis Nabila Ayuni

assalamualaikum..

hari ni result PMR keluar kan? kahkahkah aku macam nak tergelak semalam sebab homepage Facebook aku dengan timeline twitter aku dipenuhi dengan status-status budak-budak yang tengah menunggu result PMR tu. semua dok nervous bagai. kesian korang ye. aku dulu pun nervous jugak tapi buat-buat kental. biasalah aku mana suka orang nampak weak side aku. kahkah!

aku takde adik yang ambil PMR tahun ni. adik bujang aku ambik PMR tahun depan. tapi the one and only adik Mr.Hubby ambik PMR hari ni. and semalam SMS kejap dengan dia, aku tanya dia nervous ke tidak. katanye, nervous biasa-biasa aje. kalau aku, nervous biasa-biasa tu maknanya benda baik akan jadi dekat aku. kalau aku gelabah gaban tahap dewa tu maknanya benda buruk akan jadi. selalu macam tu lah.

baidewayyy (by the way) dalam nervous-nervous tu result dia gilang gemilang jugak. tak gitu Yuni? haha comel aje suara Yuni masa call akak gitaw dapat 8A tadi. suara excited  dapat result cemerlang. mestilah sape tak excited dapat result yang cemerlang macam tu kan? 

ini adik manis saya, Nabila Ayuni. gambar curi dari facebook beliau. sori dik!
Yuni, tahniah dari akak di atas kejayaan Yuni dapat 8A dalam PMR. usaha Yuni selama ni membuahkan hasil bukan? walaupun Yuni pernah call akak tanya macam mana nak study Mathematic dan Science (ohh akak pun lemah Math dulu taw tak dik), tapi bila dah usaha dan usaha dan usaha insya-Allah berjaya kan? and you prove it. adik akak ni dah berjaya buat semua orang happy dengan result dia yang cemerlang tu.

sekarang aku tengah fikir, nak belikan Yuni ni hadiah ape ye? sape-sape ada cadangan?

okbai!

Wednesday, December 21, 2011

wordless wednesday : nevesnye i!

esok keluar result PMR. nervousnye *dang*.. good luck untuk semua calon PMR yang bakal ambil result esok!

Sunday, December 18, 2011

first time menjejakkan kaki ke Taman Rekreasi Air Putrajaya

assalamualaikum.

sedang aku (ecehh ayat novel) menyuapkan bubur ayam McD kepada budak bertuah 2 orang, Tuah Adlin dan Tuah Iskandar pagi tadi, sajalah aku borak-boran dengan Paksu. mulanya topik yang keluar entah ape-ape je. then after a long bla-bla-bla aku pun cakap dekat Paksu, " Paksu sebenarnye kan Along tak pernah lagi pergi Putrajaya Wetland". "ko tak pernah pergi lagi Long? pergi naik atas bersiap. kejap lagi kita pergi. boleh bawak budak dua orang ni jalan-jalan", Paksu cakap. and I was like, biar benar orang tua ni. tapi sebelum Paksu ubah fikiran sepantas arnab aku lari naik atas tukar baju dan bersiap ala kadar. seriously ala kadar sebab aku hanya pakai bedak Johnson Baby, eyeliner dan lipbalm sahaja.

kalau korang perasan eyeliner aku sedikit comot =='

out of sudden Paksu ubah fikiran. tiba-tiba dia ajak pergi Taman Rekreasi Air Putrajaya sebab dia kena melawat taman tu hari ni. Paksu bekerja di Perbadanan Putrajaya dan dia incharge bahagian taman-taman yang ada dekat Putrajaya ni. dari Putrajaya Wetland, Taman Botani, Taman Warisan mahupun Taman Rekreasi Air semuanya dia yang uruskan.

Tuah Adlin yang kepam. suruh mandi dia melalak. ajak jalan-jalan dia nak. sudahnye pergi jalan-jalan dengan buka kepam tu jugak.

ramai jugak orang dekat sana. rupanya banyak aktiviti yang boleh dibuat dekat sini. boleh berkayak, nak naik bot pedal pun boleh. nak memancing pun boleh jugak. camping pun boleh. tapi kitorang pilih untuk naik bot keliling pulau. Paksu cakap tak kuasa nak naik bot pedal tu nanti Iskandar terjun dalam tasik. betul jugak tuh. maka Paksu membuat keputusan untuk naik bot keliling tasik.

dan kami naik bot ini. terus imagine nanti nak datang lagi dengan Mr.Hubby. haihh berangan!

kemain ramai orang yang menunggu untuk naik bot ni. satu bot tu boleh muat 10 orang. tapi disebabkan aku datang dengan big bos so selamba jelah kami naik dulu.siap round tasik 2 kali pulak tuh. and of course free of charge. kehkehkeh! dan hanya kami berempat sahaja yang naik bot tu. berempat tu ialah aku, Paksu, Tuah Iskandar dan Tuah Adlin. Paksu cakap, Maksu pun tak pernah naik bot ni. kehkehkeh Maksu cepat balik nak show off ni!

Paksu dan driver bot. Paksu nih memang tak reti nak pakai selaur panjang

ramai yang mengambil kesempatan untuk bawak family jalan-jalan dekat taman ni. aku tengok ramai budak-budak yang berkayak. nasib baik cuaca hari ni mendung dan sangatlah sesuai untuk aktiviti luar macam ni. dan ada satu family ni tengah buat BBQ sempena birthday birthday anak diorang. ohh how sweet buat birthday celebration dekat tepi tasik. mak suka noks! kumpul ramai-ramai and buat BBQ lagi. haihh balik rumah nanti kena ajak hero aku 3 orang tu buat BBq dekat tepi sungai sebelah rumah lah tu.

yang bestnye Tuah Iskandar sangat behave sepanjang kitorang berada dekat atas bot tu. dia takde nak melonpat-lompat atau menari-nari riang. just duduk dan jalan pergi dekat papanya aje. maybe dia takut kot. tapi i like sebab aku pun boleh duduk berehat dan menikmati keindahan pulau-pulau yang ada dekat tengah tasik tu dengan aman. sambil tu tengok-tengok budak-budak yang berkayak dan juga orang-orang yang tengah memancing.
saya behave untuk 30 minit. yeay!
walaupun kami keluar sekejap aje, tapi bagi aku ia tetap seronok. yelahh seronok lah dari duduk terperap dekat rumah menghadap kain baju sekolah yang tak siap lagi tu kan. disebabkan Adlin dah macam mengantuk, Paksu decide untuk balik rumah. sampai-sampai rumah dia terus tidur (dengan tak mandi lagi tu).

maka berakhirlah pengembaraan aku ke Taman Rekreasi Air Putrajaya untuk hari ini. okbai!

again, i miss you :(

Mr.Hubby and his partner in crime, Pie


dear Hubby,


No one can replace you in my heart ,
Please be mine , forever.
I'll be right there for you till the end
All our hopes and dreams will comes true
I can't stop my heart from loving you
Please stay by my side :)



p/s :do you know how much i miss you? do take care at Malacca. jangan noty-noty ye sayang. ILYSM!

Friday, December 16, 2011

selamat mendarat di Putrajaya!

assalamualaiakum.

mak aihh lama kan aku tak update panjang-panjang. bukan sebab aku busy tape internet dekat kampung tu sopan sangatlah sampai mood nak update melayang entah kemana. salahkan Celcom okay jangan salahkan aku. ahh lantaklahh janji seminggu sekali au still update jugak. bukannye aku nak abandoned terus blog comel aku nih. hikhiks!

dan baidewayy (by the way), aku dah selamat mendarat di Presint 11, Putrajaya pada pukul 5.30 pagi tadi. mulanya mengantuk jugak sebab kat dalam bas semalam tak dapat tidur sangat. terlebih asam punye driver pergi pasang lagu rock 90-an kuat kemain. tapi yang ohsemnye bila dalam bas tu hanya ada 10 orang passenger. daripada seat single aku pergi duduk dekat seat double. kehkehkeh seronok berguling sambil peluk teddy bear.

mulanya macam nak sambung tidur tapi lepas seronok sembang dengan maksu tengok-tengok jam dah pukul 6.30. alang-alang terus buat sarapan dan jemur kain dak sapu sampah. huahuahua efisyen ta efisyen tak? ni lah calon menantu kesayangan mentua. *puihhhh perasan*. lepas bla bla bla and tung tang dekat dapur dengan maksu sekarang baru aku naik bilik.

mata dah makin memberat nih. tidur dululah baru mandi.. boleh tak?

5.30 pagi di Putrajaya Sentral..lengang gila wa cakap lu. i was waiting for Maksu to come and pick me up for about 15 minutes alone! ketar lutut aku tahu..



ok, baiiiii!

Wednesday, December 14, 2011

wordless wednesday : crafting is fun!

whenever i'm bored or sad or dunno what to do, crafting can make me feel happy. for me, crafting is a therapy ..

Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday #21 : blogspot merajuk kahh?

merajuk ke aku jarang-jarang update? sejak semalam lagi cenggini T__T

Sunday, December 4, 2011

the unseen poem of mine

And now,
I realize that,
There is always one empty space in my heart,
That will only filled by………..


just now, the empty feeling and happy feeling fights,
And this time,
the empty feeling win.....