tabung kelas teacher bella

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha untuk semua.

assalamualaikum.
sebelum hati yang suka menjadi hiba, sebelum aku bergundah gulana, baik aku sampaikan ucapan aku sekarang. cehh konon-konon sekarang happy lagilah padahal dalam hati dah sebak-sebak. tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambut raya haji di perantauan. acehh, KL ni perantauan jugak lah sebab kampung aku dekat Terengganu. tahun lepas dah tak balik sebab ape entah lupa dah. tahun ni pulak sebab exam. lagipun minggu lepas masa deepavali aku dah balik rumah. takpelah kot kalau tak balik raya haji ni. cheitt cakap macam tabah bebeno padahal air mata dah bergenang. isk isk sroot sroot..

to mak dan abah, maaf sebab tahun ni along tal dapat balik raya haji dengan family. nanti dah habis exam along balik kampung cepat-cepat ye. adik-adik kaklong yang tersayang, Amir, Adib dan Anas, jangan nakal-nakal. jangan gaduh-haduh dalam kereta nanti sebab berebut nak duduk tepi tingkap. korang kan dah besar. adik Anas, jangan sedih-sedih ye kaklong takde ni. kalau abang Amir buli adik, call kaklong cepat-cepat. Amir ngan Adib, jaga mak dengan abah elok-elok. tolong diorang mana yang patut ok? and to makcik Ani dan family, maaf ye along tak boleh nak join kemeriahan korang buat kenduri raya ni..

eh ada air hujan jatuh *ayat cover*. untuk semua kawan-kawan yang ada kat IPBA nih, selamat hari raya aidiladha untuk korang. pagi esok masak rendang jum!

ikhlas dariku di perantaun. eceh!
korang, classmate aku masa dekat SESTER dulu, Bushirie baru sahaja pulang ke rahmatullah semalam kerana komplikasi buah pinggang. arwah ni dah lama sakit, sejak zaman sekolah lagi. masa trial SPM dulu pun dia ambik exam dekat hospital. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang beriman. al-Fatihah..

2 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)