tabung kelas teacher bella

Wednesday, November 23, 2011

perjalanan balik ke Kelantan yang........mencabar kot

assalamualaikum..

alhamdulillah aku dan Paksu anak beranak selamat tiba di Bachok, Kelantan semalam (lagi tepat pukul 8 malam). perjalanan pulang ke Kelantan bersama keluarga Paksu sesungguhnya tidaklah ohsem mana. biasalah kalau dah duduk dalam kereta lama-lama bersama budak-budak, diorang cepat bosan kalau tak boleh nak membuas melompat sana sini.tambahan pulak bila ada budak autism macam Iskandar tu. kerjanya nak membuas aje. tak boleh membuas tarik rambut adik pun jadi. bila kena marah sebab buat adiknya menangis dia cakar-cakar orang pulak. mangsa cakarannya sudah tentu aku sebab aku duduk dekat belakang dengan dia. sampai berdarah jari aku kena cakar. sabar jelah. macam Maksu cakap, "dengan budak macam ni kena banyak sabar. dia bukan reti ape-ape pun". takpelah abang (kami panggil Iskandar tu abang), kaklong tak ambil hati pun.

nak buatkan Iskandar diam dalam kereta bukannya senang. 1 jam pertama dia boleh behave lagi. masuk jam yang kedua dia dah mula panas bontot. agaknya dah start bosan la tu. mulalah merakas sana sini. tarik tudung aku lah, cubit-cubit aku lah. lepas tu diam sekejap lepas dapat jajan. dah habis jajan dia main dengan toys Adlin (adiknya). bila dah bosan main denga toys, main pulak tab. satu benda yang aku perasan pasal Iskandar ni. dia suka bukak Youtube dan tengok video-video lagu  ABC, 123, takpun video pasal shape. alhamdulillah sekarang dia dah kenal dan boleh sebut huruf A sampai Z dan membilang nombor 1 sampai 10. doakan dia dapat bercakap suatu hari nanti. amin :)

inilah Iskandar. bila dia dah bosan macam ni lah jadinya.



satu-satunya benda yang boleh buat dia duduk dengan diam dan patuh ialah Iphone papanya. dekat dalam tu ada segala mak nenek games. Iskandar kalau dapat Iphone papanya memang akan duduk diam-diam dan main games tanpa perlu orang ajar. masa ni lah aku boleh tidur kejap. tapi bila adiknya merengek nak main game jugak, kadang-kadang dia bagi dengan patuh, tapi kadang-kadang rebel jugak. sebelah tangan hulur Iphone sebelah tangan lagi tarik rambut adiknya. hadoii kuss semangat aku.


dapat Iphona papa terus behave


Adlin cakap : nak ain gem papa (nak main gem papa)

last-last main Angry Bird dekat tab je




sampai di Kelantan, hujan turun maha lebat. ya-Allah memang banjir lah kalau macam ni. masa kitorang singgah dekat rumah Pakngah nak ambil nenek oun hujan turun lebat gila. jalan yang dekat Tok Bali tu pun dah naik air sikit. memang dah nampak tanda-tanda nak banjir. yang bestnye, sampai-sampai dekat rumah nenek satu kampung blackout. huahuahua tido dalam kegelapan la malam tu. percaya tak, pukul 9 malam tu kami semua dah lena tidur. mungkin sebab kepenatan kot. hampir 12 jam duduk dalam kereta sape tak penat weh. naik kematu bontot ni haa.

nasib baik dekat kampung ni sejuk. blackout pun takpe sebab boleh tidur dengan aman. sedar-sedar bangun pagi esok dah pukul 8 pagi. ni yang syok duduk dekat kampung. sejuk sangat tak payah pasang aircond pun! jimat bil eletrik u'olls~

okbai!

2 students asking questions:

Abg Stalker said...

gile aarr..bdk2 skrg ni nk main canggih2 je.dpt tab,iphone,terus senyap.gulp~

Bella Bellitos said...

@Abg Stalker budak-budak zaman millenium kan. biasalah

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)