tabung kelas teacher bella

Sunday, November 20, 2011

kau ade ke takde sama je. baik takde daripada ada.

assalamualaikum.

hari kedua di rumah Paksu memang mencabar. memandangkan Paksu kerja dan Maksu pulak ade kursus hari ni, so aku lah yang kena "babysit" kan Alyssa, Tuah Iskandar dengan Tuah Adlin tu. plus buat house chores dan masak untuk lunch. dalam hati aku berkata " ohh, ok kot sebab bukan aku sorang je. ade lagi sorang cousin aku yang balik rumah maksu minggu ni". Cousin aku yang lagi sorang tu dah kerja dekat area sini-sini jugak lah. kadang-kadang weekend dia selalu balik rumah Paksu dengan Maksu nih.

yang membuatkan aku kesal dan bengang ( lebih kepada bengang lah), hari ni dia langsung tak jejal kaki ke tingkat bawah (rumah Paksu ni dua tingkat. bilik kitorang dekat tingkat atas). bangun-bangun pagi tadi aku terus pergi jemur kain dan sapu rumah. lepas tu baru naik mandi dan turun balik sebab nak masak lunch, basuh baju dan jemur baju yg second round punya. sambil-sambil tu kena watchout Tuah Iskandar takut tiba-tiba dia pergi main jauh-jauh. nanti tak pasal-pasal hilang lagi. Tuah Adlin pulak kejap-kejap nangis kejap-kejap mintak layan dia main game. yang si Alyssa pulak kerjenye asyik nak berebut tab dengan Adlin aje.

si cousin aku tu lah yang best. aku duk tung tang tung ttang masak dekat dapur dia senyap je menghadap tv dekat atas. aku dok terjerot-jerit marahkan Iskandar tadi dia rilek je layan Facebook macam takde ape yang jadi. korang bayangkanlah masa aku tengah goreng telur dadar untuk Iskandar tadi tiba-tiba aku matikan api sebab Adlin datang cakap dia lapar. terus suapkan Adlin makan makaroni yang maksu masak dan ajak Iskandar makan sekali. huhh boleh tahan stress hari ni. lepas tu jemur baju yang second round punya, dan lipat baju yang baru kering. penatt wehh penatt. dah siap masak sume aku makan je sorang-sorang. dah malas nak naik jemput sape-sape turun makan.

nasib baik hari ni maksu balik awal. pukul 3 tu dah balik. sempat jugak tolong maksu masak apam gula hangus tadi. maksu siap tanya aku lagi, "mana sedara awak yang lagi sorang tu?". aku jawab cani je, " tak jejak bawah pagi maksu. tak mencemar duli lagi hari ni". Maksu gelak je. baru aku tahu macam mana perasaan Maksu setiap kali dia balik rumah ni.

aku bukannye nak mengaibkan dia. masalahnya kalau dah tahu kita ni menumpang dekat rumah orang buat la cara menumpang. tak payahla nak diva sangat berkurung je dalam bilik mengadap laptop menonton tv. dah ada tempat menumpang ni pun kira syukur lah. dahla Paksu dengan Maksu memang tempat kitorang bergantung sebab diorang lah saudara yang paling dekat dengan kitorang kalau dekat sini. sedara-sedara lain mostly stay dekat Kelantan. bagi aku, masa ada dekat rumah diorang ni lah nak tolong-tolong ape yang patut. tapi ko xfikir macam tu pun kan sayang?!

i might sounds emo because i'm totally tired. energy level ada 10% je lagi. nak edit blog someone pun macam tak larat dah. betulla maksu cakap, dia ade ke takde sama je. better takde kot dari ada. okbai!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)