tabung kelas teacher bella

Thursday, November 3, 2011

histeria bila hostel takde air.

assalamualaikum.

sungguh weh, aku rasa macam nak histeria bila balik kelas tadi buka paip kat dalam toilet bilik aku dengan niat nak basuh kaki tapi setitis air pun tak keluar. tak pernah jadi lagi kejadian air takde dekat blok 8 Kediaman Pantai Puri sepanjang 1 sem aku menetap kat blok ni. pelik macam mana lah boleh takde air sedangkan kat luar tu hujan turun maha lebat. try pergi tengok dekat rumah depan, nasib baik kat rumah depan ada air lagi. elok je aku habis basuh kaki dan cuci muka, air dah takde. ouhh d*mn. susahla macam ni.

then roomate aku sampai. terkocoh-kocoh dia berlari masuk toilet sebab nak terkucil. nasib baik sempat aku gitaw dia air takde. kalau tak boleh dengar lagi satu jeritan histeria dari dalam bilik air kami. hahaha! ok roomate aku lawak je. tapi kesian dekat kau terkulat-kulat nak terkucil tadi. lepas tu aku dengar pulak jeritan histeria budak-budak depan bilik aku Tiara dengan Asma yang terpaksa basuh tangan dengan air masak. nasib baik ada air masak. lepas tu Faizah pulak menjerit tak boleh nak ambik air sembahyang pasal air takde. bwahahaha aku gelak je. mana nak cari air beb kalau 1 blok dah takde air?

oh, mintak-mintak petang ni dah ada air. amin ya rabbalalamin!!

4 students asking questions:

aRa ❤ aFiq™ said...

hehe.. kolej ara slalu gak jdik cmni.. tp slalu dea gtaw awal2 , suh simpan air siap2 an.. tseksa woo idop xdak air..

gwen velora said...

teruk kan.. aku pun terkejut!

bella bellitos said...

@aRa ❤ aFiq™ kt hostel kami ni certain blok je yg selalu ade masalah air. blok yg bella dok sekarang ni blok baru & maslaah air takde xpenah jadi lagi kat sini :(. seksa sgt takde air

bella bellitos said...

@gwen velora taw takpe. tiba2 pulak tuh. xsempat nak prepare pape. dhla aku tengah angkat bendera sekarang nih. pfftt!

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)