tabung kelas teacher bella

Friday, November 18, 2011

hari-hari terakhir di blok 8

assalamualaikum.

sesungguhnya aku sekarang sedang bermalasan di atas katil sambil berselimut dan merenung siling bilik. konon merenung masa depan lah kan. bosan yang amat tak tahu nak buat ape. rumet aku ah keluar melaburkan duitnya di Jalan Tar. Mr. Hubby pula tadi keluar pergi ambil famili dia dekat Pudu Sentral. famili dia datang bercuti di KL. aku tak ikut sebab segan. bhahaha betul la weh segan kot!

sedar tak sedar, tahun 2011 dah hampir ke penghujungnya. dan Year 1 pun dah berakhir. ada lagi 3 tahun masa yang aku terpaksa lalui dalam cabaran sebagai seorang guru pelatih. ko ingat nak jadi cikgu ni senan ke ha? serius tak semudah seperti yang koramg sangka kan. banyak assignment nak kena buat, banyak event (seperti BIG, SBE, pameran dan etc) yang perlu diuruskan dan banyak test menanti. memang aku selalu terkejar-kejar nak siapkan semua benda sebab masa tak mencukupi. tapi aku admit lah aki terkejar-kejar tu sebab buat kerja last minute. hikhikhik padan muka!

alhamdulillah, barang semua dah kemas masuk beg dan kotak. yang mana nak disimpan dekat common room pun aku dah simpan semalam. sekarang cuma tinggal barang yang nak bawa balik umah Paksu jelah. dah bosan berbaring dekat katil sampai naik kematu punggung aku. tiba-tiba rasa sayang nak tinggalkan blok 8 ni. walaupun jauh dari kelas tapi blok ni selesa. dengan toilet kat dalam bilik, ada meja study sendiri yang besar gedabak, tambahan pulak bilik yang aku dok sekarang ni dua orang je. heavenn kot. kat hall siap ada set sofa dan aircond lagi. kalau kat blok 6 takde semua ni. but never mind. aku tak kisah pun semua tu. janji aku still boleh duduk dekat hostel. duduk blok mana pun sama je. kalau sewa rumah kat luar pun belum tentu selesa macam dekat hostel. dahlah mahal @___@

rumet aku yang cool kentang, Tasya. tahun depan dah tak rumet dah. wuwuwuwuwu
dear rumet, 
aku tak sangka ko ni cool kentang. kepala otak masuk air macam aku. sebelum ni aku tengok ko macam orang yang diam dan sopan je. rupenye tak. bhahaha siyes aku tertipu di sebalik kelembutan muka ko tuh. nampak macam pendiam tapi talkative gila. masa mula-mula tengok aku list name aku sebilik ngan ko tu aku cuak jugak. takut nanti ko yang tak selesa duduuk dengan aku. rupanya sangkaan aku salah. kelakar jugak ko nih rupanya. berjaya menternak lemak aku sampaikan hari tu berat aku naik 2kg tahu. siot je ko kan. sayangg ko! cepat kawin dengan abang eh. tak sabar nak tengok ko ngan abang naik pelamin. thanks sebab selalu belanja aku blueberry cheesetart yang berjaya menjana extra luggage 2kg tu. maafkan aku kalau ade terkasar bahasa sepanjang satu semester kite dok sebilik ni. tahun depan kita housemate kan? let.s be good to each otherlah! ceewahhhh!




yang ni pulak some of my housemates yang cool kentang jugak!

housemates lagi. masing-masing dok merenung kek Chocolate Indulgence Secret Recipe tuh.
okbai! petang ni idea terbantut sikit tak tahu nak mengarut ape

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)