tabung kelas teacher bella

Tuesday, November 29, 2011

dapat kad jemputan kahwin ex-boyfriend.kau hadooo?

Assalamualaikum.
Sekarang musim orang kahwin kan? Sana sini ade kenduri sampaikan aku dah tak lalu nak tengok lauk-pauk dekat kenduri tuh. Tapi dah orang jemput kita pergi jelah kan. Rezeki jangan  di tolak ye tak?

Semalam posmen datang rumah aku and macam biasalah, ade la 2 3 ketul surat yang dialamatkan kepada alamat rumah aku ni. Aku pun dapat satu surat.  Biasanya surat yang aku dapat hanyalah bil broadband (yang aku langsung tak pernah ambil kisah sebab abah yang bayarkan).  But surat yang aku dapat semalam ni lain macam sikit. sampul kaler pink siap ada ribbon-ribbon lagi ko!

Actually surat yang lain macam sikit tu merupakan kad jemputan perkahwinan. And it’s from my ex-bf. Huh whatdesmurf tiba-tiba aku dapat kad jemputan ko. Spoil my day betul. Ingatkan lepas ko dengan family ko pindah ke Sarawak segala data diri aku pun ko dah lupuskan ke Sungai Rajang tuh ha. Tak sangka ko still simpan alamat rumah aku. Nombor telefon memang mustahil lah ko ade sebab aku dah tiga kali tukar nombor telefon lepas clash dengan ko dulu. Nasib baik kad kahwin ko tuh lawa. Siap ada tulisan kaler gold and bau harum lagi. Ade taste jugak rupenye ko ye. Bhahaha.

Ape perasaan aku bila dapat kad kahwin ko ni? I’m feelingless. Seriously tak rase pape pun.  Ko nak kahwin, kahwin jelah. Takde kaitan dengan aku. Ehemmm macam emo bunyinye kan. Takdelahh aku cool aje. Tapi lepas-lepas kita clash dulu kan ko tak pernah contact aku pun. Nape tiba-tiba time ko nak kahwin ko hantar kad dekat aku pulak? Pelik bin ajaib bukan. Mak aku pun pelik masa aku hulur kad jemputan kahwin ko tu. Oh, kehadiran aku nanti menambah seri majlis ko ye?

Anyway,  thanks for the invitation. But maybe I can’t make it. Tarikh 26 Disember tu mungkin aku dah ada dekat Putrajaya balik sebab ada bisnes dengan maksu aku. Kalau aku takde pape pun aku tak rasa aku akan pergi ke majlis kahwin ko. Bukan sebab aku benci ko, Cuma aku rasa kehadiran aku tak diperlukan dalam majlis tu. Maybe ko tak rasa pape but your wife might not feel the same. Aku perempuan so aku taw lah ape yang perempuan ni fikir. Mulut mungkin boleh senyum tapi dalam hati tersiat-siat tengok ex-gf laki sendiri tunjuk muka masa majlis kahwin korang kan. Lainlah kalau bakal wife ko tu jenis yang open-minded. Who knows? Takpelah, aku wakilkan dekat mak aku jelah nanti k. itupun kalau mak nak pergi lah. lagi satu, apesal buat majlis dekat rumah atok ko? Setahu aku korang ade rumah dekat Perak kan? Ke korang buat rumah lain dekat kampung ni? Uishhh mintak simpang lah!

Untuk ko, Kimi dan bakal wife ko, Erna, selamat pengantin baru in advance. Dah nak jadi laki orang dan bakal bapak orang ni, aku harap perangai buaya darat ko tu pun dah kurang lah. Bukan ape, kesian anak bini ko nanti. err terasa ke? SORRY~


Eh, bukan dulu awek ko masa clash ngan aku nama Amy ke? Errr, typo ko~

Okbai!





p/s: kad kahwin ko Anas dah buat kapal hanyutkan dekat sungai. maaf, tak dapat diselamatkan. nak tempek gambar kad kahwin glam ko dekat blog ni pun tak sempat. haiihhh!

2 students asking questions:

aRa ❤ aFiq™ said...

amboi.. ptot xde pic kad kawen 2.. da hnyut plak.. haha

✿ Ishaz Zafsh ✿ said...

hahaha..memang aku xley muka ko bella..mst ko da bakar kad tu jadi abu mayat dah kan??hahaha~sempoi!

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)