tabung kelas teacher bella

Sunday, November 27, 2011

"Along kena kawen sebelum umur 26", abah cakap!

assalamualaikum.

here is my conversation with my beloved abah this morning.

Abah : Long (along), dah ade pakwe ke belum?

Bella Bellitos (BB) : errr, apesal tiba-tiba tanya pasal ni? (dalam hati pelik + cuak).

Abah : saje je. abah ngan  pun mak tak kisah pun sape pilihan along. janji beriman dan boleh tanggung along ngan family nanti. yang boleh jaga makan pakai along ngan anak-anak nanti. yang boleh tolong tengok-tengokkan makan sakit mak ngan abah nanti, yang boleh tolong tengokkan adik-adik nanti.

BB : err, ye la abah.

Abah : pakwe ko orang Kedah ke long?

BB : err, aah. mane abah taw?

Abah : hahahaha. mak yang gitaw. kehkeh

BB : eh, pulak dah.

Abah : kalau boleh, abah nak along kawen sebelum umur 26. paling lewat pun 27 la. along start keje nanti umur 24 kan? sempat la kerja 2 tahun. boleh la kumpul duit sikit-sikit untuk belanja kawen. kalau tak cukup abah topup la sikit-sikit. 26 tu kira sesuai lah nak kawen bagi perempuan. jangan nak kawen lewat-lewat sangatlah. tak elok anak dara kawen lewat-lewat.

BB : ehehhhh. yelahh yelahh. lama lagi tuh. rilek la abah.
=====CONVERSATION END HERE=========


whatdesmurf tiba-tiba abah cakap pasal kawen dengan aku. seriously rhis is the first time abah cakap pasal masa depan dengan aku. sebenarnya abah dah pernah cakap pasal ni dekat mak, and mak pun dah gitaw dekat aku. masa tu aku rilek je siap boleh gelak-gelak lagi. tapi bila abah sendiri yang cakap pasal ni i'm really shocked and terkedu terus. you know abah aku ni seorang yang sangat jarang nak bercakap pasal future dengan anak-anak dia. usually if he has anything to say dia akan gitaw dekat mak and mak yang akan sampaikan dekat kitorang.

aku sebenarnya merasakan yang topik kawen-kawen ni tak sesuai lagi untuk dibincangkan buat masa sekarang. yela aku ngn Mr.Hubby pun masing-masing baru masuk umur 20 tahun. kalau tiba-tiba kami cakap pasal ni dekat orang tua kami tak ke dicop merenyam nak kawen nanti. haihhh tak kuasa aku. lagipun hubungan kami baru nak masuk 2 tahun. for me, it's sill new and banyak benda yang kami kena belajar. memang kami takkan kawen dalam masa yang terdekat sebab aku dah janji dengan diri sendiri, aku nak habiskan ijazah ni dulu, kerja dan tolong family aku. maklumlah aku kan anak sulung. time sebelum pegang title "Puan" la aku boleh tolong family aku. kalau satu hari nanti jodoh aku dengan Mr.Hubby panjang, we get married konpem-konpem lah aku kena ikut dia duduk kat Kedah.

lagipun, pasal kawen ni bukan boleh dibuat main. kawen untuk seumur hidup kan, bukan untuk suka-suka. sebelum kawen tu kena fikir betul-betul adakah pilihan aku tu betul atau tak. dan aku sendiri pun kena muhasabah diri sendiri, adakah aku dah sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri daan bakal ibu. ingat nikah kawen ni senang macam makan kacang goreng? tidak sayang tidak. pasal belanja kawen tu pulak, kalau boleh untuk majlis perkahwinan aku, aku nak gunakan duit aku je. aku tak nak susahkan mak dan abah aku. kalau boleh tak nak satu sen pun duit diorang mengalir untuk majlis kawen aku. ramai orang fikir mak dan abah akan berhabis duit untuk majlis kawen aku nanti sebab aku sorang je anak perempuan dalam family ni. selagi aku mampu, aku akan tanggung semua perbelanjaan sendiri. majlis aku pun ikut kemampuan aje. tak perlu nak buat majlis 3 hari 3 malam kalau poket tak berapa nak kembung.

kekok gila nak cakap pasal topik ni. memanglah, belum tiba masanya untuk aku sentuh topik ni.

okbai! nak berkelah di tepi sungai sambil makan rojak buah!



will you, be my prince?

2 students asking questions:

Miss Orangeee said...

moga jodoh korang berpanjangan...
jgn lupa ek bila nk kawen, jemput Miss O...hehe

Bella Bellitos said...

@Miss Orangeee insyaallah :)

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)