tabung kelas teacher bella

Saturday, November 26, 2011

akhirnya aku update jugak (tajuk tiada kaitan)

assalamualaikum.

alhamdulillah hari ni matahari dah boleh muncul walaupun malu-malu sikit. dah boleh jemur baju dekat ampaian (kalau tak porch kereta abah jadi mangsa untuk jemur baju). disebabkan hari ni dah mula panas adik ongsu aku (Anas) pagi-pagi buta dah ajak mandi sungai yang hanya 10 langkah dari rumah. oh adik manja ko tahu tak kaklong kau ni spesis kambing sikit? air sungai tu maha sejuk memang tak lah aku nak terjun sungai tu seawal jam 8 pagi. habis beku segala lemak dekat badan aku nanti.

nak online pun semacam putus angin sebab internet dekat kampung ni korang tahu-tahu lah. sopan sangat. malas aku nak tunggu loading satu-satu page yang boleh makan setengah jam kadang-kadang (kalau tenetnya bikin gilos). nak reply komen dekat post pun xlepas. nak blogwalking lagi lah tak dapat. itu memang kirim salam lah. maaf kepada sesiapa yang blogwalking ke blog aku ni or follow blog ni, aku akan cuba untuj balas kunjungan korang tu secepat mungkin. Insya-Allah. doakan broadband aku ni sihat sejahtera untuk membolehkan aku online dengan jayanya.

sesungguhnya, cuti kali ni aku memang takde plan nak buat ape. hari tu dah plan ngan mak nak belajar menjahit but mak busy lately. esok kerna pergi kursus dekat Kuala Terengganu. planning nak buat brooch lagi, Insya-Allah akan diusahakan. sekarang aku kena siapkan satu kad untuk birthday my friend's mom (sebab hari tu dah janji dengan dia nak siapkan kad ni sebelum cuti tapi malangnya tak sempat).

seroiusly cuti aku kali ni xde plan ape-ape. korang macam mana pulak?

okbai!


p/s : selamat pengantin baru to my cousin, Idi dan pasangannya. pfft semalam lupa bawak kamera kalau tak konpem dah full memory kamera aku tu dengan gambar-gambar bersanding ko tahu!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)