tabung kelas teacher bella

Monday, November 7, 2011

10 Zuhijjah di KL : susahnye nak cari kedai makan kat sini T__T

assalamualaikum.
alhamdulillah kita semua dah selamat meraikan hari raya korban bermula semalam. walaupun tak buat korban lembu atau kambing tahun ni (sebab tak mampu lagi) tapi aku berkorban perasaan sebab tak balik beraya kat kampung lagi. nak buat macam mana exam dah dekat sangat. kalau balik rumah confirm la buku kemana aku beraya sakan. sabar jelah. tahun lepas pun dah tak balik beraya. maknanya dah dua tahun aku beraya di perantauan. ecehh KL dengan Terengganu je pun. saja nak bagi syahdu guna perkataan "perantauan" tu. malam raya tu dah berhujan sorang-sorang sebab dengar takbir raya. sedih kot. nasib baik hujan rintik-rintik je. (tahun lepas hujan lebat T____T). kehkeh. lepas tu sebab nak elakkan diri dari berhujan dalam bilik aku ajak Asma pergi blok 6 rumah kawan-kawan aku. aku pi bilik Husna, Asma pi naik bilik Sajida. bolehla hilangkan perasaan sedih tu.

tapi pagi raya bila dengar orang takbir raya dengan khutbah raya dari Masjid Ar-Rahman UM tu mak oiii bergenang air mata aku. tapi aku tahan baik punya. konon-konon kuat lah. tapi benteng air mata pecah juga lepas mak call. mak la yang nangis dulu. eh tak mak tak nangis pon just suara dia sebak-sebak. lepas tu adik aku buat taik pergi cakap dia tengah makan nasi dagang lauk guai ikan tongkol which is my favourite. huh hamek kau lagi laju air mata turun. dahla masa tu lapar. koajaq punya adik. siap ko kaklong balik nanti!

drolling!! inilah feveret aku tu. pic from here


nasib baik Mr.Hubby ada. happy sikit sebab dia ada. ni merupakan sambutan hari raya yang pertama untuk kami. woowww ♥♥♥. mulanya kami plan nak berkonvoi ramai-ramai ke rumah Nazmir tapi entah macam mana pulak boleh cancel. aku pulak masa tu lapar tahap gaban dah. Mr.Hubby pun ajak keluar pergi makan. tanpa banyak soal aku setuju je. dah lapar tak makan dari pagi, pulak tu dah terliur dengan cerita adik aku makan nasi dagang. dua kali ganda kelaparan aku. kedai makan yang dekat-dekat dengan histel kami semua tutup. terpaksalah kami pusing-pusing area Pantai Dalam tu, tapi takde satu pun kedai makan yang bukak. even kedai mamak pun semua tutup. tiga kali pusing-pusing kat Pantai Dalam tu, Mr.Hubby berhenti kat bahu jalan and kami discuss tempat mana lagi yang ada kedai makan.

Mr.Hubby cadangkan kami pergi beli barang-barang basah untuk masak then balik masak kat bilik tapi masalahnya kat rumah aku mane ada dapur nak masak. perut aku pulak mengada nak makan nasi, takmau KFC or McD. so aku cadangkan kami pergi MidValley dan makan dekat foodcourt dia. tapi jalan ke MidValley tu jam sangat-sangat sebab semalam ialah last day PC Expo kat MidValley tuh. Mr. Hubby pulak terlepas masuk simpang untuk ke parking so kami berpusing-pusing lah lagi sekali. muka aku masa ni dah kelat-kelat sebab kelaparan.

last-last Mr.Hubby bawak aku makan dekat Restoran Pelita Nasi Kandar dekat Bangsar. itupun dah pilihan terakhir sebab tempat tu mahal sikit kalau nak compare dengan kedai-kedai biasa. ahh lantak ah aku dah tak ambil kisah semua tu janji perut aku kenyang. kali nih aku makan memang senyap tak cakap ape-ape sabab dah kebuluran. sampaikan Mr.Hubby gelakkan aku sebab dia kata tak pernah tengok aku makan dengan bersungguh-sungguh macam tu. ohh mesti dah tak ayu dan sopan kan b? lantaklah. yang penting aku tak fake & control ayu depan dia. kehkehkeh. but he says i'm cute masa tengah makan. ehemm kembang kejap kena puji dengan pakwe~~

alhamdulillah selepas dekat sejam dok pusing-pusing cari kedai makan akhirnya dapat jugak aku makan nasi. muka yang kelat-kelat pun dah jadi manis-manis. bhahaha buat lawak tak jadi betol. lepas makan terus ada mood nak bercamwhoring. tadi kemain sorok kamera dalam beg sebab meluat dah pakai lawa-lawa tapi takde mood nak bergambar.


perut kenyang suka hati. senyum pun dah nampak gigi :D
tapi kan, ade orang tu tiba-tiba nak enterframe jugak. biasanya dia tak suka tangkap-tangkap gambar ni. dia suka jadi photographer tak bergaji je. maklumla low profile. semalam dia pulak excited nak enterframe bila tengok aku syok camwhoring sorang-sorang.

ni lah budak tu..err budak ke? dah boleh jadi bapak budak ni haa.

thanks b bawak ayg g makan. thanks taw thanks taw sayang b ketat-ketat ♥♥♥
cukup 2 gambar je. letak gambar banyak-banyak nanti ade yang dengki pulak. hati manusia sapa yang taw kan? itu sahaja cerita raya di perantauan aku untuk hari yang pertama. okbai!

8 students asking questions:

aRa ❤ aFiq™ said...

2 pic pown da ckup jeles ni.. hehe.. cmat ai raya aidil adha bella :)

bella bellitos said...

@aRa ❤ aFiq™ jgnla jeles. hehe. thanks ara. selamat hari raya aidiladha utk ara juga :))

miss Tiara said...

woii2, slh eja nama nazmeer tuh, :P
p/ : untungg laaa, camat beraya haji, maap lmbt wish ^^

bella bellitos said...

@miss Tiara heh, janji bunyinye sama. nasib baik xjadi g umah dia. kalau takk.. setahun aku canang cerita aku g beraya rumah Nazmeer ke mu. bia mu jeleshhh XD

p/s/s : untunglaa dia balik beraya kat rumah. daging korban mane haa??

Syiqin Estrada said...

alala, shewiiit nye bella ngn boyfie. untung la dpt jumpee :')huhu. selamat hari raya aidiladha dear :)

bella bellitos said...

@Syiqin Estrada tq syiqin. kami hari-hari jumpa sebab belajar kat tempat yg sama. :)

selamat hari raya aidiladha too dear :)

Syiqin Estrada said...

waa, untung laaaaa bole jmpe hari2 kan. well, may Allah bless both of u till the end :') gud luck guys. such a sweet couple <3

bella bellitos said...

@Syiqin Estrada thanks ;) may Allah bless yr relationship too. malu la ;))

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)